Carburetor Motor keluar minyak petrol semasa parking

Punca karburator carburetor Motor keluar minyak petrol 


Salam,

Ok bos kongsi info pengguna motorsikal lagi,apa punca karburator keluar minyak petrol.Biasa kita sedari hanya semasa parking motor kerana kesan tompokan petrol di bawah motorsikal itu.Punca perkara ini berlaku ialah kerana sedikit gangguan pada karburator itu dan ia memang selalu terjadi dan itulah diantara masalah karburator motor yang kadangkala membuat orang tidak senang dengan sistem karburator dan mula beralih ke Fi.Tapi bukan masalah besar sebenarnya cuma perlukan sedikit ketenangan kerana pasti ada jalan penyelesaiannya.

Minyak petrol selalu melimpah dekat parking,baru petrol kuat itu sebenarnya berpunca masalah kegagalan karburator mengawal kemasukan minyak petrol bermaksud petrol secara terus menerus masuk dan melebihi tangki simpan petrol karburator.Ini akan menyebabkan petrol akan mula melimpah keluar dan berlakulah kejadian yang dinamakan karburator banjir@petrol keluar dari carburetor.

Gambar karburator


Kotoran seperti habuk-habuk kecil,pasir,pecahan besi halus akan menghalang injap tutup buka di dalam karburator.Petrol mula bertambah dan bertambah walaupun ia tidak digunakan(sepatutnya ditutup)

Penapis minyak petrol amat baik untuk mengatasi masalah ini tapi malangnya jika alat penapis itu rosak..

Ok bos sudah faham sekarang punca minyak keluar dari karburator kan..!

Macam mana pula cara mengatasinya,

Perlu tukar karburator?

 Jangan risau tak perlu tukar karburator bos..cuma perlu diserviskan karburator saja dan kos anggaran servis karburator motor adalah dalam RM 15 ke 25 sahaja..kalau motor baru percuma!..pada tarikh ini.

Biasanya hal semacam ini mekanik akan mencuci bersih kotoran dalam karburator yang mengganggu sistem karburator itu..Jadi hanya perlu bertenang sahaja bos boleh pakai balik karburator lama tu setelah diservis nanti.Tapi mungkin harga bayaran servis akan bertambah sedikit sekiranya punca petrol bocor tu di sebabkan kerosakkan komponen dalaman karburator 

Cara memperbaiki sendiri -baikimotor.com

Float needle

Gambar float needle

Lagi satu puncanya,
Inilah bendanya yang menyebabkan karburator keluar minyak petrol..float needle

Harganya jauh lebih murah dari harga sebiji karburator baru..:)
Jadi bos hanya perlu buat sedikit tambahan bayaran lagi untuk menggantikan float needle yang rosak itu.Tapi harap-harap hanya masalah kotoran,jimat sedikit belanja..

Ok bos,dah tahu punca karburator keluar minyak petrol kat parking motor tu,sekarang bolehlah terus ke bengkel.Lagi satu pesan,kalau petrol keluar banyak jangan start dan naik motor tu,sila tolak..bahaya petrol!! Ok bos jumpa lagi..

Tiada ulasan: