Komponen dalaman fork depan motor


Pengenalan komponen fork motor jenis Teleskopik

 Suspensi hadapan motor kapcai genarasi ini  di lengkapi dengan jenis fork Teleskopik yang bekerja secara  hidraulik.Ia dijana oleh komponen pendukung (dalaman) seperti spring fork,minyak fork,oil seal fork.Jenis fork(penyerap hentak) ini dirasakan memberi rasa lebih ringan pada handling hadapan berbanding fork lama.Motor yang menggunakan sistem fork ini lebih selesa dinaiki,batu-batuan kecil,lopak air,permukaan jalan tak rata dapat di nyahhentak dengan baik.

Namun ramai diantara pengguna motor tidak gemarkan fork motor jenis Teleskopik (telescopic)

Gambar.Komponen dalaman fork depan motor
Teleskopik

kerana ia akan mengakibatkan penunggang menjadi tersembam ke depan ketika membrek depan tambahan lagi jika motor itu dilengkapi dengan brek disc. Tapi disebalik kekurangan ada kelebihan berbanding pelbagai fork motor jenis lain seperti Earles fork,Telelever fork,girder fork —wikipedia.com dan banyak lagi jika mahu kita ketahui.Bagi kita penduduk Malaysia sememangnya agak sukar untuk kita lihat di depan mata nama-nama fork yang disebutkan diatas kalau tak join group motor klasik. Tapi untuk melihat dan merasai perbezaan fork Teleskopik dengan fork lain kita masih ada harapan.Tak perlu pergi jauh depan mata pun ada.Honda cub,ya Honda salah satu contoh fork yang berbeza rekabentuk dan cara kerjanya dengan fork Teleskopik seperti Honda ex5 atau Yamaha lc 135. Honda cub menggunakan fork Leading Link iaitu sejenis fork berlengan dan menggunakan absober didalam sebagai penyerap hentak.Bagi mereka yang pernah menunggang motor Honda cub lama ini pasti dapat ceritakan sesuatu kepada kita dibawah ruangan komen mengenai perbezaan fork ini..terima kasih.


Gambar fork motor c70
Leading link

Apapun masing-masing mempunyai kredibiliti tersendiri.selalunya ramai pengguna motor dapat lihat dari segi luaran sahaja fork motor ini.Jadi apakah komponen-komponen yang terdapat di dalam fork ini.Jom kita lihat komponen dalaman fork motor jenis teleskopik bermula dengan komponen luaran ke dalaman.

Komponen asas fork Teleskopik

Sebenarnya berbagai variasi ciptaan pada komponen fork Teleskopik mengikut pengeluar(brand) maka disini  kita cuma lihat komponen asas yang wajib ada dalam sebatang fork Teleskopik.
Ada 9 komponen termasuk 7 adalah komponen dalaman fork motor yang boleh kita lihat setelah kerja meleraikan fork.

  • (1)Batang fork/tube dalam (fork tube)
  • (2)Kaki fork/tube luar (outer tube/slider tube)
  • (3)Penebat habuk
  • (4)Penebat minyak(Oil seal )
  • (5)Klip oil seal
  • (6)Spring
  • (7)Sub/injap dalam
  • (8)Spring sub
  • (9)Skru tapak

Gambar Komponen dalaman fork depan motor

Fork adalah suspensi bahagian hadapan motor dan
setiap komponen fork itu dicipta dengan mempunyai fungsi tersendiri untuk menjana kerja serap hentak.Menyerap hentakan ketika melalui jalan-jalan berlubang,berbatu atau berbonggol.Walaupun ketika membrek fork Teleskopik ini agak menjunam kedapan akan tetapi hasil kerja fork  Teleskopik  dirasakan amat lembut dan dan halus pada pelbagai bentuk permukaan bermakna gegaran dapat diatasi dengan begitu baik sekali pada sistem ini.Penebat habuk  adalah penting untuk membuang habuk pada fork tube sebelum ia terbenam kedalam tiub luar ketika berlaku hentakan atau ketika membrek.Habuk-habuk dan kotoran itulah punca oil seal fork bocor(4).

Gambar penebat habuk
3


Spring fork(6) berfungsi untuk menampung beban tetap badan motor itu sambil membalikkan posisi badan motor sesudah menjunam.Pelincir adalah perlu pada sesuatu makanisma yang sentiasa bergerak dan untuk memenuhi syarat itu Minyak fork digunakan untuk melindungi permukaan fork tube ketika bergeseran pada tube luar fork.Selain itu minyak fork turut mempengaruhi kadar kelembutan fork.-Tajuk siaran ini ialah 
Komponen dalaman fork depan motor

Random Posts

  • Cara uji plug OK ke tak

    Test spark plug  Spark plug OK ataupun tak Salam semua pengguna motor,Postingan kali ini ialah mengenai cara uji spark plug(palam […]

  • Keseronokan Dan keselamatan menunggang motosikal

    Mencari keseronokan dan keselamatan dalam menunggang motosikal Terbitan semula:Menunggang motosikal/motor memberi kepuasan dan keseronakan disamping kemudahan untuk kita bergerak.Dalam keseronakan […]

  • Cara selamat tukar plug motor

    Cara Tukar Plug Motor  Tukar plug motor adalah perkara asas yang patut diketahui oleh semua pengguna motor kerana masalah plug […]

  • Enjin motor hilang compress perlukah overhaul

    Salam,hal yang paling membimbangkan para pengguna motor bila enjin motor hilang compress atau compression yang bererti hilang tekanan mampatan dalam enjin,kerana […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*