Punca motor susah hidup waktu pagi

 motor susah hidup waktu pagi sila guna choke



Motor susah hidup pada waktu pagi atau lebih tepat di waktu dingin sejuk adalah satu masalah cukup biasa terjadi dan akan menyusahkan pemilik jika tahu cara menyelesaikannya tambahan jika berlaku pada motor baru dibeli lagi membingungkan pemilik..tak mungkin motor baru dah rosak..Jadi jangan fikir bukan-bukan motor nak kena overhaul atau sebagainya.Sebenarnya punca enjin motor susah nak hidup pada waktu pagi berkaitan masalah pembakaran bahan api enjin motor itu sendiri.Kita di Malaysia saya rasa tak ada masalah berkaitan kelikatan minyak hitam sebab cuaca paling sejuk kita tak sampai tahap minyak hitam membeku,tapi jangan pelik-pelik guna 4t terlampau pekat.Jadi fokus kita untuk mengatahui penyebab masalah ini ialah pada sistem bahanapi dan elektrik sahaja.


Ketika suhu sejuk aliran gas bahan api didalam ruangan enjin menjadi lambat dan ia perlukan berapa ketika untuk dimampatkan dan dibakar kerana itu sesebuah enjin agak lambat hidup kerana ia perlukan waktu.Kemungkinan satu atau 2 tendangan penyetat tendang belum dapat hidupkan enjin lagi.Diwaktu pagi disarankan menggunakan penyetat tendang walaupun motor itu turut mempunyai pilihan penyetat elektrik.

Talaan enjin satu penyebab juga pada masalah ini khasnya talaan pada karburator yang agak kering(lean) akan menyebabkan enjin lambat hidup pada suhu dingin.Biasanya talaan sebegini hasilnya motor itu lebih jimat minyak namun susah hidup jika dibiarkan semalaman.

Mungkin anda tak sedar kehadiran alat untuk mengatasi masalah ini iaitu Pengcekik atau lebih dikenali dengan panggilan Choke.Apa yang perlu anda buat ketika motor susah nak start ialah anda hanya perlu menarik tuas Choke pada bar handle sebelah kiri,sebelah bawah biasanya kemudian cuba start kembali.Jangan pulas minyak ketika menggunakan Choke jika tidak akan menyebabkan plug rosak.Setelah motor hidup silalah tutup kembali tuas Choke itu..inilah cara menggunakan choke yang betul.

Gambar choke
Choke

Tonton video cara guna choke
Pada Yamaha 125z




Jika ralat sila klik bawah


Sebenarnya tiada masalah jika motor baru susah hidup kerana isunya hanyalah talaan atau setting karburator sahaja dan bagaimana pula jika masalah ini berlaku pada motor lama..?
Sekarang ini adalah kisah lanjutan untuk mengatasi masalah motor susah hidup pada waktu pagi enjin sejuk.

Diawal perbincangan kita tadi saya ada menyebut tentang elektrik dan ini kemungkinan besar berlaku kepada motor yang telah lama anda gunakan itu.Tahukah anda tanda-tanda Cdi rosak..? Salah satunya ialah motor tak mahu hidup semasa enjin sejuk.Selepas dihidupkan satu kali masalah telah hilang dan kembali pula berulang selepas parking berjam-jam..jadi saya tak perlu terangkan apa perlu dibuat ya..sila ke bengkel.

Gambar mekanik
Saya boleh Bantu abang


Tips dan trik untuk hidupkan motor


Kita sudah nampak bukan Masalah motor susah hidup pada waktu pagi adalah bukan masalah besar bagi kita sebenarnya ia lagi menjimatkan minyak motor kita..sila gunakan choke,itu jawapanya.Namun hal yang dikhuatiri ialah kemungkinan berlaku hal yang kita tak ketahui contohnya Karburator banjir.

Tips dan triknya jika gagal setelah menggunakan choke beberapa kali apa yang perlu anda buat ialah pertama tutup tuas choke,kedua ialah pulas minyak habis(full throttle) tahan sambil start enjin sehingga hidup.Jika trik ini berhasil ia menandakan plug motor anda sudah basah kerana cubaan menghidupkannya di awalan tadi atau karburator motor anda benar telah overflow.

Begitulah lebih kurang tentang punca dan cara menyelesaikan masalah motor susah hidup pada waktu pagi. Jika kekurangan maklumat atau ada sesuatu hendak di ajukan sila tulis komen kepada kita Cakap Pomen Motor pada ruangan tersedia..salam jumpa lagi.





12 ulasan:

Awang Hafiz berkata...

Alhamdulillah nasib baik jumpa blog ni.

Motor saya mmg jenis susah nak hidup pagi-pagi, tambah2 kalau hari Isnin lepas tak bergerak Sabtu Ahad.

Selama ni, tarik Choke, pastu pulas minyak pastu kick start, ada masa hidup, ada masa berkali-kali baru hidup, hari ni langsung tak hidup2.

Nak try lah tips ni. Thanks bro!

Marman berkata...

Ya sama-sama bos..silakan mencuba.kalau motor hidup gunakan trik diatas bos jangan biarkan gitu saja perlu repair takut melarat ke lain hal pula..

Nor Aishah berkata...

moto sya susah nak start, lepas boleh start bawa sekejap dan berhenti untuk selekoh enjen trs mati, nak start plak susah nk hidup. sebab apa ek?

Mad Malaysia berkata...

Banyak hal kemungkinan berlaku bila masalah motor susah start ni..apa saya nampak dari ulasan cik berkemungkinan motor cik ada problem pembakaran tak sempurna..valve bocor mungkin,apa pun rujuk pada mekanik di bengkel.

Irwan Shah berkata...

timing cik dah habis tu cik, kemungkinan besar skru angin dalam carburator dah patah atau kena setting balik. Harganya murah saja, saya baru buat di Ipoh RM 38(carburator kit lcv2 one set rm 18.50 + upah rm 20). Tapi pastikan pergi awal pagi cik, standby takut-takut carb kena bawa masuk foundri #brocuba #ridertutipotti

Andak Mohammad berkata...

Assalam,tuan sy ingn brtnya sdkt soalan,sy mggnakan mtor 125z,bru2 ni sy ada tkar kaburator.skrg mto sya gna kaburator keihin pe28,tp lepas pasang,dan guna kotak angn mto jd lemas,apa punca nya tuan?dan sy guna pj 40 dan mj 150 yg dah di korek lubng dia,skrg mto dh x guna kotak angn tp pg2 kena start 4 5 kali untk panskan enjin dan bila dah hdup nk jalan enjin nak mati kena panskan enjin btl2 bru blh jalan,mhon pandangan tuan,apa yg perlu sy bt.trma kash

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Modified motor ni memang sakit pala,tak ngam memang datang masalah..

Dari apa yang tuan cakap saya nampak angin karburator besar/minyak kecik..

Pertama cuba tutup skru angin 1 pusingan tengok camna efek dia..

Kalau start pagi ok tapi jalan bobok perlu cuba besarkan pilot dan buka angin seperti sebelumnya..

Cuba dulu :)

Halfey Halphstein berkata...

Terima kasih kat penulis blog sebab terbitkan artikel berguna ni. Motor aku dah masuk tahun ke-5 tahun ni dan sejak bulan doblas hari tu dah mula susah nak start awal pagi selepas tak jalan hujung minggu (motor utk bawak pegi keja aje, hujung minggu merayau naik MRT hehe!). Memang mula2 fikir nak oberhol aje tp fikir balik cuba cari jalan lain dulu sblm keluarkan belanja besar utk oberhol. Lagipun enjin x pernah meragam takde mati tgh jalan. Minyak itam pun selalu tukar. Kawan pun ada suruh tukar plug pasal memang tak pernah tukar pun sejak beli motor ni. Plug dah tukar pun masalah liat nak start awal pagi masih tak banyak berubah. Pernah cuba guna choke tp bila baca kat sini baru tau rupanya aku salah cara. Ikut cara dlm artikel ni baru la betul. Masalah motor susah nak start ni sekarang dah boleh manage dah. Paling teruk pun 3 kali tendang baru start. Kalau dulu bila tak bleh start lepas berpuluh kali tendang aku main masuk giyar lepas tu tolak. Nasib la aku ni tak berapa mahir bidang motor dan enjin ni. Kalu game atau komputer tu aku pakar la.

Nur Syahirah Basri berkata...

Assakamualaikum. Terima kasih sbb publish blog macamni mmg perlu sangat sangat skrg sbb moto tak boleh start pagi pagi. Saya rasa saya dah salah cara penggunaan choke tu. Lepastu bila saya tekan starter balik, moto dah tak ada bunyi langsung. Mcm mana ya ada cara lain tak? Ke kena bawa pergi workshop. Saya stress moto tak boleh nak start pagi pagi hm

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Terima kasih.

Jangan stres-stres rileks saja..

Ok macam ni first kena hantar bateri pergi chaj kat bengkel,start pakai kaki dulu.

Waktu pagi (awal start motor) disyorkan guna kaki dulu kalau terus guna starter nanti bateri tak tahan lama pakai..

Pagi-pagi tak perlu terus tarik choke,tutup choke start seperti biasa

2,3 kali start tak hidup baru guna choke JANGAN PULAS MINYAK

Dah hidup main minyak sikit dan TUTUP CHOKE BALIK

kalu cara ni tak berkesan saya syorkan hantar motor ke bengkel untuk buat servis..dapat..?

Ok,harap jelas

Mohd Najib berkata...

As’salam.. Bos.. nak tanya ni motor wave 125... 2006... start mula mula tak de masalah... bila dah lebih kuran 1km jalan moto mula semput pastu mati... nak start balik cara biasa tak boleh... tarik choke baru hidup.. ? Kenapa yer ?... kalau dibiarkan lama sikit .. start mcm biasa pun hidup..

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Biasanya berpunca masalah petrol..petrol tak cukup sampai..cuba servis karburator dan pastikan petrol dari tank turun dengan baik