Halaman

Cara buka flywheel motor Honda ex5



Belajar mekanik motor bab 7 –fungsi dan cara membuka flywheel motor ex5


Kita sambung belajar mekanik motor kita dengan tajuk hari ini iaitu cara membuka flywheel motor Honda ex5  setelah tajuk terdahulu iaitu pada bahagian clutch.kerja membuka flywheel bukan sahaja ketika membuat overhaul enjin tapi juga pada hal kerosakan lain seperti coil rosak ,oil seal magnet bocor dah sebagainya. Biasa disebut sebagai “magnet,magneto” flywheel motor terletak disebelah kiri motor ex5 ( sebelah rantai spoket.) baikimotor.com akan tunjukkan pada anda selepas slepas penerangan sedikit tentang apa itu Flywheel untuk difahami.

Flywheel ialah roda magnet yang berputar lalu menghasilkan kuasa elektrik permulaan bagi sistem nyalaan sesebuah motosikal.kuasa elekrik ini pula diagihkan kepada 2 bahagian,pertama ialah untuk menghidupkan enjin dan kedua ialah untuk menghidupkan lampu depan,belakang,lampu indikator ,termasuk juga sebagai pengecas bateri. Oleh kerana itu kita dapat melihat adanya coil yang berbeza pada tapak di belakang(ex5 power) atau depan (ex5 dream)flywheel. Flywheel bekerja mengikut putaran crankshaft kerana kedudukannya terletak pada hujung shaft crankshaft.


Gambar flywheel motor
Flywheel 

Pada komponen ini juga terletak mark timing untuk camshaft atau sensor pulser coil.


Cara menggunakan flywheel puller


Ok,dikira sudah difahami kita akan terus ke kerja membuka fywheel.
Siapkan bahan-bahannya ;


  • Heavy duty hammer
  • Flywheel puller

Flywheel puller atau magnet jek ialah alatan tangan mekanik untuk membuka flywheel. Oleh kerana flywheel agak ketat dibuka begitu saja jadi kita perlukan alatan pemaksa keluar flywheel ini. Langkah untuk keluarkan flywheel setelah cover enjin dibuka;

Langkah 1


  • Buka nut flywheel
  • Buka keluar lengan puller
  • Putar masuk puller arah lawan/ikut jam pada flywheel
  • Ketatkan guna sepana

Langkah 2


  • Putar masuk lengan puller rapat ke hujung shaft crankshaft
  • Pegang puller dengan sepana
  • Ketuk lengan puller dengan padu terus kebawah dengan hammer
  • Flywheel tercabut

Animasi cara guna flywheel puller


Jika anda ikut dengan betul langkahnya hasilnya flywheel akan tercabut. Cuma apa yang perlu diawasi ialah pastikan puller diikat ketat pada flywheel dan hentam dengan hammer dengan kuat sekali ‘single shot” jika tidak anda akan bermasalah nanti..thread flywheel loose..:(

Magnet key

Gambar magnet key
Magnet key 


Kita santai sikit lagi lihat pada bahagian hujung crankshaft terdapat satu benda kecil yang dikenali sebagai "magnet key".Tujuan adanya benda ini ialah sebagai kunci flywheel supaya tidak bergerak/lari pada kedudukannya.

Jangan terkejut jika kejadian motosikal tak mahu hidup juga di sebabkan oleh magnet key pecah/haus.Sekadar info untuk tambahan ilmu..

Ok setelah berhasil membuka flywheel boleh la lanjutkan membuka papan magnet untuk kerja menukar timing chain atau overhaul.

Selesai sudah pembelajaran kita dalam bab 7 iaitu cara membuka flywheel motor ex5 dan kita akan lanjutkan ke bab seterusnya.
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.