Motor tak mahu hidup pertama kali

Masalah motor tak mahu hidup kali pertama

Rileks dulu,memang penat kalau motor tak mahu hidup ni..selepas baca nanti boleh cuba lagi ‘start’ motor tu tengok boleh hidup ke tak.

Ini adalah berkenaan masalah motor tiba-tiba tak mahu hidup buat pertama kali ya,maksudnya semalam motor ok saja,senang saja hidup dan tiba-tiba saja dia meragam hari ini.

Hal pertama ialah pastikan tiada perubahan berlaku pada meter penal atau benda-benda lain seperti horn atau signal semuanya seperti sediakala ya..

Jika semuanya tak ada masalah bolehlah lanjutkan percubaan untuk menghidupkannya.

Cara menghidupkan motor tak mahu hidup

Ini adalah ikhtiar anda sementara hantar motor terus ke bengkel.Apa yang diperlukan di sini ialah hanya sebatang skrudriver leper(slot )
kerana anda diperlukan untuk membuat sedikit setingan pada karburator.

Kalau sudah jumpa karburator tu terus saja ke bahagian ini

Gambar karburator

Sudah jumpa skru yang ditunjukan seperti dalam gambar di atas silalah longgarkan atau buka terus skru tersebut.Jika karburator motor berkeadaan baik pastinya akan ada minyak keluar dari karburator itu melalui hos kecilnya.

Biarkan beberapa ketika untuk membuang minyak kotor di dalam karburator itu selesai,anggaran dalam 60ml petrol sudah dibuang kemudian tutup kembali skrunya.

Gunakan sepana yang sepadan supaya skru dan dibuka tanpa loose.

Ke-2 ganti spark plug

Selalunya penyebab motor tak mahu hidup seterusnya ialah Spark-Plug.Berkemungkinan spark telah rosak adalah besar,silalah gantikan kepada spark plug yang baru.Anda boleh periksa ‘api plug’ jika tahu semasa menukar plug itu.

Gambar spark plug

Harap motor boleh hidup 

Itulah 2 langkah awal yang boleh anda lakukan untuk cuba hidupkan motor yang tak mahu hidup secara tiba-tiba pertama kali berlaku.Harapan saya tentunya motor boleh hidup dengan cara ini.Jika dicuba sebaiknya tidak berhasil silalah ke bengkel berdekatan.

Random Posts

  • Cara membuat grind valve motor

    Grind valve (asah injap,asah klep,skir klep ) perlu di buat supaya dua permukaan bertemu menjadi sama rata yakni  valve dan […]

  • Auto clutch rosak motor jadi berat

    Salam,ok fungsi auto clutch saya sudah ceritakan dalam video YouTube channel Motor Ayam dan hari mari kita lihat macam mana […]

  • Penyebab tersembunyi oli 4t kering

    Menukar barangan hi-performance punca penyebab oli 4t kering  Ada tambahan sikit lagi fakta tentang minyak hitam kering yang tersembunyi. Minyak […]

  • Honda ex5 mudah semput ketika banjir

    Honda ex5 mudah semput ketika redah banjir.sebab ex5 mudah semput ketika banjir ialah kerana kesilapan kecil terjadi.Sistem clutch ex5 juga […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*