Macamana nak tukar oil seal fork motor
Apa khabar pomen? Pembelajaran lepas iaitu cara repair karburator banjir sekarang kita sentuh dulu pada bahagian suspension motor iaitu cara tukar oil seal fork(suspensi depan) di atas permintaan seorang kawan kita jadi saya usahakan sebaik mungkin supaya beliau faham dan juga anda yang minat belajar baiki motor.
Tukar oil seal atau tukar getah penebat fork perlu dibuat setelah ada tanda kebocoran pada fork.Untuk kerja ini peralatan mekanik yang perlu disediakan untuk menukar oil seal fork ialah
- Spanar tangan
- Spanar L-key
- Spanar khas buka fork motor
- Termasuk juga hammer
Bahan-bahanya,;
- Oil seal fork sepasang
- Minyak fork
Langkah menukar oil seal fork
1-leraikan fork dari badan motor menggunakan spanar yang telah disediakan awalnya tadi.biasanya untuk cabut fork keluar pada motor Kriss 110 umpanya anda perlu membuka tayar--->buka madgat--->buka fork.
2- Anda sudah faham prosesnya sekarang kita lihat lebih detail langkah-langkahnya.Pertama,buka skru penutup atas--->buka skru pemegang fork pada steering / clamp seperti dalam gambar di bawah--->tarik fork keluar.
3-Fork sudah dikeluarkan sekarang adalah masa untuk leraikan komponen fork pula.
Tarik spring fork keluar
- Buang minyak fork
- Masukkan spanar fork
Dengan keadaan spanar fork dibawah hentakkan fork ke lantai (cara pomen rakus) atau gunakan cara anda sendiri,bukan apa supaya tidak berlaku loose semasa membuka skru bawah fork.
Gunakan L-key buka skru bawah fork(skru tapak).Disini boleh kita lihat samada berjaya atau tidak kerja kita.Kes-kes kegagalan tukar oil seal fork ialah skru tapak lus,sub dalam loose tak mahu berlaku kepada kita.Jadi gunakan teknik yang betul.
Selanjutnya tarik batang fork (fork tube) dan isi dalam keluar.
Setelah proses berjalan lancar tentunya komponen fork berkeadaan seperti dibawah dan ia perlu dicuci bersih.Periksa semua bahagian jika ada kerosakkan terutamanya fork tube.Jika calar pada bahagian utama sila gantikan fork tube baru.
Ganti Oil Seal Fork
Masa untuk menukar ganti oil seal fork bermula ; Cungkil oil seal lama yang dah rosak itu dengan peralatan yang kamu ada,boleh juga guna pencungkil tayar.Cungkil sebelah dalam oil seal ke atas.Kerja tak mudah ya,jadi gunakan cara yang betul untuk keluarkan oil seal itu.Sesetengah oil seal lama agak susah untuk di keluarkan,kadangkala saya terpaksa peralatan lain seperti pemutar skru leper (slot).Perhatian! Terdapat KLIP YANG PERLU DI KELUARKAN sebelum oil seal pada kebanyakan jenis motor.
Pasang oil seal
Selesai sudah proses membuka keluar oil seal,semua sudah di cuci bersih di atur dengan baik jangan ada benda yang tertinggal kerana kita akan bersiap sedia untuk proses memasang pula.
Proses memasang fork
- Sapukan sedikit pelincir
- Masukkan oil seal baru ; press atau ketuk masuk
- Pasang klip
Setelah selesai lanjutkan
Selesai sudah memasang komponen fork seterusnya proses pasang balik fork ke starring.Minyak fork tak perlu isi dulu.Ikat skru dan ketatkan skru pemegang fork semula.Selepas itu boleh la isikan minyak fork dengan mengikut sukatan tertentu.Sukatan boleh di lihat pada botol minyak fork yang anda beli itu atau gunakan penyukat lain.Contoh sukatan minyak fork bagi motor cub seperti kriss 110 atau ex5 ialah 55-65ml sebelah. Harus di ketahui jika isian lebih akan menjadikan fork lebih keras dan apabila isian kurang fork lebih lembut.
Setelah selesai isi minyak sekarang masukkan spring dan tutup kembali.Dengan itu selesai la proses kerja menukar oil seal fork motor.Selamat mencuba.
18 ulasan:
Penerangan yg jelas mudah difahami,terima kasih CPM semoga blog ini terus maju dan suksess di masa2 akan datang
Aaminn..terima kasih Aslan..
-tukar oil seal fork-
siza berapa spanar t itu?
Spanar fork tu boleh pakai untuk semua motor cub..
Macam mana nak buka kalau lagenda 115 punya sebab kat atas fork tiada nut ataupun allen bolt. Terus buka dari allen bolt yang dekat bawah tu ke? Dan berapa ukuran standard untuk minyak dia? Terima kasih.
Kalau tak ada tentu dia pakai klip,tekan tutup tu dan keluarkan klipnya..
Beli minyak fork botol..ada ukuran dia
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya baru2 ni eksiden moto.. tp tak lah disebabkan laju.. eksiden tayar blakang brek melekat sebab hujan .. bila jayuh alhamdulillah moto saya tiada yg patah2 atau calar .. tetapi selepas 2 hari baru saya perasan fork depan saya ada masalah
Bila saya brek.. nampak macam mudguard depan lari ke kanan.. saya ingat macam fork mcm x balance la.. mcm fork x turun sama rata
So apa pendapat encik. Moto saya yamaha y15zr
Walaikumsalam
Fork lari boleh betulkan..biasa kalau x langgar apa-apa boleh adjust macamtu ja tak usah tukar apa pun..
tayar depan motor honda c70 senget tepi..ape lg patut tukar selain dari front arm repair kit?getah fork depan?
Absober depan mungkin bos
Satu botol minyak fork oil tu utk satu fork tube ke sepasang?
Spanar fork tuh universal ke tuan?. Kalau guna pada fork yamaha rxz boleh iuga?
Ilmu yang sangat berguna. Terima kasih. Boleh tahu dimana nak beli fork spanar?
batang chrome ada calar skit bole gosok tak..
Dkt mne nk beli T spanar khas buka fork tu? Cari dkt lazada, x ada pun...bantuan plz
kalo nk repair fork yg dh xde lg dipasaran boleh ke? sy guna motor skuter..
assalamualikum. sya nak Tanya kenapa fork depan bunyi kuat sgt bila langgar bongol or etc. apa yg perlu sya buat?. terima kasih.
Berapa sukatan minyak fork bagi y15zr jikalau ingin menukar atau service fork
Catat Ulasan