Halaman

Cek harga baiki motor


Harga anggaran baiki motor semenanjung Malaysia


Saya rasa ramai di antara pengguna motor ingin mengatahui harga baiki motor di bengkel.Disini saya tunjukkan sedikit harga atau kos baiki motosikal di bengkel semenanjung Malaysia untuk rujukan anda.Memang mengatahui kos baiki adalah penting sebelum kita terus hantar motor kita yang rosak tu ke bengkel motor kerana ia adalah sebagai langkah bersiap sedia kita untuk keluarkan bajet bulanan menampung kos baiki motor.Baiki motor melibatkan 2 katagori iaitu tukar barang atau membaikpulih barangan motor yang dah rosak tanpa menukar barang.Ini baikpulih tanpa tukar barang dikira upah kerja kepada si mekanik dan majikan.Tukar barang motor yang rosak kepada baru akan dikira sebegini.



Gambar hiasan
Gambar hiasan

Harga barang+upah pemasangan Contoh; minyak hitam RM 10 + upah tukar RM 2=RM 12 yang perlu anda bayar setelah selesai tukar minyak hitam 


 Anggaran harga tukar barang siap upah jenama pertengahan(bukan oem) pada motor berkuasa 125cc kebawah jenis moped (manual).Dibawah adalah jadual pelbagai harga perlu dibayar untuk membaikpulih motor 4 stroke dan saya ambil harga barang motor Honda ex5 untuk harga tukar barang motor 4 lejang ini .Ingat ini adalah harga anggaran kasar sahaja untuk tujuan bajet kasar anda.Oleh kerana hanya sebagai anggaran harga maka panduan ini juga boleh digunakan untuk motor jenama berbeza tetapi masih lagi dalam kategori motor cub.

TUKAR APA?HARGA
bateriRM 35
minyak hitamRM 15
spark plugRM 5
rantai spoket setRM 35
brek liningRM 10
brek padRM 15
bearing tayar setRM 15
tiub tayarRM 10
tiubless cacingRM 5
kepala tubelessRM 10
tayar 2.25-17RM 40
tayar 2.75RM 50
lidiRM 30
rimRM 40
tukar penapis anginRM 15
mentol depanRM 5
mentol belakangRM 3
mentol kecil meterRM 5
mentol signalRM 5
soket lampu depanRM 5
lampu depanRM 25
lampu belakangRM 25
cover signalRM 10
cover meterRM 15
rectifierRM 25
signal condenserRM 15
lampu coilRM 45
stater coil RM 45
coil plug RM 35
brek suis RM 8
2t suis RM 15
pelampung minyak RM 35
meter RM 60
kunciRM 45
suis kanan RM 25
suis kiri RM 35
cermin sisi RM 18
throttle grip RM 18

Fasa 3
tukar wayar minyakRM 25
tukar wayar brekRM 15
Fasa 4- klac
tukar spring klacRM 50
tukar klac plateRM 80
tukar klac autoRM 70
tukar sub gearRM 50
tukar starter sub*RM 150
tukar spring starterRM 50
Fasa 5 -top overhaul
tukar gasket top setRM 80
tukar pistonRM 200
tukar valveRM 100
grind valveRM 70
tukar timing chainRM 50
Fasa 6 - overhaul
tukar rodRM 350
t. bearing crankshaftRM 200
tukar gearboxRM 450
Fasa 7 - suspensis
tukar fork oil sealRM 30
tukar fork tubeRM 80
tukar bola steeringRM 50
t.swing arm bushRM 50
tukar absoberRM 80
Fasa 8 - body
tukar coversetRM 150

Kos ini dikira berlainan sesi atau lebih jelas satu barang di tukar untuk satu sesi kerja baiki motor.Harga adalah jauh lebih murah jika semua dilakukan dalam satu sesi.Anda mungkin bertanya kenapa harga tukar Rod begitu mahal..Ini kerana untuk menukar Rod(connecting rod) perlu membuat overhaul dan upah buat overhaul sekitar 80-100 RM tidak termasuk harga barang dan juga didalam kerja membuat overhaul motor biasanya ada tambahan barang mesti tukar seperti gasket,oil seal,minyak hitam dan beberapa barangan lagi. sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

117 ulasan:

  1. Salam. Kalau body motor bengkok ngan pedal tak boleh pusing, berapa kos baiki? Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Harga repair body bengkok kena tanya yang buat tu..tu section lain


      Biasanya tak lari rm80 ke rm150-bakar body

      Padam
    2. Salam abg sye nk tnye la kalo skuter sym, minyak hitam keluar kat kipas blakang megnet washer getah tu brape kos??

      Padam
    3. Salam bro nak tanye nak servis maintenance y15 ni brape ye

      Padam
    4. Selalunye paling lmbt servis y15 brape bulan sekali.ye

      Padam
  2. berapa upah wiring full wave125

    BalasPadam
  3. Salam bang. Nk bertanya, berapa kos full overhaul motor ss110 skrg ya? Bunyi bertukang dah kuat sangat. Motor dah lama tak overhaul. Pakai utk pergi kerja sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam

      Harga overhaul motor 2t lebih murah dari 4t
      Kalau bunyi 'tukang' tu biasanya rod,piston tukar sekali la kann..saya letak bajet $500 kebawah la kebanyakan bengkel buat untuk motor pergi kerja nii

      Padam
    2. Klau ss110 jem...harga bajet $500 ke bawah ker? Atau lagi mahal?

      Padam
    3. Kalau overhaul kat bengkel saya dapat dah :)

      Padam
  4. Salam sekadar ingin bertanya harga upah tukar wayering body 1 set yamaha lc135 berapa ye harga upah tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Wiring ni kira susah senang buat..kos tak tetap
      Kalau pomen tu rasa susah dan ambil masa lama..caj mesti lebih..sekadar info Yamaha Y80 full wiring upah saja cecah rm80

      Padam
    2. Ok terima kasih banyak2 bang..

      Padam
  5. brp upah utk pendekkan fork depan ex5

    BalasPadam
  6. Abg, nak tanya.. Moto ego s.. Tayar belakang xboleh pusing.. Member ckp belt apa ntah putus kot.. Agak² hantar bengkel kena berapaa..sebelum naik tu dh rasa dh ada bunyi tak tak tak kt tayar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos tukar belt ego dalam rm150 kebawah tapi kena standby duit lebih sikit takut ada barang lain rosak juga

      Padam
  7. Salam Tuan. Minta pandangan Tuan, motor saya 135lc, bila high rpm motor jd sebu/semput. Boleh pergi 60km/j je, kalau push motor akan semput n speed akan drop. Tuan rasa apa masalah motor sy? Lg satu boleh sy tau lokasi bengkel Tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Pastikan beteri full charge terlebih dahulu jika tidak memang power drop lc nii
      Bos boleh cuba tukar plug dan servis karburator.

      Lokasi Terengganu-lebih detail lihat laman contact saya

      Padam
  8. Abg sy nk tanya upah buka pasang 125z blh ka sampai rm250 barang semua sy punya termasuk barang nk cuci enjin seperti petrol pon sy kena sedia kan betul ka harga mcm tu punya mahal klu betul tak pe sy puas ati klu tak betul pening jgk sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah upah terserah pada pomen tu..kalau dia nak $2000 pun dia punya suka la sebab dia yang buat..cuma kita takyah la hantar kat dia kalau rasa mahal..betul tak?

      Saya ambil upah RM 150 sahaja overhaul 125z

      Padam
  9. Salam abg sy nk brtnyew...sy pakai kawasaki rr150..msalah sy skrng mto sy mcm pelik skit la bwk rpm nk lbih atas 80 xbly mmg berat smcm ..80 tu gear 6..msalah powervalve jem ke cmne ni..lg satu lampu N hijau kt meterr bila sy tekan brek dia malap bila sy lepas dia terang..mohon pencerahan..tak pun tiggalkn no fone bly wasap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam.

      Memang pelik la kalau rr boleh lari 80km/j saja..mesti ada yang tak kena.

      Kawasaki RR150 ni motor baru kann..rasanya tak ada masalah lagi pada power valve.

      Kalau bateri masih kuat tapi jadi macam awak cakap tu mesti ada shot wire.

      Jadi selesaikan masalah tu dulu kemudian cuba tengok ada perubahan tak..

      *lihat laman contact

      Padam
    2. Gear N tu jdi lmbt menyala..slalu on kunci kn trus cerah je hijau dia ..mushkill..n ad dgr jgk dkt batery relay signal ad bunyi eletrik bila sy signal ke kanan n kiri..bab speed tu sy xthu ap punca la bang..ad org kata coil bwh n atas ad kata reed valve..ad kata powervalve..pning pal

      Padam
    3. Yer bang bly dkatakan bru jgk la..mto sy 2013..pning pale mmikir..tgh modal jgk ni nk qnto bengkel thun dpn.tp tu la pomen kata klau xd ribu2 jgn mimpi la..modal 3 4ribu je ni tah ckup ke x...

      Padam
  10. Salam tuan,

    Kalau handle motor berbunyi mcm ada bnda longgar bila bawa perlahan ape prob dia ea? Bawa laju skit ok plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Bola bearing la tu..try ketatkan kon dulu

      Padam
  11. Info yg bagus.. Sangat berguna.. Terima kasih

    BalasPadam
  12. Bang...nak ty klu nak tukar tmpt kunci motor tu berapa rm eh? Motor kena curik..dah jmp tp xdak kunci spare. Td g kedai cina dia kata rm88, upah rm58. Tu belum upah dia amik motor seberang jln je. Sbb bdk yg curik tu p mangga kat rantai plakkkk...jenis motor sym 1100 sport bonus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sym ni memang barang mahal sikit..hari tu dengar orang tukar kunci skuter sym kena beratus jugak

      Padam
  13. Berapa kos untuk tukar timing belt ego yamaha 125 yg putus

    BalasPadam
  14. Bos,sy buat overhaul moto ex5 dream,kerja dn part yg di buat adalah tukar rantai kecik skali roller,repair mangkuk klac,tapak bearing kiri kanan buat baru (4) skali ngn bearing,tukar gasket dan minyak itam..kos barang rm 280..ok sy nk tanya,brapa upah nya patut sy byr tuk buat kerja bukak pasang tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah upah terserah pada pomen bos,mungkin dia rasa kerja tu susah dia patut tinggikan sikit harga begitulah sebaliknya..tapi kos upah overhaul motor ex5 dalam lingkungan RM 80-150.upah buka pasang saja-ada repair lain tambah lagi..:)

      Terima kasih kerana komen yang baik :)

      Padam
  15. SAlam admin.....nk.tanye kos untuk tukar headblok yg rosak ngan Bar Bocor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Tukar head blok baru ka?
      Motor apa tu?

      Padam
  16. Salam bang. Tumpang tanya, brape ye kos re shim valve clearence. Dari segi harga barang, barang yg patut ditukar dan upah kepada makenik? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Buat valve clearance motor cub kadang sahaja dikenakan caj jika pada motor perlu buka penutup head seperti lc 135,kebiasanya bawah rm 150 sahaja termasuk tukar oil ring n coolant.

      Hanya motor berkuasa tinggi sahaja pakai shim valve dan beberapa jenis motor cub yang guna enjin Dohc.Harga buat tu ikut standard Superbike jugak,harga rm250-rm500..

      Terima kasih komen yang baik :)

      Padam
  17. Bos nak tanya kalau karburator ex5 dream masok kat ex5 high power boleh ke ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tak da masalah..

      Terima kasih hadir

      Padam
  18. Berapa harga set 125z rantai dgn sprocket . Yg biasa2 ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rm 40 siap pasang..

      Terima kasih hadir

      Padam
  19. Sy ada Elegan 150 yg semput & dah lama tak jalan. Body sgt cantik lagi sbb park kat tempat parking berbumbung khas. Kalau sy nak kasi tip-top engine dia macam baru dan laju, berapa bajet kena standby? Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya anggarkan dalam Rm 1000 untuk bahagian enjin..kos melibatkan proses top overhaul,penukaran komponen bahagian belting dan juga sedikit upgrading :)

      Terima kasih hadir dan komen

      Padam
  20. Assalamualaikum, Sifu.. Sy pomen kecilan di rumah dan kan berhijrah ke kedai. Berapa harga upah terkini 2018 yg sepatutnya utk kerja2 overhaul dan top overhaul bagi ex5,125z,rxz,lc,dan y15.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Tak ada standard tetap boleh letak..terserah kepada pihak bengkel itu sendiri..saya nyatakan anggaran kos 2018 kepunyaan bengkel saya sendiri bukan orang lain..

      Top overhaul 4-stroke 125cc kebawah=50-Rm100
      Overhaul=100-200

      Top Overhaul 4-stroke 125-150cc=100-200
      Overhaul=200-300

      Top Overhaul 2-stroke 150cc bawah=30-100
      Overhaul=100-200

      *kos buat sahaja tak termasuk barang..
      -boleh kasi murah lagi,sila ke MarmanWorkshop bagi mereka yang berdekatan :D

      Padam
    2. Terima kasih sifu atas info yg diberikan. Semoga dimurahkan rezeki.:-)

      Padam
  21. Bola steering dgn con bearing sama ke bos?

    BalasPadam
  22. Salam saya nk tanya..moto saya yamaha ego Lc minyak menitis kluar,apa masalahnya ye.dan kalau baiki berapa kosnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      2 jenis bocor

      -minyak petrol
      -minyak hitam

      Baca:
      https://www.baikimotor.com/2018/02/punca-minyak-hitam-bocor-bawah-enjin-motor.html?m=1

      Kalau petrol tak mahal kos encik bawah rm 100 macam tu..

      Padam
  23. Salam sy nk tnya cikit ne. .lau cci karburato bajet ny brpa yea ?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ya silakan :)
      Kene tengok motor apa..motor mcm ex5 upah servis saya ambik bawah 20$

      Kalau motor kena buka banyak barang..tambah sikit lagi ya..boleh?

      Ok terima kasih hadir ke blog ane

      Padam
  24. Assalamualaikum.
    Saye nak tanye kos untuk restore kriss saye, agak2 brape kalau nak buat gi jalan atau racing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kos restore bergantung pada juga pada barang yang ditukar ganti contohnya ekzos berkarat,perlu tukar baru atau pun rim berkarat,coverset pecah,absober rosak semua tukar baru.kalau mahu nampak serba baru. :)

      Boleh contact MarmanWorkshop kalau nak buat. :)

      Padam
  25. tumpang tanye..ape kos nak overhaul lagenda 110z

    BalasPadam
    Balasan
    1. Motor 125cc bawah boleh ikut harga anggaran kat atas tu :)

      Padam
  26. tumpang tnya bos , anggaran kasar utk service moto honda wave 125 brpa ya ? mcm2 dh masalah ni , minyak hitam bocor, brek dpn blkg .klau overhaul terus brpa rm plk ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak buat servis (top overhaul) atau full overhaul untuk tukar gasket sahaja bajetnya ialah

      Harga gasket+upah

      Wave 125

      Top Overhaul bawah 150$
      Overhaul bawah 250$

      Tapi bila buat servis atau overhaul selalu tukar sekali barang yang patut..

      Padam
  27. Lc 125 nak tukar block.. cos agak2 berapa erk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos tukr blok Lc135
      Standby dalam Rm 800

      Padam
  28. Assalamualaikum bos saya ada dua soalan sahaja,

    -berapa RM kos utk pasang brek disc di tayar belakang untuk modenas kristar saya sebab saya dah muak la pakai brek pump yg sering bunyi seperti seruling dan tidak makan langsung brek terutama ketika turun bukit dan ketika gear tinggi


    -saya nak minta pendapat bos, saya nak beli KARBURATOR BARU terus untuk modenas kristar saya sebab motosikal saya sering overheat mati di tengah jalanraya dan kadang2 mati ketika menunggu traffic light, jika saya ride jauh seperti dari KL ke Bukit Jalil, moto saya akan Overflow yg boleh bahayakan nwaya saya, saya mendengar nasihat2 dari rakanw serta pomen supaya SERVIS karburator sahaja.Namun setiap kali saya servis, perkara yg di atas sering berlaku semula..oh lupa lagi satu, karburator saya sering leaking minyak hitam selepas saya menukar minyak hitam baharu, saya juga telah menukar gasket baharu namun minyak tetap leaking di bahagian karburator..so penyelesaianya saya memelih untuk beli KARBURATOR BARU terus, so apa yg saya perlu bagitahu kepada pihak pomen tentang spesifikasi karburator baharu yang saya inginkan agar perkara2 seperti di atas tidak berulang semula dan berapa kosnya bos, harap bos sudi membantu menjawab soalan saya.terima kasih assalamualaikum

    BalasPadam
  29. ex5 kalo pasang disc brape kos.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau barang semua baru iaitu spot rim,disc pam atas bawah,cakera disc,fork,lever brek,+upah

      Kena stanby dalam rm500
      Apa tanya dulu bengkel yang nak pergi buat tu..

      Tq komen yang baik :)

      Padam
  30. Assalamualaikum,tumpang tanya.. berapa anggaran harga overhaul motor jenis honda wave dash? Bunyi dah bertukang.. mmg tak pernah overhaul, minyak hitam pon jarang tukar.. Ada sampai 700++ tak kalau campur harga upah dan gst?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Adalah lebih kurang macam tu harganya untuk alat ganti biasa kalau original kos boleh lebih dari tu

      Padam
  31. moto saya ada masalah tayar gelong.pergi kedai moto pomen cakap rim saya dah bengkok pastu saya dah tukar tapi tayar tetap gelong lagi...bearing ke yang bermasalah sebenarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tayar pun boleh jadi punca gelong..bearing taklah sebab bearing hanya gelong ketepi kiri kanan

      Padam
  32. Nak tnya kunci motor hilang.. Lagenda . Berapa harga uat ye .

    BalasPadam
  33. Assalam ,kenapa moto kriss enjin bergegar time gear 1 dan 2 . Dia gegar time mula masuk gear nak jalan

    BalasPadam
  34. As salam.. Saya pengguna motor Lagenda 110 dimana saya kira usia motor baru cecah 10 tahun. Baru2 ni saya hantar servis motor tukar minyak hitam..beza nye kat sini saya bertukar kepada minyak hitam yg lain atas nasihat rakan saya kerana beranggapan motor saya sudah lama. Lepas hantar servis, saya terasa motor tu agak berat nk bgerak, msuk gear3 dengar bunyi enjin pn mcm mengaum. Tempoh servis pun saya akui kdg2 dalam 3bulan baru pegi hantar servis.

    Soalan saya, apakah sebab dan kemungkinan yg ada utk kes mcm saya ni. Adakah sebab minyak hitam atau da smpai usia motor saya utk overhaul/top overhaul..mintak pendapat pakar pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Walaupun post ni tentang harga baiki motor tapi tak apa saya jawab soalan tuan..

      Biasanya kalau hal jadi tetiba macam tu mesti ada yang tak kena semasa proses kerja yg dibuat tu..minyak hitam memang tak boleh tukar sebarangan,kena ikut spec pengeluar motor sebab biasa terjadi lepas tukar motor rasa berat..dan betul tuan cakap motor tu dah tiba masa perlu dibaikpulih supaya dapat balik kondisi asalnya..saya syorkan tuan buat top overhaul dan tukar clutch plate serta auto..jika enjin banyak leaking atau berbunyi elok buat overhaul..harap jelas ya

      Padam
  35. Salam .berapa kos tuar ranti wave125

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Lebih kurang sama harga ngan honda ex5..35$-45$
      Biasa punya

      Padam
  36. Salam ,

    Sy pakai motor benelli tnt135 .. gear kekdang susah masuk ... kekadang kt trafic light nk turun gear.. gear x masuk walaupon da tarik clutch habis.. smpai kene lepas kan clutch enjin mati .. start balik .. bru gear smooth balik .. kenape ye? Tak rosak ke buat mcm tu selalu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Biasanya jadi macam sebab timing tinggi.

      Rendahkan sikit timing karburator tu,kalau cik tak tahu boleh minta mekanik buatkan

      Satu lagi tinggikan clutch sikit

      Padam
  37. Salam.

    Saya dh guna ex5 lebih kurang 10 tahun. selama pakai hanya tukar minyak hitam n spark plug and kadang2 mentol. itu je. Motor dh x power. Nk masuk gear neutral rasa keras sikit. so klau gi bengkel tu nk cakap apa kat pomen tu. Apa yg perlu buat nk bagi power balik. Mmg x tau apa2 pasal motor. Tau bawak n isi angin je. Tima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bagitahu macam mana cik bagitahu kat saya ni..

      Motor dah lama ni baik buat top overhaul satu kali.

      Top Overhaul tu nanti minta dia rebore blok dan grind valve

      Mana ada bocor minta mekanik tukar gasket serta oil seal

      Hal gear keras perlu repair bahagian clutch..mungkin perlu tukar clutch plate serta clutch auto

      Jika motor enjin tak bising lagi pada masa sekarang ini tak perlu buat full overhaul cukup buat top overhaul sahaja..anggaran kos saya sudah tulis ya..

      Padam
  38. Assalamualaikum tuan,
    Boleh saya tahu berapa lama proses overhaul ex5?

    Terima kasih ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      3-5 jam normal jika tak ada kesulitan lain.selalu yang lambatkan proses ialah tentang rebore blok tukar rod sebab biasa bengkel motor akan hantar ke machinery

      Padam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Cuba gantikan clutch plate(ori) dan guna spoket yang tepat

      Padam
  40. Salam tuan,saya ingin bertanya berapa kos semua utk tukar timing chain Motor EX5 n lg satu timing chain dia ada original dan x original ke?Ada bc senarai hrga dia atas timing chain RM50 sekli upah atau hrga barg sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan,

      Tak semua bengkel sama,saya buat rm50 untuk tukar timing chain(tak ori) ex5 siap.

      Padam
  41. salam tn.
    motor saya honda future carb 2013.
    baru tukar clutch plate dan autoclutch sebab rosak.

    lepas bbrapa bulan gear susah masuk.kadang2 kat meter gear position dah bertukar tapi bila pulas throttle mcm ada clutch slip dan ada bunyi gigi gear. speed pun x naik.

    soalan saya. apa agaknya yg masalah ye. dan anggaran kos. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm

      Ni perlu buka clutch balik bos Check pemasangan..
      Biasanya pakai sparepart murah jadi macam ni juga..
      Harga rujuk atas

      Padam
  42. Salam tuan, satu set wiring berapa eh harga?

    BalasPadam
  43. Brapa byrn utk setup wiring dan sensor ego lc ? Urgent tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena lihat apa masalah dia baru boleh tahu kosnya

      Padam
  44. Salam bos. Nk install brake disc lc kat ex5. Barang ape kna ade ye. Sy da beli fork lc dan set pump atas bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kena ada piring disc,sportrim/hub depan yang ada disc Ss atau lc ikut kesesuaian n sedikit pengubahasuaian..siap!

      Padam
  45. Assalam boss nak tanya kalau restore motor modenas ct100 tu berapa ye boss ????agak ii target
    Tu bpe???thnks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kena tengok macam mana keadaan dia dulu..kalau banyak barang tak boleh pakai maka tinggi sikit kosnya bos..kalau semua repaint rm500 pun saya ada buat :)

      Padam
  46. Bang , nak tanya . Kos psang blik head , blok dgn carb nouvo s n baiki blik enjin , brape ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Enjin kena tahu dulu nak repair apa tu bang ya..kos pasang balik saja head blok bajet 200 dalam poket..apa pun kena tanya mekanik tu dulu

      Padam
  47. Assalamualaikum tuan..
    Saya ada modenas elit 150 yang enjin selalu mati tiba2 dan ekzosnya mengeluarkan bau asap..boleh saya tahu apa masalahnya dan penyelesaian.
    Tidak dilupakan juga model ni yang selalu ada problem battery weak..

    harap maaf saya nubis kubis.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Enjin mati boleh disebabkan oleh banyak hal..contoh petrol tak sapport,coil rosak atau enjin jem..bende ni kena cuba naik baru tahu.

      Ekzos memanglah bau asap ya..:)

      Padam
  48. Bang Tumpang Tanya klau gearbox berbunyi Kuat berapa kos klau baiki Ye????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengoklah macam mana nak buat..tukar satu2 dalam rm40 sebiji gear kalau beli set kena rm300..barang saja..

      Padam
  49. Salam bang.. tumpang tnyee.. sy pkai moto ex5 ulang alik keje.. mase tgah bawa moto dlm 90km/h.. moto ttbe mcm membrek sendiri.. mcm nk jem gitu..kenape ye n ape perlu sy buat?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Oh bahaya tu..kena segera ke bengkel check

      Padam
  50. Salam tuan

    Kriss 100 kalau nak tukar pakai break disc depan belakang berapa budget ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Barang kalau semua beli baru kena standy rm700

      Padam
  51. lokasi bengkel ktmana ya..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marmanworkshop-Seberang Takir,K.Trg

      Padam
  52. As'salam boss,skdar ingin tahu brp kos overhaul utk yamaha sukan(y100)..terima kasih..

    BalasPadam
  53. Kenapa brake belakang motor ex5 saya tak lekat padahal baru je tukar lining..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai brek original atau kalau perlu tukar hub roda

      Padam
  54. Assalam. Sy guna moto kriss 110.kenapa bila masuk gear 2 jd gegar?

    BalasPadam
  55. Kalau fork bengkok agak agak nak repair berapa ?

    BalasPadam
  56. Berapa harga set wave dash 110 rantai dgn sprocket depan belakang. T/kasih.

    BalasPadam
  57. Salam klau nk tukar mentol yg terang skit dlm brpe?sbb lampu malap je dan brpe kos nk betolkan meter minyak yg dh rosak pastu cmne eh nk bagi brek makan sbb kene tekan kuat2 baru brek makan..moto yamaha sport 100

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.