Masalah gear motor susah masuk

Penjelasan serta cara atasi  masalah motosikal gear susah memasukan gear


Masalah motor gear susah masuk? Ok, saya akan cuba jelaskan disini beberapa hal yang menjadi punca gear motor dikatakan susah masuk ini. Hal yang perlu dipastikan terlebih dahulu ialah motor awak pakai itu motor apa , motor baru atau motor lama? Satu hal lagi ialah gear susah nak masuk /susah tukar ketika motor bergerak atau semasa gear 1 sahaja atau kedua-duanya sekali.mari lanjutkan membaca penjelasan saya supaya sedikit sebanyak dapat membantu awak untuk tahu apa tindakan yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini.


Tahu dulu tentang cara gear bekerja;
Saat awak menekan pedal gear pada motor gear manual ya dimaksudkan ini.. disini juga bermakna awak juga menekan clutch sebabnya gear itu bekerja seiring dengan clutch jika diimiginasi dari dalam enjin motor.mahu lihat barangan dalam clutch boleh lihat disini artikel tentang komponen clutch honda ex5


Motor baru gear keras


Jika ini berlaku pada motosikal baru silalah rujuk kepada penjual semula kerana ini masalah dari pengeluar motor itu.tapi sebelum terus jumpa dia adalah lebih baik berikan sedikit masa untuk mengguna pakai motor baru awak itu untuk beberapa waktu.faktor ini ialah kerana disebabkan sistem clutch,shaft-shaft gear,bearing dalam enjin motor baru masih ketat..pada pandangan saya laa..jadi kerana itu kita merasakan gear agak keras bila dimasukkan.biasanya selepas sebulan dipakai itulah standard  motor anda ..keras atau tidak silalah marah pengeluar..;p

Minyak hitam yang sesuai menjadikan penukaran gear yang lebih lancar dan lembut..jangan lupa tu

Motor lama gear berat


Ini kelihatan agak ganjil juga padahal motor sudah lama digunakan tapi gear tetap terasa berat susah masuk. Setahu saya dari pengalaman laa..selalunya ada kerosakan pada shaft gear /batang penyambung gear yang awak boleh lihat dari luar tu..Shaft bengkok itulah penyebab gear susah masuk. 

Langkahnya ialah perlu tukar shaft yang baru. Seperkara lagi punca gear berat yang agak popular ialah adanya modifikasi pada clutch..Spring clutch racing. Hmm.. tak keras tak power kann..;)


Target masalah gear susah masuk


Cara untuk awak ketahui masalah gear susah sukar dimasukan ,baikimotor.com memberi tips ini kepada awak. Berbalik pada awalan tadi iaitu waktu mana masalah itu berlaku, jika semua gear susah masuk ketika enjin hidup , atau mati target utamanya ialah;

  • Spring clutch
  • Shaft gear
  • Drum gear
  • Semua di atas ialah komponen dalaman enjin
Gambar gear shaft
Gear shaft


Susah ketika enjin hidup sahaja;




Akhir sekali ,rasanya motor anda tak ada apa-apa yang berlaku melainkan masalah klac tinggi atau rendah..Boleh lihat video yang relevan dengan masalah itu di bawah untuk buat sendiri atau boleh terus jumpa mana-mana mekanik motor untuk selesaikannya



Harap penjelasan saya tentang masalah gear susah masuk sedikit sebanyak membantu.jika belum boleh ajukan diruangan komen di bawah,salam jumpa lagi.

4 ulasan:

Zaty Adnan berkata...

Motor sy ada masa susah nak masuk gear 2, kenapa ye?
Lepastu, kadang kalau nk tukar gear 1 gear 2, motor terhenjut

Fendi Andy berkata...

Salam,saya nk tanya motor saya bila saya masuk gear 2 dia macam semput

Unknown berkata...

salam, saya pakai motor yamaha fz150i 2016 dan mileage dah 60k km.
apa masalah nya kalau nak free gear agak susah? perlu ke buat overhaul atau top overhaul? mintak pandangan

Unknown berkata...

Motor saya tiba2 gear tak boleh masuk & free. Shaft gear langsung tak boleh d gerakkan. Skrg ni motor dlm keadaan gear 4. Klau nak start enjin perlu di tolak & boleh di tuggang...tp terus ke gear 4 shj.. MOHON BANTUAN...