4 motorsikal paling laju lari lebih 300km/j




Baikimotor.com- OK sibuk sangat mencari kelajuan ya,hari ini saya kongsikan 4 motorsikal berkelajuan lebih dari 300km/j yang anda ingin saksikan.Mari kita saksikan sekarang di antara 4 motorsikal paling laju di dunia ini ;

4. Honda CBR1100XX Blackbird: 190 mph (310 km/h)


Motorsikal ini keluaran dari pengeluar ternama Jepun iaitu Honda.Ia menggunakan enjin 4 lejang berseseran 1137 cc,sejukan cecair dan transmisi 6 kelajuan .Enjin yang dipakai ini membuatkan ia lari kencang pada top speed mencapai 190mph/310 km/j.
 Motorsikal ini mengeluarkan kuasa enjin sebesar  114 kw (153 hp) @ 10,000 rpm.


Gambar motor Honda blackbird


3. MTT Turbine Superbike Y2K: 227 mph (365 km/h)


Di tangga ke-3 ialah sebuah
motorsikal laju dan unik.Unik kerana motorsikal ini menggunakan 2 gear sahaja..automatic gear.enjin yang digunakan adalah sejenama dengan  pengeluar kereta mewah terkenal iaitu  Royl Royce.250-C20 enjin turbo shaft hasilnya kelajuan top speednya ialah 227 mph (365 km/h) bersama  320 horsepower (239 Kw) @ 52,000 rpm.


Gambar superbike laju


2. Suzuki Hayabusa: 248 mph (397 km/h)


Biasanya apabila anda memandu kereta di tengah highway dengan kelajuan paling tinggi anda dan kelibat seakan-akan motorsikal memotong anda dan terus menghilang inilah motorsikal yang anda perlu cari dekat hentian rehat didepan anda sana.

Hayabusa- dengan spesifikasi enjin  1340 cc, 4 lejang , empat cylinder, sejukan cecair , DOHC, 16 valve tak hairan mengapa motor keluaran Suzuki ini dapat pergi sampai  248 mph (392 km/h) ,197 horsepower (147 kw) @ 6750 rpm..:)


Gambar motorsikal Hayabusa

1. Dodge Tomahawk: 350 mph (560 km/h)


Ini adalah motor terlaju sekali didunia yang boleh anda miliki walaupun keluarannya  terhad.
10 selinder,enjin jenis v 90° membuatkan kelajuan  Dodge Tomahawk melepasi angka 500 km/j pada top speednya.Hanya menggunakan 2 gear manual untuk memperolehi 500 horsepower (370 Kw) @ 5600 rpm.

Gambar motor lari paling laju


Info tentang 4 motorsikal laju lebih 300 km/j.sumber; carian internet.

Lihat video antara 5 motosikal terlaju 2017 dibawah: video berdurasi 7 minit lebih;





Tiada ulasan: