Halaman

cara memasang bahagian top overhaul motosikal ex5

Belajar mekanik motosikal: bab 2 memasang top overhaul ex5 dream 


Terdahulu kita sudah belajar bab membuka dan sekarang pembelajaran mekanik motosikal kita masuk bab 2 bahagian enjin motosikal Honda ex5 100cc iaitu dengan tajuk Memasang Bahagian Top End/Top Overhaul.

Sebelum kita memasang semua komponen pada setiap bahagian top end seperti piston,blok(cylinder block ) dan head(cylinder head) harusnya semua komponen itu sudah tersedia di cuci bersih/servis.

Andai kata ada buat valve grinding,maka pastikan ia sudah siap pasang balik atau kita ada rebore blok(potong blok) makanya pemasangan ring ke piston sudah selesai kerana kita mahu mulakan kerja memasang tanpa ada gangguan lain.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasang bahagian Top Overhaul ex5





video tentang ini juga tersedia di YouTube.Sila tonton video terlebih dahulu disini



Isi kandungan video;

Gasket blok sudah terpasang
-Normalnya gasket blok di perbuat daripada kertas.
-Pada lubang minyak hitam ada satu Oil Ring.
-2 biji bush blok mesti di pasang untuk mengelak gegaran.Masukan ia ke tiang atas dan tiang  bawah sebelah kiri ke timing chain.

Susun gap ring piston
-Gap pada setiap ring di susun mengikut aturan supaya enjin tak berasap atau hilang mampatan.

Baca- Cara pasang ring

Berikan sedikit pelincir kepada ring,piston dan lubang blok
-Tujuannya supaya piston mudah masuk ke blok dan juga untuk mengelak berlakunya calar pada dinding blok selinder atau piston itu.

Pasang piston ke blok
-pastikan piston pin tak dimasukan semua
-Picit-picitkan ring supaya lepas masuk ke blok secara satu persatu.
-awas ring boleh patah jika di paksa dengan keras.
-piston terkandas setelah bawah selinder blok terkena pin

video- pasang piston ke blok
masuk blok ke enjin-separuh sahaja.
-Tarik con rod keluar
-masukkan blok sehingga lubang pin selari

pasang pin piston
-tolak pin masuk rapat

pasang klip piston
-sebaiknya tutup dulu 
lubang enjin dengan kain takut klip tercampak ke dalam.

pasang Roller besar
-masukan skru bersama washernya

Tolak rapat blok ke enjin dan ikat skru tepi blok ke enjin itu.
-tarik timing chain dan tolak blok masuk
-ikat sru tepi blok

Selesai sudah bahagian blok dan kita boleh teruskan untuk memasang head pula.

pasang head gasket-2 biji head bush secara bersilang terbenam pada blok.



masukan spoket timing-untuk memudahkan kerja pastikan ia sudah sedia mengikut marking.



tolak head rapat ke blok-jaga rantai kecil
pasang penutup depan head-masukan washer dan nut 4 biji lalu ketatkan.Ketatkan berpada-pada,jangan terlampau kuat seperti awak ikat skru tayar takut nanti tiang patah..barulah haru! :p

Gunakan Spanar-Torque jika ada



Selesai sudah memasang bahagian 3 top end tinggal lagi satu bahagian yang belum saya ulas iaitu bahagian timing.Walaupun di dalam video telah ditunjukan,ada lebih baik terus membaca ulasannya untuk lebih mengerti apa yang kita buat.

Kita belajar perkara ini pada bab seterusnya untuk menyelesaikan kerja membuat top overhaul Honda ex5 100cc.Salam jumpa lagi.
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.