cara mark timing Cam motor ex5

Belajar mekanik motosikal : 

bab 3
Marking Camshaft 


Ulasan tentang Cara mark timing Cam motor Honda ex5  adalah sambungan bagi  pembelajaran Top Overhaul.Bab 3 ini juga hanya ulasan balik dari video yang telah saya terbitkan.Tonton video dahulu di post terdahulu.

Baik,saya terangkan dulu sikit  apa itu mark Cam atau mark timing Cam.Mark ertinya dalam bahasa Melayu ialah tanda,jadi mark Cam bermaksud tanda Cam.Tapi ia tidak ditandai pada Cam sebaliknya pada Cam Sprocket.


gambar Sprocket Camshaft
Cam Sprocket


Mark pada Camshaft ini perlu selari dengan pasanganya iaitu mark pada Head jika mengikut aturan standard pengeluar.

Marking itu menunjukkan waktu bila Valve(injap) dalam Head  mula dibuka atau tutup.Buka tutup Valve mestilah mematuhi aturan kitaran 4 lejang.

Contohnya lejang pertama iaitu lejang ambilan  di mana piston mula bergerak turun kebawah,pada waktu ini  Intake Valve perlu dibuka untuk membenarkan campuran minyak masuk ke ruang pembakaran.Pada waktu ini juga di mana kamu letak Mark Cam akan menentukan lambat atau cepat Valve dibuka dan begitulah pada lejang seterusnya.

Ok,saya rasa sudah pengertian Mark Camshaft itu apa  jadi mari kita sambung pembelajar kita iaitu cara Mark Cam motor ex5.

Cara Marking Camshaft Honda ex5 Dream 100cc


Seperti yang tunjukkan di dalam video , untuk mendapatkan marking Cam Honda ex5 dream 100cc ni kita perlu ketemukan 2 marks iaitu

  • mark 'O' pada Sprocket Cam
  • mark ' T' pada magneto/flywheel


langkah-langkah yang perlu di buat untuk mendapatkan Marking ;

  1. Pusing magneto sehingga terlihat pada lubang atas Cover Magneto, garis mark 'T' selari dengan Mark pada Cover itu.
  2. Pusing Flywheel menggunakan spanar Socket melalui lubang tengah Cover Magnet.
  3. Selanjutnya selarikan Mark Spoket Cam 'O' dengan Mark yang ada di dinding Head.Jika tak sama(timing lari) awak perlu alihkan kedudukan Sprocket Cam saja.
  4. Selanjutnya jika Marking sudah betul,bolehlah ikat balik skru Cam Sprocket.
  5. Buat uji cuba dengan memusingkan flywheel beberapa kali untuk memastikan ketepatan.

gambar mark ex5


Timing Chain tegang


Hal ini mungkin terjadi iaitu Timing Chain terlalu tegang hingga sukar untuk memasang Cam Sprocket.

Jadi solusinya ialah dengan satu cara ini,BUKA SKRU 14' TENSIONER pada bawah enjin.

Hati-hati kerana seringkali Spring di dalam Tensioner akan melantun keluar.Jangan risau,saya tunjukkan susun atur Tensioner ex5 di bawah ini jika awak tak tahu.Susun balik seperti yang anda lihat pada gambar di bawah.Fungsi skru Tensioner ialah mengawal regangan Timing Chain.Pastikan juga saiz Timing Chain adalah tepat.

gambar tensioner Honda ex5
Tensioner



Ok,bahagian Marking timing Camshaft kita sudah selesai jadi silalah tutup balik semua Cover yang berkaitan.
Pemasangan Top Overhaul kita hampir selesai tinggal lagi beberapa perkara sampingan yang akan kita perlajari pada bab seterusnya.Salam jumpa lagi.



16 ulasan:

din pomen berkata...

Salam.. skru magnet dah loose.. nk skrew keluar x boleh. mcmana caranya ya. marking magnet dh terpusing hampir 90%.

Mad Malaysia berkata...

Alamak..susah sikit nii

Try push magnet dari belakang sambil pusing skru yang dah loose tu.tapi kene buat kerja 2 orang baru boleh..

Tak boleh juga pegi potong pakai api welding. .

amirul berkata...

salam bos., nak tanya sy punya masalah x boleh nak pusingkan magnet bila masukkan rocker arm racing yang ada roller dengan camshaft racing., bila masukkan yang cam asal boleh bt pusingan magnet. tak tahu apa punca . pemasangan dh betul., adakah rocker arm yang ada roller tu lebih tinggi dari yang standart yang menyebabkan apabila kita gabungkan cam shaft racing + rocker arm racing dye akan terhantuk pada penutup head (yang skru 4 tu)., ke ada maslah lain?
terima kasih.

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Wah ni barang modi ni..
'kita wat dia bukan dia buat kita'..:D

Mungkin juga masalah terantuk atau spring valve dah rapat sangat..

Hilmi Nudin berkata...

valve clearance xcun la tu.. kasi longgarkn skru kecik tu...

Harith Mokhtar berkata...

Terhantuk dekat cap skru 4..kene tukar cap lain..

xAnonymous berkata...

Bang btol ke klau vavle seal bocor kt head kluar asap putih..moto ex5 sya klau tambah minyak hitam or tambar dia kluar asap putih..cmne tu bang??

MS GARAGE MOTOSPORT berkata...

head kena granball tukar valve seal mesti cun...grenti asap xkuar

Driver berkata...

assalamualaikum,

nk tanya kalau wave dash jack rod 3.5mm, timing chain 90 dah xngam, kalau pakai 92mm,timing chain jadi kendur sgt pula..mcmne ye, tambah spring pd push rod dh try tp makan getah push rod,serabut nk buat bagi ngam... ada cadangan x tuan2?

Unknown berkata...

nak tnya pasal valve intake cam tu, "di mana kamu letak Mark Cam akan menentukan lambat atau cepat Valve dibuka dan begitulah pada lejang seterusnya." apa beza lmbt dngn cepat tu ?

Mad Malaysia berkata...

Kena ikut mark asal
Kalau tak boleh jadi bobok
atau jadi tak boleh gerak
Atau langsung tak idup

Mad Malaysia berkata...

Macam mana nak jadikan saiz 91 haah..mari kita fikir-fikirkan 😁

Unknown berkata...

nak tanya motor ex5 baru tukar piston ngan valve tap lepas pasang semua ada bunyi kasar adakah cara pemasangan salah,,bunyi mcm rantai kecik mohon bantuan

Repair Motor berkata...

Bandingkan dengan sebelum buat..kalau lagi bising maknanya ada yang tak kena..

Hasnah Yaccob berkata...

Kalau camshaft tiga skru macam mane nk cari mark t adakah sama macam cam 2skru

Mad Malaysia berkata...

Sama saja lihat tanda bulat tu bukan skru