Awas pelincir motorsikal 5w 30

Minyak Pelincir Multi Gred


salam pembaca,
Cakap Pomen Motor kembali berkongsi info pengguna motosikal,kali ini lagi mengenai minyak pelincir tapi isu lain iaitu khas tentang  pelincir multi gred.
Apa itu multi gred?
Pelincir yang menggunakan Vii (viscosity index improver)  yang dilebal seperti 10w 40 atau 5w 30 dan boleh dilihat ada labelnya pada botol pelincir itu.

Bukan amaran atau kecaman
akan tetapi awas dengan multi gred dengan vii yang tinggi.Saya difahamkan minyak ini mudah merosot prestasinya setelah ia digunakan agak lama pada enjin motor.

Prestasi yang di maksudkan ialah berkenaan kadar kelikatan pelincir / gred pelincir<~BACA.Jika anda sudah faham mengenai kodnya,kita tahu angka dibelakang setelah 'w' menunjukkan cair atau pekat minyak itu pada suhu operasi enjin 212F.Kita ambil contoh SAE 5w 30,angka 30 itu adalah gred kelikatannya.

Dipendekkan cerita 30 itu dengan mudah menjadi angka 20.Bermakna minyak pelincir anda sebelum ini dilebal dengan 5w 30 kini telah menjadi sama dengan pelincir 5w 20.

Mengapa? Ini kerana vii telah mengalami tindak-balas setelah ia kerap berubah-ubah suhu untuk menyesuaikan kelikatan pada sejuk dan panas,itu adalah sifat vii.Lebih banyak vii didalam pelincir bermakna lebih mudah pelincir jatuh gred walaupun tujuan sebenar tambahan banyak vii  adalah untuk menjadikan pelincir lebih pekat ketika enjin panas.
Sampai disini mungkin ada yang belum mengerti kenapa vii diadunkan kedalam pelincir multi gred sebenarnya.

Asalnya pelincir itu digredkan sebagai 5w pada contoh tadi.Pelincir dengan gred 5w ini amat bagus semasa suhu enjin jatuh/sejuk.5w itu sebenarnya telah direkodkan oleh SAE( Society of Automotive Engineers) pada jadual mereka kecepatan minyak itu mengalir didalam enjin motosikal.Dengan data yang mereka perolehi akhirnya mereka setuju bahawa minyak itu layak mendapat gred 5w.

Minyak pelincir itu bagaimanapun hanya bagus pada suhu sejuk lebih-lebih lagi bagi mereka tinggal di negara beriklim sejuk,motosikal atau kenderaan mereka amat memerlukan minyak seumpama itu kerana pelincir yang pekat akan menyusahkan mereka untuk menghidupkan enjin kadang-kadang langsung tak boleh start.Lagi kecil angka didepan 'w' adalah lebih ringan minyak mengalir didalam enjin.

Sekarang mereka telah menyelesaikan masalah enjin susah dihidupkan ketika sejuk akan tetapi pelincir 5w adalah terlalu nipis ketika enjin mulai panas,sekarang bearing-bearing,gear,piston tidak mendapat sokongan yang secukupnya,pelincir seupama hilang begitu saja tidak melekat atau bertakung.Jadi semua komponen enjin itu tidak mendapat perlindungan yang secukupnya.
Oleh itu mereka telah  menambah satu bahan yang cukup efektif kedalam pelincir iaitu vii.

Sekarang ini pelincir 5w tadi boleh melompat gred ketika enjin panas contohnya 5w 30.Kini pelincir itu dikenali dengan multi gred.Lagi banyak vii pelincir itu terus meningkat kelikatanya 40,50,60 dan seterusnya.

*angka gred rapat menunjukan pelincir itu kurang vii

kesan pelincir jatuh gred pada komponen enjin


Minyak multi gred telah berjaya menyelesaikan masalah enjin ketika sejuk namun setelah timbul isu kemerosotan vii pengguna haruslah berwaspada supaya pelincir yang dipakai itu kerana kesanya membawa kepada kerosakan enjin.

Boleh teliti jadual kecepatan minyak pelincir mengalir didalam enjin untuk membuat pemilihan sesuai.

gambar jadual kelikatan pelincir

sumber gambar;

Bagi pengguna motosikal harian di Malaysia gred 30 adalah terbaik bagi saya seperti pelincir single gred SAE 30 kerana minyak ini tiada campuran vii akan tetapi  mungkin juga anda ada sebab untuk mengguna pakai pelincir jenis multi gred,terserah kepada pilihan masing-masing.


Tapi apa yang mahu baikimotor.com kongsikan kepada anda pembaca yang dihormati disini buatlah penilaian yang tepat dalam pemilihan minyak pelincir untuk motosikal anda.Info yang dikongsikan bukan kenyataan tak boleh disangkal tapi hanya sebagai sedikit pemberitahuan..sekian sahaja kali ini,salam jumpa lagi.

2 ulasan:

Anuar Azmy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anuar Azmy berkata...

Kalau Dduk dekat iklim sejum mcm tanah tnggi, xpeke ambik minyak hitam 5w 30, memandangkan kkdg suhu boleh jadi belas2 kalau musim hujan dn suhu lebih sejuk bbnding dgn tanah rendah..