Khabar motor baru Malaysia

 motor baru Malaysia


Ruangan baru CPM _khabar Motor Baru Malaysia akan menemui anda setiap Kali kami mendengar khabar berita ada keluaran motor baru akan dipasarkan atau sudah ada di pasaran Malaysia setiap bulan tersedia untuk dibeli.Model-model motor baru dari pelbagai jenama pengeluar motosikal terkemuka dunia dan juga tempatan.Pengeluar popular seperti Honda ,Yamaha ,Kawasaki ,Suzuki ,Modenas,KTM dan banyak lagi yang begitu menarik untuk dilihat,diamati,dinilai oleh anda sebelum membuat keputusan untuk membeli dan memilikinya.Post tentang himpunan model motor baru ini akan selalu di-update ,mengkhabarkan kepada anda pembaca,pengikut blog,email subscriber atau pengikut Google+ Mad Malaysia yang sudi membaca setiap post kami baikimotor.com
OK,tanpa melengahkan masa kita terus sahaja melihat model sulong motor terbaru di pasaran Malaysia;



Benelli TNT 135

-Perlancaran December 2016


Gambar motor baru Benelli TNT 135
Sumber gambar;
https://malaysia.benelli.com/product/tnt-135



spesifikasi motor
Enjin 4 lejang SOHC
sistem penyejuk penyejuk minyak
Isipadu 134.7cc
Gerek×lejang 54×54.5mm
kuasa max. 13hp pada 9,000rpm
nisbah mampatan 9.8:1
kotak gear 5 kelajuan
klac basah,plat berganda
sistem bahanapi pancitan elektronik
penghidup elektrik
Nyalaan Cdi
kerangka tiub keluli
Saspensi depan fork terbalik,41mm
Saspensi belakang mono
Brek depan Cakera 220mm
Brek belakang Camera 190mm
Tapak roda 1,215mm
Kelegaan tanah 160mm
Berat kering 121kg
Isi tangki 7.2liter
Tayar depan 120/70-Metzeler
Tayar belakang 130/70-Metzeler
Pengeluar Benelli Keeway
Harga


Komen CPM; Motor kecil (funbike) seperti Benelli TNT 135 ini nampak sesuai tunggangan harian ketempat kerja,di kawasan pusat bandar yang sesak yang memerlukan kredibiliti motosikal kecil seperti ini.Fork jenis terbalik biasanya dipasang pada motosikal berkuasa besar jenis sport bike,dual purpose sepertinya nampak sebagai daya penarik bagi saya pada motor ini.Ekzos pun cantik semacam rekaan Model-model motor keluaran MV Agusta. Pancitan bahanapi trend pengeluar masa sekarang untuk penjimatan bahanapi.Motor yang nampak boleh dibeli dari segi luaran,apapun mesti dicuba lihat sendiri dan cuba di pusat Jualan mereka.Tapi CPM kurang berminat dengan penghidup elektrik starter tanpa penyetat kaki pada motor seperti ini.Mohon agar ditambahkan option itu.

Khabar angin;mengatakan motor ini sedikit perlu ditala kerana agak semput pada kelajuan atas.





Modenas Karisma 125


-pelancaran November 2016



Gambar motor karisma 125




spesifikasi motor
Enjin 4 lejang SOHC
sistem penyejuk penyejuk cecair
Isipadu 124.6cc
Gerek×lejang 52.4×57.8mm
kuasa max. 7.0kw pada 7,500rpm
nisbah mampatan 9.6:1
kotak gear auto
sistem bahanapi karburator
penghidup elektrik,tendang
Nyalaan Cdi
Saspensi depan fork teleskopik
Saspensi belakang lengan ayun
Brek depan Cakera 220mm
Brek belakang Gelendong
Tapak roda 1,310mm
Tinggi pelana 790mm
Berat bersih 113kg
Isi tangki 4.6liter
Tayar depan 80/90-14
Tayar belakang 90/90-14
Pengeluar Modenas
Harga RM 5,278.80

Komen CPM; Kembalinya Modenas Karisma di persada permotoran tanahair dengan berwajah baru menyeluruh hingga ke enjin.Motor ini pada model terdahulu memang tidak bermasalah sehingga kurang mendatangi kami mekanik motor.Dengan perbaharuan yang dilakukan pada keluaran terbaru ini saya yakin ia akan menjadi lebih hebat.Suis kaki pengesan tongkat telah di buang bermakna anda tidak perlu lagi menaikkan tongkat sebelum menghidupkan enjin.Suis tongkat ini selalu mendatang masalah pada motor skuter tak kira dari mana-mana pengeluar sekalipun.Enjin pula dilengkapi sejukan cecair bermakna melindungi suhu enjin dari panas lampau semasa pulang ke kampung.Tak perlu berhenti banyak kali untuk sejukkan enjin dan perjalan akan menjadi lebih lancar dan selesa dengan motor ini.Walaupun nampak rupa baru ini belum menampakkan personaliti Modenas bagi saya namun ia juga menjadi diantara motor skuter pilihan untuk dibeli.

Khabar angin; Modenas karisma 125cc baru ini boleh mencecah 120km/j kelajuan maksimum.

Tiada ulasan: