Cara susun celah ring piston motor 4t agar tak berasap



Baikimotor.com bersambung tentang ring piston lagi kali ini kita kenal pula ring piston motor 4t(4 lejang) dan cara memasangnya pada piston.
Ring pada piston motor 4t agak berbeza dengan ring motor 2t iaitu dari segi bilangan ring juga cara susunan ring itu.Bilangan piston ring motor 4t jalanan ialah 3 ring bermakna lebih 1 ring dari motor 2 lejang itu.

Ring paling atas dari kepala piston dikenali sebagai Top Ring,ring baris kedua atau tengah ialah Second Ring dan yang paling bawah dan agak special 3 dalam 1 itu kita panggil Oil Ring atau ring minyak.Itu adalah perbezaan dari segi bilangan dari segi rupa bentuk pula ring pada kedua-dua jenis enjin itu kelihatan sama melainkan pada ring tambahan baris 3 itu.

Fungsi ring piston ialah meminimumkan kebocoran gas mampatan didalam blok.Untuk motor 4t kita tahu bahawa minyak hitam berlegar di bawah piston dan juga pada ruangan crankshaft maka ring diperlukan sebagai penebat minyak hitam. Minyak hitam tidak dialukan untuk memasuki kebuk pembakaran kerana ia akan menyebabkan pembakaran enjin tidak sempurna.Pembakaran enjin tak sempurna ialah antara penyebab motor hilang kuasa ataupun menyebabkan plug rosak.Jadi penggunaan 3 ring piston pada motosikal 4 lejang dilihat lebih efisien untuk mengatasi enjin motor diatas.

Walaubagaimanapun, tidak seratus peratus ring mampu membungkus semua mampatan,pasti ada yang lolos kerana setiap ring itu mempunyai belahan atau celah.Jadi untuk memaksimalkan penggunaan ring perlu ada pengaturan dalam pemasangan ring .

Celah(gap) ring perlu diatur  dengan betul ketika memasangnya kerana ia akan menjadi salah-satu punca  motor 4 t berasap selepas pemasangan ring piston dibuat.
Malas nak baca panjang-panjang tonton saja video ini
https://youtu.be/gSwZgr6X-KI

Cara pasang ring piston 4-tak


Pasang ring piston pun mesti ada caranya bos..Kalau ring 2 t agak senang di pasang kerana piston 2t hanya pakai 2 ring dan satu hal lagi pistonnya ada ring gap point,hanya ikut sahaja mudah bukan.Untuk ring 4-tak perlu ada langkah pemasangan yang betul kalau tak mahu enjin berasap.Jadi ikutilah panduan dibawah;

Gambar Cara susun celah ring piston motor 4t agar tak berasap



Urutan ketika memasang ring piston 4-tak

Selesaikan baris 3 dahulu
Second ring
Top ring

Baris 3 terbahagi kepada 3 ring bermakna 3 dalam 1 bahagian.Urutan susunannya ialah


  1. Pasang expander(ring tengah)
  2. Pasang scraper dari atas
  3. Pasang scraper dari bawah(kaki piston)
  4. Selesai bahagian 3(oil ring)


Setelah selesai bahagian 3 diikuti pula second ring.Tips untuk kenal pasti berbezaan antara second dan top ring_second ring selalunya berwarna hitam atau emas dan jika anda boleh nampak ia adalah lebih tebal berbanding top ring.

Sekarang masukan second ring itu pada baris kedua dan perhatikan marking ring ketika memasang.Marking harus ke atas.Penghabisan ialah pasangkan top ring dan anda sudah sekesai kerja memasang ring piston motor 4-tak.

Cara susun celah piston ring


Pada ring piston motor 2 lejang kita boleh lihat ada ring gap point_benda kecil untuk menyendal celahan ringnya dari teralih tapi ia tidak ada pada piston 4 lejang jadi saat mahu memasang piston ke blok perlukan aturan semula celahan ring .Tujuannya adalah untuk mengurangkan kehilangan gas mampatan atau mengelak dari minyak hitam terus naik ke permukaan piston.

Gambar ring piston


Gambar cara pasang ring piston


Bermula dari top ring hingga oil ring semua perlu disusun semula secara berlainan arah celahan ring ketepi,kebawah atau ke atas tetapi elakkan atur celah ring selari dengan piston pin.Kesilapan ini akan membuatkan motor 4t berasap putih selepas pemasangan/tukaran ring piston dibuat.Ikuti lah cara susun celah ring piston seperti di atas.kekalkan posisi piston ring ini semasa memasang ke block cylinder 







Tiada ulasan: