Cara membuat grind valve motor

Grind valve (asah injap,asah klep,skir klep ) perlu di buat supaya dua permukaan bertemu menjadi sama rata yakni  valve dan rumah valve.

Permukaan bulatan valve yang tidak rata akan mengakibatkan kebocoran.Valve bocor memberi kesan kepada  perjalanan enjin itu,enjin hilang kuasa,kelancaran,berasap atau mungkin enjin tidak dapat di hidupkan.

Akan tetapi bukan bermakna  valve  sentiasa perlu di grind,kerja ini hanya di buat setelah timbul tanda-tanda valve bocor seperti yang di terangkan di atas.

Ok,begitulah lebih kurang tentang grind valve.Sekarang kita akan mulakan pelajaran mekanik kita iaitu cara membuat grind valve motosikal Honda ex5.

Animasi membuat grind valve motor

Grind valve motor ex5 secara manual

Kita akan grind valve secara manual ya ..iaitu dengan menggunakan tangan sahaja kerana segelintir menggunakan mesin.

Langkah pertama nak grind valve sememangnya kita perlu membuka semua komponen dalaman head seperti camshaft,rocker arm,valve key dan juga valve seal sekali.

Semua kerja saya dah rakamkan dalam video di bawah;

https://youtu.be/a6yjJrVKMgA

Hasilnya valve telah dapat di keluarkan,dan bermulalah kerja grinding valve.

  • Bahan-bahannya;
  • Ubat grind valve(grinding paste)
  • Waya getah (2 jengkal,muat batang valve)

-petrol 2$

Gambar alatan asah valve

1.Letak lah ubat grind valve pada bibir valve,tak perlu banyak dan pakai yang halus saja kecuali valve rosak teruk.

Gambar grinding  paste
Grinding paste

2.Masukan valve ke lubangnya

3.terbalikan head

4.masukan wayar getah dari bawah

5.putarkan wayar secara turun naik

6.terdengar bunyi semakin halus

7.cuci valve dan rumah valve bersih dengan petrol

8.test samada valve bocor atau tidak

Gambar skir klep

Juga terdapat video tentang ini,lihat dibawah;

https://youtu.be/kxv7YtEjd7s

Sudah selesai,kini valve tersedia untuk pasang balik.

Valve seal/sil klep

Gambar valve seal,sil klep
Valve seal

Valve seal rosak adalah salah satu punca motor 4 stroke berasap.Asap keluar dari ekzos motor pakai enjin 4 stroke  adalah sesuatu yang tak normal.

Getah kecil ini terletak di pangkal tapak valve sebelah luar.fungsinya ialah untuk memberi perlindungan di rongga tiang valve supaya tidak di masuki pelincir enjin terus ke kebuk pembakaran.

Tukar valve seal semasa grind  valve

Gambar cara tukar valve seal

Kepentingan valve seal sudah kita tahu jadi disarankan menukar valve seal lama kepada yang baru setiap kali  grind valve.

  1. Cara menukar valve seal tidak rumit hanya ikuti langkahnya di bawah ini;
  2. Cabut valve seal lama menggunakan playar
  3. Berikan sedikit pelincir kepada valve seal baru
  4. Tekan masuk valve seal dengan jari
  5. Selesai

Hati-hati semasa memasang valve seal sebab ia boleh pecah/koyak semasa pemasangan.

Gambar valve key
Valve key
Gambar alat masuk valve key
Valve compressor

Ok,sudah siap grind valve dan pasang lah mengikut turutan semua komponen head dan jangan ada yang tertinggal.Tak ada yang rumit kecuali pada valve key,sila lah menggunakan alat memasang valve key dengan lebih selamat iaitu valve compressor.
seperti mana kita membukanya.

4 Replies to “Cara membuat grind valve motor”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *