Cara adjust contact point motor

Masalah motor lama tak mahu hidup


Assalamualaikum,

Pomen..kalau motor tak mahu hidup masalah itu adalah berkaitan bahan api dan berkaitan denganya jadi langkah yang perlu dibuat ialah periksa minyak petrol atau api spark plug.Jika semuanya baik maka buatlah pemeriksaan susulan mencari puncanya.Baca ini> punca .
Kali ini isu sedikit berbeza iaitu masalah motor lama tak mahu hidup kerana masalah tak ada api plug (nyalaan plug).
Selalunya jika motor baru tak ada api plug kita pergi ke cdi tapi itu tak ada pada motor lama kerana motor lama seperti Honda bulat dia pakai contact point.
Hah perlu lah dibuka penutup magneto untuk kita periksa dan servis contact point tu.Cara servis dia mudah saja hanya perlu sekeping kertas pasir untuk digosok diantara 2 permukaan bertemu pada contact point seperti gambar dibawah.Sesudah itu bersihkan dengan kertas surat khabar bersih ni cara old skol tapi kalau di bengkel tembak angin saja.Selesai di bersihkan sekarang contact point perlu dibuat sedikit adjustments ya..sepertimana tajuk Cakap Pomen Motor hari ini iaitu cara adjust contact point motor lama..:)
Gambar contact point 1

Contact point atau braker point atau melayu cakap patnam ialah sejenis alat pada sistem nyalaan lama seperti pada motor Honda cub lama pelbagai generasi,Yamaha cub mahupun Suzuki cub.Ia berfungsi sebagai alat pemisah nyalaan pada tempoh tertentu sama juga seperti fungsi Cdi cuma ia bekerja secara manual bukan elektronik.Jadi begitu lah lebih kurang penjelasan tentang fungsi contact point untuk anda fahami.

Biasanya jika Motor lama meragam seperti semput tak mahu hidup ia disebabkan contact point rosak atau teralih.kadangkala masalah contact point ialah tercemar dengan kotoran atau  minyak menyebabkan ia gagal berfungsi.

Masalah contact point teralih adalah paling kerap berlaku dan saya rasa itulah satu kelemahan motor pakai contact point berbanding Cdi.Contact point juga amat sensitif pada air dan pasti bermasalah semasa hujan atau banjir.Apapun cara adjust contact point tak susah cuma anda perlu ialah sebatang screwdriver leper(slot).langkah kerjanya seperti di bawah.

Gambar enjin motor lama

Gambar contact point dalam magnet



  1. Longgarkan skru contact point
  2. Alihkan kedudukan keatas atau ke bawah
  3. Ketatkan skru kembali
  4. Uji cuba api spark plug


Kiraan bukaan contact point adalah anggaran sebesar 1 keping hingga ke 3 keping gasket blok 125z..faham bukan..:)
Awasi jika anda membuat bukaan terlalu lebar jadinya ialah motor tak boleh pulas minyak.kita lihat proses adjust contact point secara detail dibawah.

Cara Adjust contact point


Langkah pertama ialah mencari marking T pada magneto.setelah anda perolehi marking(tanda)  magneto sekarang pusingkan magneto ke kiri dan ke kanan ikut arah lawan jam di antara suku pusingan sahaja.

Gambar magneto 1

Gambar magneto 2




Sekarang ini anda dapat lihat pergerakan contact point melalui lubang magneto..buat kerja di tempat terang ya..:)
Pastikan luas bukaan contact point semacam diterangkan diatas.Jika terlalu rapat atau lebar maka perlulah contact point di adjust (selaras).

longgarkan skru itu dengan sebatang screwdriver leper tadi atau boleh juga guna screwdriver Phillips.Jangan terlalu longgar nanti ia turut teralih semasa di uji cuba.
Gambar Cara adjust contact point motor


Kemudian tolak/alihkan tapak contact point tersebut seperti itu dan hasilnya..

Gambar contact point


Sekarang buat uji cuba luas bukaan contact point yang telah di adjust tadi jika belum mendapat ketepatan yang dikhendaki maka ulangi langkah di atas semula.Sekiranya tiada perubahan pada peringkat ini silakan ganti contact point yang baru kerana berkemungkinan besar contact point telah rosak.Ok lanjutan,apabila di perolehi bukaan yang tepat langsung saja di kunci ketat skrunya..

Langkah penghabisan setting contact point


Bagi memastikan berjaya atau tidak kerja kita sekarang buat uji cuba api spark plug seperti mana teknik uji api spark plug pada post Cakap Pomen Motor sebelum ini.Jika plug menghasilkan nyalaan maka ia menunjukkan contact point telah berfungsi.Selepas itu hidupkan enjin dan cuba lah pulas minyak beberapa kali pada semua peringkat rpm.sekian dulu bertemu lagi kita di kesempatan lain dengan tajuk baiki motor yang lain pula.Assalamualaikum.Tajuk artikel hari ini-Cara adjust contact point motor-

1 ulasan:

Alif Rizal berkata...

Motor suzuki best pakai contact point ke???