Motor berasap putih hitam

Mengenai masalah  motor 4-stroke berasap putih atau hitam

Salam,

Apa sebab motor keluar asap putih berkepul-kepul dari lubang ekzos tu? Ekzos motor memang keluarkan asap kalau motor itu jenis 2-stroke sebabnya itu ialah kesan pembakaran campuran petrol+udara+minyak 2t.Akan tetapi apabila motor anda jenis 4-stroke mengeluarkan asap ini adalah tidak normal bagi enjin jenis itu.Di sini menunjukkan telah bercampur dengan sesuatu bahan lain,yang paling kerap berlaku ialah disebabkan minyak pelincir.

Kebuk pembakaran enjin 4-stroke adalah tertutup dari dimasuki pelincir enjin tidak sama dengan enjin 2-stroke.Ini bermakna minyak pelincir 4t yang anda isikan pada motor anda mengalir pada semua  ruangan enjin kecuali pada kebuk pembakaran.

Ada beberapa bahagian di mana pelincir boleh menyusup masuk iaitu pada bahagian block enjin iaitu perumah bagi piston.Ke-2 pada bahagian getah-getah kecil pada injap (Valve Seal) dalam head Cylinder di depan Block dan yang terakhir penyebab motor berasap putih ialah Gasket pecah/bocor.Kesemua ini adalah komponen Top Overhaul motor 4-stroke.

Berapa kos biaya motor berasap putih?


Bagi menyelesaikan masalah motor 4-stroke berasap putih ialah dengan membuat Top Overhaul sahaja.Tidak perlu turun enjin.kos biaya yang di tanggung lebih kurang suku dari membuat overhaul :boleh check harga disini

Video repair motor berasap putih

Motor berasap hitam

Motor keluarkan asap hitam adalah lebih kepada masalah campuran bahan-api,pembakaran tak sempurna di berpunca dari ketidakselarasan setingan karburator atau injeksi.Beberapa punca lain ialah berlaku kebocoran injap masuk petrol (intake valve) juga di dalam head cylinder.Terakhir sekali ialah api plug yang lemah.

Motor berasap hitam mungkin dapat diatasi dengan hanya membuat servis pada karburator tapi tidak jika berasap putih kerana ia adalah kegagalan pada bahagian dalaman.

Boleh ke tangguh baiki motor berasap

Tak ada masalah untuk tangguh dulu baiki masalah ini cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental dan stamina untuk tolak motor di tepi highway..itu saja ..:p

Kesan masalah bila asap  keluar dari ekzos ialah ‘mati plug’ sebelum masalah lain akan berlaku.Sementara waktu boleh sediakan ‘plug spare’ sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh kerana apabila motor  berasap putih ia menunjukkan tanda-tanda motor makan minyak hitam maka  sentiasa lah periksa ‘level’ minyak pelincir motor itu sebelum memulakan perjalanan.Jika kurang sila tambah sampai cukup..

Cakap Pomen Motor ” kadang-kadang saja berasap putih atau semasa diawal pagi saja adalah normal berlaku”.

40 thoughts on “Motor berasap putih hitam”

  1. Salam tuan…moto lc dh overhaul, block piston ring original baru..head grindvalve valve lama, valve seal baru..gasket baru…tp start asap putih biru kluar knpa ye..asap pedih mata….

    Balas

Leave a Comment

You cannot copy content of this page