Motor ego baru 2017 Solariz Blue Core

Gambar Motor ego baru 2017 Solariz Blue Core


Yamaha Ego Solariz 125cc ringan,pantas dan cantik


Selepas perlancarannya 15 January 2017 Ego Solariz motor skuter baru keluaran Yamaha telah boleh dimiliki oleh pengguna motor Malaysia.Ini adalah motor baru legasi Ego selepas model S,Fi,Lc yang terakhir sebelum ini iaitu Ego Avantiz yang dilancarkan tak berapa lama sebelum kelahiran model terbaru Ego ini.

Dikuasakan oleh enjin 125cc,fuel injection (Fi) dengan kiraan berat badan 94kg iaitu 2 kg lebih ringan dari Avantis 2016 menjadikan motor skuter ini lebih pantas apabila diperah pendikit dan boleh menghasilkan kuasa tork 9.6Nm/5500rpm dan kuasa maksimumnya sekitar 7.0kw/8000rpm.

Gambar warna pilihan motor ego

4 variasi warna boleh dipilih oleh pembeli iaitu Iconic blue,popular red,classic-sporty brown dan terakhir trendy magenta dihiasi pula bersama corak sticker yang menawan.
Yamaha turut merubah tampilan ego Solariz ini pada lampu hadapan dan belakang dengan lebih indah,menambah eco indikator pada meter penal yang lebih jelas sebagai penunjuk informasi kerosakkan,gaya ekzos lebih sporty dan banyak lagi boleh dilihat sendiri di pengedar Yamaha Malaysia berdekatan.

Gambar ego Solariz



spesifikasi Ego Solariz
Enjin 4 lejang OHC,125cc
sistem penyejuk penyejuk udara
Gerek×lejang 52.4×57.9mm
kuasa max. 7.0kw/8000rpm
nisbah mampatan 9.5:1
Transmisi v-belt automatik
sistem bahanapi Fi teknologi Blue Core
Penghidup elektrik,tendang
Saspensi depan fork teleskopik
Saspensi belakang swing arm mono
Isi tangki 4.2 liter
Tayar depan 70/90-14
Tayar belakang 80/90-14
Pengeluar Yamaha
Harga 5,548

Teknologi Blue Core


Komen CPM; motor skuter yang cantik sesuai untuk semua orang lebih-lebih lagi untuk penunggang wanita.Seperti model-model skuter Yamaha yang terdahulu tidak mengecewakan kecuali pada model yang menggunakan karburator seperti ego first model,egos atau Nuovo yang selalu bermasalah.Yamaha sendiri telah wa-warkan bahawa Teknologi Blue Core mempunyai kelebihan untuk lebih kuasa,jimat bahanapi dan lebih lancar perjalanan.Nampaknya Ego Solariz 2017 bakal meninggalkan pesaing lebih jauh..

Gambar motor ego


Tiada ulasan: