Ciri motor nak kena overhaul

Perkongsian info pengguna motor tentang Ciri Motor Nak Kena Overhaul.

Assalamualaikum, salam pembaca CKP

Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat kerosakkan dalaman pada bahagian internal enjin motor itu.Tiada overhaul dilakukan sekiranya motor anda mengalami masalah penyetat lus meleret kerana itu ialah masalah pada bahagian clutch, tidak perlu overhaul motor sekiranya minyak petrol bocor melimpah kerana ialah masalah karburator dan tak ada juga kerja overhaul sekiranya motor anda tak ada power kerana itu membabitkan setingan pada external enjin.

Gambar overhaul enjin
Overhaul enjin

Ciri-ciri motor itu perlu di turunkan enjin/buka habis(overhaul) didahului dengan tanda awal penyakitnya seperti enjin bising atau setelah enjin jem(kejang).Akan tetapi hal ini memaafkan anda sekiranya ia berpunca dari bahagian external enjin seperti piston blok,timing chain tepet atau klac.

2 jenis overhaul enjin motor

Ada 2 jenis ketegori overhaul enjin motor iaitu Top Overhaul dan Overhaul.Top Overhaul ialah separuh buka enjin iaitu hanya baiki kerosakan pada bahagian depan enjin sahaja,Head cylinder dan cylinder.Top overhaul perlu dilakukan apabila berlaku kerosakan seperti piston jem,gasket depan bocor atau untuk asah valve.Itulah perbezaan top overhaul dengan overhaul.

Overhaul perlu dibuat kerana masalah kerosakan kompenon dalaman enjin.Kompenon dalaman susah rosak jika minyak pelincir dijaga dengan baik.Minyak pelincir kering,tak naik atau 2t kering(2lejang sahaja) adalah punca utama.Kebiasaan semua bersangkutan dengan masalah pelincir..

Punca minyak hitam kering <<

Barang apa perlu di tukar semasa overhaul motor

Gasket serta oil seal lama perlu diganti baru untuk elak masalah enjin bocor.Pemeriksaan pada semua bearing,shaft,gear,jika rosak juga akan digantikan baru selain kompenon objektif overhaul.Maksud saya komponen penyebab enjin di overhaul.contohnya blok jammed,crankshaft jem,bearing rosak dan sebagainya.

Berapa kos buat overhaul?

Kos buat overhaul motor cub pada  sebab musabab yang di ulas diatas biasa sekitar RM 400 dan lebih.Ia bergantung kepada jenis alatganti yang digunakan dan juga faktor susah senang kerja overhaul motor tersebut dilakukan.

Mulai hari di harap anda sudah faham kenapa motor anda nak kena overhaul enjin/perlu di overhaul. Jadi tiada lagi sangsi dan ragu kepada mekanik anda..sekian.

147 thoughts on “Ciri motor nak kena overhaul”

  1. Motor saya kriss 120 mempunyai masalah enjin berbunyi ketak3 yg agak kuat. Mula start bunyi slepas enjin hampir2 jammed sbb lambat tukar minyak hitam & bawa laju dlm 120km/j. Tapi skrg dah pakai 4 tahun masih ok lagi. Cuma enjin masih bunyi ketak3. Perlukah saya buat overhaul?

    Balas
  2. Motor sya ss110-1 kena turun 2 kali dlm masa 2 minggu.1-sebab tukar connecting rod(longgar).disebabkan cara kerja mekanik tidak cekap,motor sya rosak pada alur bebenang skru pada cranshaft sebelah mangkuk autoclass-saya buat bebenag baru(tidak sama dgn original)selain itu-2T seal rosak,salah satu tiang pada mangkuk class plate patah,headblock seal koyak tekan angin keluar.semua masalah ini tidak diberitahu oleh mekanik.Motor saya mula kurang kelajuan,pickup,minyak 2T-cepat habis dan bunyi bising.semua kos RM500/-.Selepas 2 minggu saya hantr ke lain mekanik dan mengesan kesilapan tersebut.Kita buka enjin untuk kali kedua untuk baiki kerosakan tersebut-Kos RM780/-.1 minggu kemudian motor saya mengeluarkan bunyi bising pada enjin dan block.Kita hantar balik ke mekanik tesebut untuk double checking.masalah tidak selesai.Minta bantuan saudara yang faham.Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.Kita sangat sayang motor ini dan tidak ingin membeli baru,hanya untuk kenal pasti masalh,sebab dan baiki.Terima Kasih.

    Balas
  3. Salam.
    Semalam saya ride Modenas GT128. Dalam 120km/j, tiba2 lost power dan enjin mati.
    Try start, starter kick jem. Starter electrik hanya bunyi klik sahaja..
    Apakah masalah motor ni ? Terpaksa tolak dlm beberapa km letak kawasan yang selamat.. huhu..

    Balas

Leave a Comment

You cannot copy content of this page