Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai


Salam pengguna motor.. Biasa kalau anda isi angin tayar motor berapa sukatan angin yang di isi atau pun tak pernah isi angin tayar motor sendiri?..:p
 Kalau tak pernah baik pelajari sesuatu pada hari ini.Adapun isi angin tayar motor sendiri bukanlah hal yang sulit dipelajari,saya rasa cukup dengan membaca tulisan hari ini Berapa Sukatan Angin Tayar Motor kapcai Yang Sesuai anda langsung saja dapat memahami dan boleh terus praktis tanpa masalah.

Sukatan Kandungan angin tayar yang sesuai pada motor kapcai(125cc ke bawah),motor skuter ,moped 150 ke bawah berat badan motor sekitar 110kg ke bawah boleh la ikuti panduan dibawah

Tayar belakang 21-30psi
Tayar depan 15-30psi

Apapun ia mengambil kira juga berat badan penunggang bersekali muatan barang.Apabila ada perubahan ini boleh la dikurangkan atau ditambahkan angin tayar motor itu.2 hal yang penting kenapa perlunya mengambil kira sukatan angin tayar sebelum motor digunakan ialah kepada faktor keselesaan dan juga keselamatan anda ketika menunggang motor.Pada saya,jika menunggang secara berseorangan sukatan angin tayar depan motor saya isikan sekitar 16psi dan pada tayar belakang diisi pula sebanyak 26psi
Ini lebih memberi keselesaan ketika melalui jalan-jalan berlopak,berbatuan kecil atau berbonggol.Masalah yang mengganggu apabila angin tayar terlebih pada permukaan jalan yang disebutkan diatas ia akan mengakibatkan gegaran atau lantunan yang kasar pada motor dan ini amat tidak selesa bagi saya.Nasib baik juga saya menggunakan motor retro buatan Jepun jika pada model motor kebanyakkan zaman sekarang,saya rasa berteraburan la skru-skru coverset di atas jalan..haha..

Itu adalah masalah yang timbul apabila angin tayar motor terlebih keras dan jika isian angin kurang masalah yang lain pula mengundang.Sering juga dalam kesibukan urusan hari sampai terlupa mahu cek(periksa) angin tayar motor sendiri.Enjin motor dihidupkan dan terus perah minyak setibanya pada selekoh kegemaran tiba-tiba tayar motor terasa membuang,motor berayun..nasib baik tak terbabas ke tepi jalan.Turun motor,cek tayar baru sedar angin tayar kurang.Berderau darah seketika tadi,besar juga pokok dekat tepi jalan tu...dan itulah peringatan yang diterima kerana terlalu berkejar-kejar sampai terlupa isi angin tayar motor sendiri..selepas ini setiap pagi sebelum pergi kerja perlulah diperiksa tekanan angin tayar motor untuk keselamatan diri sendiri .

Gambar cara pam angin tayar motor

Cara Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin


Alat penyukat tekanan angin  tayar amat memudahkan pengguna motor untuk mendapat sukatan tekanan angin yang tepat.Jika anda belum memiliki alat ini bolehlah intai-intai di kedai spare part motor dan jika suka membeli online boleh dapatkan disini.Namun sementara anda belum memiliki alat ini boleh mencuba teknik klasik ini..Cara

Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin

Kenapa perlu tahu teknik ini?
Ini kerana seringkali terjadi pam angin di stesen minyak mengalami masalah meter rosak atau anda menggunakan pam angin tangan dirumah atau mungkin juga terpaksa isi angin tayar motor sendiri di bengkel motor kerana mekaniknya terlalu sibuk urusan lain.Jadi inilah masanya anda menggunakan skil yang anda miliki itu untuk menyelesaikan kesulitan anda.Mari kita pelajari langkah- langkahnya


  1. Buka penutup bar tiub
  2. Isikan angin mengikut kiraan 1-5 saat dan berhenti
  3. Picit tayar untuk merasa kekerasan tayar.
  4. Jika dapat picit bermakna tayar masih kempis dan isikan lagi seperti langkah 2.
  5. Sesudah tayar keras,untuk tayar depan kempiskan balik sehingga tayar sedikit turun apabila di picit.Sedikit saja.


Angin tayar  belakang perlu diisi sedikit lebih dari tayar depan.Bermakna jika kekerasan tayar belakang sama dengan kekerasan tayar depan yang sudah ideal tadi lalu tambahkan lagi angin tayar belakang mengikut kiraan 1 hingga 10 saat dan berhenti.Selesai.

Semudah itu sahaja Cara Pam tayar motor sendiri
Tanpa penyukat tekanan angin.Setelah itu anda bolehlah meluncur laju dengan selesa ketempat yang dituju tanpa rasa bimbang tayar membuang atau hilang nombor plate belakang akibat skru tercabut dek kerana sukatan angin tayar motor tak tepat..:p
sekian salam jumpa lagi..artikel
Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai-Cakap Pomen Motor-


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sport rim yg paling murah + tubeless berapa ye ? Untuk Depan belakang.

Marman berkata...

RM 150 sepasang pun ada sport rim..tayar tubeless kena pam angin banyak sikit masa pasang kalau tak tak mau naik..:)

Unknown berkata...

kalau bawak moto masa corner tu tayar belakang melelong apa nak buat ? Tayar saya tubeless . Tubeless kene pam angin atau tukar je baru?

Mad Malaysia berkata...

Isi angin..tayar pakai tiub atau tak pakai tiub.

Tayar kempis mesti melelong tang corner..

AKU DAN PENC berkata...

tubeless tiada ke saiz 2.25-17 untuk spotrim depan honda c70..saiz 70/90 nampak xberapa sesuai

shafrisalleh berkata...

Belakang paling keras dlm 210 depan 200,kerana jika keras sgt permukaan tayar yg cecah jalan kurang drp 1cm bayangkan bila memberek, max load tulis atas tayar ialah beban maxima tayar tersebut

Azril Ahmad berkata...

Tayar tubeless berapa psi angin