Motor berasap putih hitam

Mengenai masalah  motor 4-stroke berasap putih atau hitam 


Salam,

Apa sebab motor keluar asap putih berkepul-kepul dari lubang ekzos tu? Ekzos motor memang keluarkan asap kalau motor itu jenis 2-stroke sebabnya itu ialah kesan pembakaran campuran petrol+udara+minyak 2t.Akan tetapi apabila motor anda jenis 4-stroke mengeluarkan asap ini adalah tidak normal bagi enjin jenis itu.Di sini menunjukkan telah bercampur dengan sesuatu bahan lain,yang paling kerap berlaku ialah disebabkan minyak pelincir.

Kebuk pembakaran enjin 4-stroke adalah tertutup dari dimasuki pelincir enjin tidak sama dengan enjin 2-stroke.Ini bermakna minyak pelincir 4t yang anda isikan pada motor anda mengalir pada semua  ruangan enjin kecuali pada kebuk pembakaran.

Ada beberapa bahagian di mana pelincir boleh menyusup masuk iaitu pada bahagian block enjin iaitu perumah bagi piston.Ke-2 pada bahagian getah-getah kecil pada injap (Valve Seal) dalam head Cylinder di depan Block dan yang terakhir penyebab motor berasap putih ialah Gasket pecah/bocor.Kesemua ini adalah komponen Top Overhaul motor 4-stroke.


Berapa kos biaya motor berasap putih? 



Bagi menyelesaikan masalah motor 4-stroke berasap putih ialah dengan membuat Top Overhaul sahaja.Tidak perlu turun enjin.kos biaya yang di tanggung lebih kurang suku dari membuat overhaul :boleh check harga disini

Motor berasap hitam


Motor keluarkan asap hitam adalah lebih kepada masalah campuran bahan-api,pembakaran tak sempurna di berpunca dari ketidakselarasan setingan karburator atau injeksi.Beberapa punca lain ialah berlaku kebocoran injap masuk petrol (intake valve) juga di dalam head cylinder.Terakhir sekali ialah api plug yang lemah.

Motor berasap hitam mungkin dapat diatasi dengan hanya membuat servis pada karburator tapi tidak jika berasap putih kerana ia adalah kegagalan pada bahagian dalaman.

Boleh ke tangguh baiki motor berasap


Tak ada masalah untuk tangguh dulu baiki masalah ini cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental dan stamina untuk tolak motor di tepi highway..itu saja ..:p

Kesan masalah bila asap  keluar dari ekzos ialah 'mati plug' sebelum masalah lain akan berlaku.Sementara waktu boleh sediakan 'plug spare' sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh kerana apabila motor  berasap putih ia menunjukkan tanda-tanda motor makan minyak hitam maka  sentiasa lah periksa 'level' minyak pelincir motor itu sebelum memulakan perjalanan.Jika kurang sila tambah sampai cukup..

Cakap Pomen Motor " kadang-kadang saja berasap putih atau semasa diawal pagi saja adalah normal berlaku".


16 ulasan:

Mohd Farid Ahmad berkata...

Salam tuan
Saya baru lepas buat top overhal/ grembal
Moto ex5 hipower
Selang dua hari lps tu, moto saya keluar asap putih
Deruman enjin pun jadi,
Hurmmm...hurmm...hurmmm...hurmmm
Sebelum ni bunyi dia stabil,
Hurmmmmmmmmmmmmmm
Adakah saya perlu buat top overhal balik???!??

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Nampak gayanya macam tu la tuan,buka balik cek gasket,valve semua..

kurik2 kurik2 berkata...

Salam tuan..
Sy nk tnya,normal ke kalau moto lc135 v4 bila sy rem ada asap hitam akn keluar.

Repair Motor berkata...

Waikumsalam

Cuba tukar plug dan buat servis karburator,air filter..

Sy@_Ch3LSE@13 berkata...

Salam pomen,

motor CT100 saya keluarkan asap putih untuk sementara waktu je bila2 saya start. tapi tak selalu, kadang2 kalau sye park motor lama then start dia keluar putih, tapi kadang2 okay je asap colourless. Normal ke macam ni?

lantona azlan berkata...

salam tuan,sy bru modi moto carb rxz,minyak kuat mkn...,skrg ada asap hitam putih mcm tu la,mslh skrg bawak moto je baju msti berbau busuk bau bahan bakar melekat kat baju..apa mslh nyr tuan

jamal tsp berkata...

asalam tuan,sy senua stnt ,carb je tuko sp,exzos sy kluar asap putih,tu sbp ape ea...

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam
Motor apa tu..4-stroke atau 2stroke?

basikalmurah berkata...

salam admin..moto wave 125 sy terjadi simptom mcm dalam artikel admin tapi asap putih tu keluar bila setting angin carb atau rpm tinggi(free gear) tapi bila bawak moto tu tiada pulak asap putih keluar..yg pasti minyak hitam selalu berkurangan..moto dah masuk 7 tahun lebih..perlu bt top overhaul atau tukar piston ring sahaja?tq

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam tuan,

Biasanya blok kena rebo atau kena grind valve

:)

Saiful Firdaus berkata...

Salam bos, td time saya br nk gerak balik dr keje, saya start moto tiba² timingnya tinggi dan agak jauh sikit saya berjalan keluar asap putih. Jd apakah sbb dan cara utk saya tanganinya?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Saya rasa berkemungkinan gasket head bocor dan tuan perlu buat top overhaul

Ok terima kasih kerna hadir dan komen

azrul 99 berkata...

assalam....top overhaul untuk lagenda 110 berape....dan yg keduanya motor saya baru tukar blok...pastu selang 2hari tu keluar asap putih....blok asal sblm ni pon keluar asap putih gak...bile tnye pomen blok asal elok lagi x de problem....agaknye problem ape ye...

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam
Kos buat top overhaul lagenda lebih kurang ex5 juga.
Kalau blok ok,tuan kena grind valve dan tukar oilseal

2 tempat tu ja punca masalah motor 4-t berasap putih dan jangan luga tukar juga gasket head baru

Amin Nexus berkata...

salam boss wave 125x saya keluar asap putih masuk gear 2/3 pulas abis mmg asap putih banyak gila kenapa ye valve dh tkr ?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Cara atasi motor berasap putih 2 perkara utama ini

1-valve seal
2-piston/ring/blok

Kalau pelik sangat kadang gasket head pecah

Moga terjawab ya