Masalah motosikal perah minyak tak jalan


Motosikal tak mahu bergerak bila pulas minyak setelah masukan gear 


Salam,

Masuk gear motosikal tak jalan ?enjin hidup tapi tak mahu jalan..motor apa yang anda pakai,motor gear manual atau motor scooter?ada beberapa kemungkinan punca masalah ini berlaku.

 Ok,yang pertama sila pastikan betul-betul gear sudah masuk sebabnya kerana masalah benang pedal gear loose menyebabkan gear tak boleh masuk dan motor mestinya tak mahu bergerak.Jika bukan silakan terus membaca moga keterangan saya bermanfaat.Di bawah ini punca motor perah minyak tapi tak jalan;


  • Sprocket depan haus
  • Bahagian dalaman enjin


Bila kali terakhir tukar rantai sprocket,adakah sudah 6 bulan tak tukar atau lebih lama lagi ?jika betul boleh la anda cuba check tengok sprocket depan itu dulu, lihat samada mempunyai gigi atau tidak.

 Gigi sprocket habis/haus satu punca masalah motor masuk gear tapi tak mahu jalan kerana ia akan menyebabkan kegelinciran rantai ketika memacu

Gambar spoket depan dan rantai


Shaft sprocket rosak


Mungkin selepas pemeriksaan sprocket depan dilihat masih elok /ada gigi jadi langkah selanjutnya sila buka keluar sprocket itu sebabnya kita perlu membuat pemeriksaan pada bahagian shaft sprocket pula.juga sama seperti situasi gigi sprocket haus akan berlaku juga kegelinciran bahagian pemacuan.bagaimana mahu tahu shaft sprocket rosak atau tidak?



Gambar shaft sprocket
Shaft spoket yang masih elok


Penjelasan;shaft sprocket dilihat ada potongan lurahan yang bertindak sebagai kunci spoket supaya turut berputar mengikut pergerakan shaft. Jika berlaku haus permukaan pada shaft makanya hanya shaft berputar namun sprocket tidak turut serta berputar.

 Situaisi ini adalah hampir dengan sprocket haus tadi Cuma ini di sebelah dalam sprocket. Kedua-dua jika berlaku motor tak mahu bergerak walaupun gear sudah masuk.

*shaft sprocket adalah bahagian gear box

Cara mahu ketahui apa yang berlaku betul-betul di sebabkan sprocket rosak jadi ikut langkah di bawah ini.



  • Tongkat 2
  • Buka penutup sprocket depan
  • Hidupkan enjin
  • Masuk gear
  • Perah minyak


Lihat adakah sprocket dan batang shaft tengah turut serta berputar atau tak,tak serta bermakna kerosakan pada bahagian itu.
Kemungkinan lain pemasalahan masuk gear tak jalan pada motor manual merujuk pada bahagian dalaman enjin pada bahagian clutch atau gear box. Maknanya disini mekanik akan membuka bahagian clutch enjin itu terlebih dahulu dan selanjutnya berkemungkinan terpaksa membuat overhaul bagi pemeriksaan bahagian gear box.
Cakap Pomen Motor;”Motor scooter tak ada gear yaa..jadi tak ada masalah masuk gear motor tak mahu jalan ni kecuali pulas minyak tak mahu jalan ada berlaku tapi itu masalah lain yaa..
Ok sekian dulu isu pengguna motor kali ni kita bersambung di tajuk mendatang pula..wassalam..”

6 ulasan:

Raf Han berkata...

Motor scooter pulas minyak sikit lambat mahu jalan.. kena pulas minyak kuat sikit baru jalan... memang standard motor scooter?

Mad Malaysia berkata...

Motor scooter pickup memang best..bos boleh cuba buat servis bahagian belting dan tukar apa yang patut

Terima kasih sudi komen

Acab Andrew berkata...

Asalam bro.nak tanye ni.saya pakai moto lagenda.sprocket depan 14 belakang 33.top speed x smpai 100km/j.boleh komen punca masalahnye?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Kadang motor tak kuat lari bukan berpunca masalah spoket tak ngam tapi masalah enjin tak ada kuasa (melemah)

Untuk dapatkan prestasi kembali bro kena baik pulih bahagian penting seperti klac,valve,blok silinder

Tapi sebelum pegi jauh elok dibuat servis dan laras mixture balik.tukar plug sebiji.

Unknown berkata...

Assalam boss, nak tanya, saya pakai skuter ego s, bila bawak Dalam highway, mula2 ok lepas Tu pulas Minyak tapi Tak jalan. Berhenti kejap pastu Baru boleh jalan. Lepas 20 - 30 km buat hal Sama, pulas Minyak tapi Tak jalan, dah la tengah laju masa tu. Apa masalahnya ya boss?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Kena buka bahagian belting dia check ni encik