Halaman

Gasket enjin motor



Gasket adalah kepingan kertas ataupun logam digunakan untuk menutup bahagian belahan enjin bermotor termasuk enjin motosikal.Fungsi gasket ialah supaya enjin tidak bocor,dilihat pada belahan enjin boleh keluar minyak pelincir walaupun telah ditutup rapat dan diketatkan dengan skru.Oleh itu perlulah ada penebat supaya pelincir tidak dapat lolos keluar.

Pada bahagian tertentu enjin motor kegunaan gasket juga untuk menghalang kebocoran angin(compression) khasnya pada bahagian Cylinder Head kerana itu juga gasket pada bahagian ini diperbuat daripada meterial yang lebih keras seperti besi aluminium atau tembaga.Gasket amat penting untuk membaik-pulih pada bahagian enjin bermotor.Proses menukar ganti gasket pula dilakukan dengan pemilihan gasket terbaik untuk hasil kerja yang sempurna


Overhaul Gasket


Overhaul Gasket adalah set gasket untuk kerja membuat overhaul enjin.Terdiri daripada beberapa kepingan gasket untuk bahagian tertentu seperti belahan tengah crankcase enjin,gasket clutch,gasket bahagian head block serta beberapa kepingan lagi gasket kecil seperti ekzos gasket.

Biasanya set lengkap overhaul gasket juga tersedia bersekali dengan O-ring.Kegunaan O-ring adalah untuk menutup sisi rongga kecil seperti lubang aliran minyak pelincir contohnya.O-ring diperbuat daripada getah


Top End Gasket / Top Set


Gambar gasket top set
Top set gasket 



Top End atau Top Overhaul ialah kerja-kerja membaik pulih pada bahagian depan enjin motor atau lebih faham bahagian pembakaran enjin (combustion) sahaja yang mana tidak perlukan Full Overhaul.Gasket untuk ini adalah separuh dari set gasket untuk buat Overhaul.Dijual berasingan dari Overhaul Gasket khas untuk kerja membuat Top End.


Racing Gasket


Racing Gasket khas bagi enjin yang menggunakan  barangan racing.Ukuran barangan racing yang selalunya lebih besar dari standard perlulah disesuaikan dengan gasket racing.Jenis gasket ini lebih berketahanan tinggi untuk prestasi enjin yang sudah dipertingkatkan.Racing Gasket juga boleh dibeli berasingan contohnya seperti 53mm Head Gasket aluminium untuk motor ex5 dengan Cylinder Block Racing 53mm.

Gambar gasket


Block Gasket Racing pula biasanya dikira berdasarkan saiz lubang Bore dan juga ketebalan contohnya 0.3mm Block Gasket 125zr.Gasket ini menjamin untuk meningkatkan Compression.

Kertas Gasket

Gambar kertas gasket

Alternatif lain selain set gasket ialah kertas gasket.Kertas ini boleh diguna pakai pada semua bahagian enjin kecuali pada Head Cylinder.Syaratnya ialah anda perlu buat sendiri lorekan lubang-lubang gasket mengikut kesesuaian di mana tempat yang ingin dipasang gasket itu.Kertas gasket dijual mengikut saiz ukuran mengikut kemahuan pembeli.Dikira agak melambatkan proses kerja kita tapi cukup menjimatkan kos.Inilah dinamakan 'gasket buat sendiri'.


Pemilihan Gasket Berkualiti dan Bermutu


Sudah pasti untuk hasil kerja yang baik para mekanik memilih gasket berkualiti dan bermutu sahaja dari jenama-jenama pengeluar gasket terkenal contohnya dinegara ini ialah NP Gasket/ Sun Gasket dan beberapa nama lagi untuk enjin motor.Kelebihan Gasket jenis ini ialah memberi ketahanan lebih lama daripada masalah gasket bocor.


sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'
Sekian,terima kasih.