Halaman

membuka bahagian Top Overhaul motosikal ex5 dream



Belajar mekanik motosikal :Bab 1  membuat TOP OVERHAUL ex5 dream 


Apa tu top overhaul? top overhaul ataupun top end ialah kerja membuka semua  komponen enjin pada bahagian depan/top sahaja.Jika seluruh bahagian enjin motosikal di buka/dileraikan kita sebut full overhaul atau overhaul enjin sahaja.

Tujuan top overhaul dibuat ialah kerana ia mungkin disebabkan ada isu- isu kerosakan seperti


  • gasket bocor

  • valve bocor

  • piston rosak

  • blok jem

  • timing chain rosak

gambar top overhaul


 Banyak lagi perkara penyebab   berkaitan kenapa top overhaul dibuat termasuklah juga   isu modifikasi.

apa khabar?..Cakap Pomen Motor  dalam proses menyusun kembali artikel berkenaan belajar mekanik motosikal agar lebih teratur.Oleh itu post kali ini mungkin nampak 'duplicate',tapi tak apa lebih banyak ulangkaji lebih cepat pandai..kan?

Kepada yang like laman Facebook Cakap Pomen Motor mungkin sudah dapat video tentang Cara Membuka Head,Blok,Piston motor ex5-Top Overhaul.Jika belum sila tonton ini;

https://youtu.be/82dbQfPo34g

 saya akan ulas balik  apa yang dilakukan di dalam video diatas awak lebih faham.


Membuka komponen Top Overhaul


Video 1 cara membuat top overhaul ex5 dream ialah melibatkan proses membuka sahaja.Komponen lain berkaitan dengan top overhaul seperti pemijak kaki,ekzos dan karburator telah dileraikan terlebih dahulu.Setelah itu saya mulakan langkah kerjanya seperti dibawah;

1-Membuka Head

2-membuka Blok

3-Membuka Piston

Mari lihat lebih lengkap tentangnya;

Membuka Head



gambar head ex5
Head 

gambar penutup head ex5



1-Skru 10' panjang
Skru pengikat penutup Timing Spoket
-terdapat 1washer alloy padanya.

2- buka 2 biji skru spoket timing diikat pada camshaft.
-cungkil spoket timing keluar.

3- 4 biji nut 10' stat pada bahagian depan sekali dari head selinder.Di bawah nut 10'
terdapat 1 washer setiap 1 darinya.Salah satu dari washer tersebut ialah washer merah(tembaga) ,dan berkedudukan pada stat bawah sebelah kanan.

setelah dikeluarkan kesemua nut serta washer,dicabut pula penutup depan head.

4- Terakhir sekali,buka skru sisi head.
-skru saiz 8' diikat pada blok.

Setelah itu mulalah tarik head keluar dari stat(tiang) enjin.

Buka Blok/cylinder block 



gambar blok ex5
Blok
1-membuka skru 10' di tengah blok.Skru ini ialah skru pengikat roller besar didalam blok ex5.
-skru saiz 10' serta 1 biji washer alloy padanya.

2-buka skru sisi blok saiz asalnya ialah 8'.Skru ini pengikat blok pada crankcase enjin/kulit enjin.

*jika cylinder  head atau cylinder block sukar dikeluarkan,boleh gunakan tukul getah.

Membuka Piston


Sekarang sudah sampai penghujung kerja membuka bahagian top motor ex5 dream dengan komponen terakhir yang perlu di keluarkan iaitu piston.

Piston disambungkan kepada rod menggunakan sebiji pin.Pin ini berbentuk roller panjang dimasukkan ketengah lubang piston dan dikunci oleh 2 biji klip pada kiri dan kanan.

Dengan menggunakan playar muncung tirus,keluarkan salah- satu klip  terlebih dahulu sebelum menolak pin keluar.

klip piston


Ada 2 jenis klip piston yang biasa ditemui pada piston motor  honda ex5,1 jenis 'C dan 1 lagi 'G'.

klip 'G' adalah lebih mudah dikeluarkan berbanding 'C'.Jadi tambahan pengetahuan anda disini ialah macam mana cara mengeluarkan klip piston jenis 'C'..?

gambar piston ex5


Ok untuk mengeluarkannya perlukan satu pengcungkil halus sama ada skrudriver atau spanar khas.Langkahnya sila lihat gambar di atas.


Berbalik mengenai pin piston.,
Seringkali pin agak ketat melekat pada piston,bolehlah diketuk paksa ianya keluar.

Selesai sudah proses membuka semua komponen top overhaul motosikal honda ex5 dream kita.Kita bersambung pada proses memasang balik pada post akan datang ..insyallah.



sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.