2 Pulsar 1 v15 motor baru modenas 2017


Gambar 2 Pulsar 1 v15 motor baru modenas  2017

 Motor baru Modenas 


 Semalam Modenas Malaysia melancarkan 3 buah motorsikal terbaru mereka yang boleh disaksikan kembali di YouTube mereka bagi yang tidak berkesempatan.1 enjin 200cc melahirkan 2 model terbaru Modenas 2017 iaitu Pulsar NS 200 dan Pulsar RS 200 berserta 1 lagi model 150cc di beri nama V15 yang cukup mengiurkan.Motor baru dengan perubahan menyeluruh dari Modenas menimbulkan identiti mereka tersendiri motorsikal kebangsaan Malaysia juga sudah lama saya nantikan.Generasi Kental itu yang dikatakan mereka sesuai dengan penampakan rekabentuk yang ganas dan lasak ia.
Pulsar RS 200 boleh di miliki dengan harga 11,342 dan RM 9,222 bagi Pulsar NS 200 malakala V15 dengan harga belian RM5,989.

spesifikasi Pulsar NS200
Enjin 4 lejang SOHC,199.5cc,3 palam pencucuh,Fi
sistem penyejuk penyejuk cecair
kuasa max. 24.5ps@9,750rpm
Saspensi depan fork teleskopik sesendal anti geseran
Saspensi belakang mono nitrox kanister
Isi tangki 12 liter
brek depan 280mm cakera
brek belakang 230mm cakera
Tayar depan 100/80-17
Tayar belakang 130/70-17
Pengeluar Modenas
Harga RM 9,222
Spec boleh berubah tanpa notis*

Perbezaan antara Pulsar NS 200 dengan Pulsar RS 200


Rs 200
Rs200


Video test pulsar disini


 Dari pandangan mata kasar memang jelas ketara perbezaan di antara kedua-dua model 200cc ini.Pulsar NS 200 di dalam klas Naked Bike kerana rekabentuk tanpa Firing manakala RS 200 tergolong dalam kelas Sport Bike memakai Firing penuh akan tetapi kedua-dua motorsikal Modenas ini masih dijanakan oleh satu enjin DTS-i dengan 24.5 kuasa kuda.Sedikit lagi terdapat perbezaan antara kedua-duanya ialah tambahan ABS brakes system pada model RS,isian minyak petrol dalam tangki lebih banyak diperolehi oleh model RS sebanyak 13 liter berbanding tangki NS yang boleh memuatkan 12 liter petrol.

 V15


spesifikasi V15
Enjin 4 lejang SOHC,150cc,2 plug,2 injap
kuasa max. 13NM@5,500rpm
Saspensi depan fork teleskopik
Saspensi belakang monoshock
Isi tangki 13 liter
brek depan 240mm cakera
brek belakang 230mm gelendung
Tayar depan 90/90-18
Tayar belakang 120/80-16
Pengeluar Modenas
Harga RM 5,989
Spec boleh berubah tanpa notis*

Motor v15
V15


Tiada banyangan Jaguh 170 langsung..itu boleh diperkatakan untuk V15 ini.Lebih cantik,lebih sedap dipandang dan stylo.Saya rasa ini ialah senjata Modenas untuk memecah manopoli motorsikal buatan asing di Malaysia dalam kategori lightweight. Enjin 150cc lebih tenang dikawal di kawasan bandar yang sesak.2 plug...hmm,power!..dengan harga lebih murah dalam kelasnya hanya RM 5,989 anda sudah dapat memiliki model terbaru keluaran Modenas 2017 ini.


Tiada ulasan: