Cara kerja engine 4 stroke




Baikimotor.com-kongsi info lagi kepada anda follower blog kami,pengunjung baru iaitu cerita tentang engine 4 stroke/4 lejang iaitu engine paling mesra alam katanya.Peminat engine motorsikal jenis ini tentu ramai jadi apa kata kita fahami dan kenali cara engine ini bekerja bermula dengan struktur enjin.

Komponen-komponen yang membina struktur asas bagi enjin motorsikal 4 stroke terdiri daripada;

Karburator,

valve,camshaft,

piston,

rod,crankshaft,

clutch,

gear box



Daripada beberapa komponen utama di atas maka lahirlah sebuah enjin asas 4 stroke yang disusun kepada beberapa section. Lihat pula bagaimana cara kerja enjin itu.

Gambar cara kerja enjin


Section A ; karburator, valve,camshaft
Section B; piston,crankshaft
Section C; clutch, penukar gear
Section D; gear box

Cara kuasa enjin di alirkan


Section A dikenali sebagai kawasan pembakaran dalaman dimana enjin mula menghasilkan tenaga.Tenaga ini terhasil setelah melalui 4 proses mengikut aturan lejang motorsikal 4 stroke iaitu lejang ambilan,lejang mampatan,lejang kuasa dan lejang buangan.

Sebelum tenaga enjin(kuasa) akan membenarkan motorsikal bergerak ia perlu melepasi pusat kawalan tenaga iaitu pada kawasan C dan D.

Disitu boleh anda mengatur kelajuan pusingan roda belakang yang anda mahukan dengan menarik  clutch dan menekan pedal gear setelah membesarkan atau memperlahankan pendikit(karburator).



Kitaran enjin 4 lejang(stroke)


Satu tendangan penyetat kaki adalah sumber tenaga enjin yang pertama sebelum enjin mula menjana kuasanya sendiri setelah mengalami proses 4 gerakan turun naik piston dan lejangnya.

Gambar ilustrasi 4 stroke


Lejang ambilan: piston bermula di pusat mati paling atas kepada head selinder  (T.D.C.) turun dan berakhir pada pusat mati bawah (B.D.C.). Dalam stroke ini valve masuk  mesti berada dalam kedudukan terbuka membenarkan piston  menarik campuran udara-bahan api ke dalam silinder blok  melalui gerakan menurun.

Lejang Mampatan: stroke/lejang ini bermula di B.D.C iaitu paling bawah naik dan berakhir pada T.D.C. Dalam stroke ini piston memampatkan campuran udara-bahan api sebelum ia dicucuh oleh spark plug pada akhir stoke ini.semasa ini keadaan valve adalah tertutup kedua-duanya.

 Lejang kuasa: Disini lah engine mula hidup sendiri tanpa sumber tenaga manusia.Nyalaan pada akhir lejang mampatan dan diawal lejang kuasa menghasilkan letupan dan menolak piston dengan keras ke bawah sehingga dapat  memutarkan crankshaft sendiri .kedua-dua valve adalah tertutup.

 Lejang buangan: Hasil dari daya kuasa tadi kini piston ditolak keatas secara automatik sisa gas yang terbakar turut ditolak keluar melalui 1 valve yang terbuka iaitu valve out.Kitaran enjin ini berulang kembali seperti awalnya secara berterusan sehingga engine dimatikan.

Baca lagi tentang; enjin motorsikal 


Enjin 4 tak dan minyak pelincir nya



Mesin 4 tak ini cukup menitik beratkan penggunaan minyak pelincir 4t kerana ia tidak menggunakan minyak 2t.Bermula dari piston,rod,crankshaft, clutch sehingga ke gear box perlu dibasahi dengan minyak 4 t untuk ia bergerak lancar tanpa masalah.lihat kawasan berwarna biru,biru tua ialah aliran minyak pelincir nya.

Gambar enjin 4 tak


Daripada gambaran ilustrasi diatas dapatlah kita tahu pelincir mengalir ke semua bahagian enjin 4 stroke kecuali di kawasan berwarna merah (kebuk pembakaran,Oren (minyak in) dan warna hijau (ekzos).Bermakna juga pelincir tidak dibenarkan melepasi kepala piston walau ring piston sekali pun.

Ciri pelincir yang dipilih harus bertepatan dengan kreteria enjin ini.Makanya pilihlah pelincir yang baik dari segala aspek bukan khas untuk gearbox atau bahagian clutch sahaja sebagaimana keperluan enjin 2 tak.

Ketahui kod minyak pelincir untuk pastikan ia mengalir keseluruh bahagian enjin dengan baik,baik untuk dinding selinder blok,baik juga untuk piston dan ring,laju ketika melepasi Oil Pump menunjukan ciri pelincir itu bersesuaian dengan enjin 4 tak.

Satu lagi diketahui enjin 4 tak(4 stroke) perlukan pelincir yang dapat seal kan ring piston untuk peningkatan kuasa enjin.Jika kuasa mampatan lolos pada ring piston maka semakin mengecilah kuasa enjin terhasil.

Setakat itu sahaja yang mampu dikongsi ketika ini mengenai engine 4 stroke. Kekurangan,kesilapan mohon diketahui diruangan komen terima kasih dari Cakap Pomen Motor sehingga jumpa lagi dikesempatan lain pula.






8 ulasan:

Muhammad Fathullah berkata...

Ada tk tmpat yg boleh ubah suai kriss ni untuk kgunaan long journey n yg pntg tk tertggl bila dduk atas highway...yg pntg tk jem..💪

Mad Malaysia berkata...

Banyak bengkel boleh buat enjin kriss ni..

Sahrull Nizam berkata...

Kenapa enjin motor bunyi bising bila minyak hitam dia kurang?pick motor pun jadi lambat,,yamaha 115zr.Bahagian mana yg rosak sebenarnya?

Marman berkata...

Warning die la tu sblum jem..

http://www.baikimotor.com/2016/09/minyak-hitam-motor-kering.html?showComment=1500797394634&m=1#c6237474494902683802

khai rul berkata...

Assalamualaikum, saya nak tanya, lepas saya
Tukar minyak hitam jenama honda tu , botol warna kelabu,n ketatkan rantai ada letak minyak rantai n spray rantai...terus moto jadi semput gear 1 mcm gear 2 je...honda ex5 lama... kenapa ea ???

Marman berkata...

W'salam

mungkin minyak sudah terlebih..pastikan semasa buang minyak hitam di buka dipstick dahulu..kadang angin tersumbat minyak hitam tak turun habis..

khairul asmak awang berkata...

Boleyh Tunjuk cara psang Dan bukak head block & block Ex5?Terima kasih

Mad Malaysia berkata...

Khairul tengok homepage