Ciri motor nak kena overhaul

Perkongsian info pengguna motor tentang Ciri Motor Nak Kena Overhaul.

Assalamualaikum, salam pembaca CKP

Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat kerosakkan dalaman pada bahagian internal enjin motor itu.Tiada overhaul dilakukan sekiranya motor anda mengalami masalah penyetat lus meleret kerana itu ialah masalah pada bahagian clutch, tidak perlu overhaul motor sekiranya minyak petrol bocor melimpah kerana ialah masalah karburator dan tak ada juga kerja overhaul sekiranya motor anda tak ada power kerana itu membabitkan setingan pada external enjin.

Gambar overhaul enjin
Overhaul enjin

Ciri-ciri motor itu perlu di turunkan enjin/buka habis(overhaul) didahului dengan tanda awal penyakitnya seperti enjin bising atau setelah enjin jem(kejang).Akan tetapi hal ini memaafkan anda sekiranya ia berpunca dari bahagian external enjin seperti piston blok,timing chain tepet atau klac.

2 jenis overhaul enjin motor

Ada 2 jenis ketegori overhaul enjin motor iaitu Top Overhaul dan Overhaul.Top Overhaul ialah separuh buka enjin iaitu hanya baiki kerosakan pada bahagian depan enjin sahaja,Head cylinder dan cylinder.Top overhaul perlu dilakukan apabila berlaku kerosakan seperti piston jem,gasket depan bocor atau untuk asah valve.Itulah perbezaan top overhaul dengan overhaul.

Overhaul perlu dibuat kerana masalah kerosakan kompenon dalaman enjin.Kompenon dalaman susah rosak jika minyak pelincir dijaga dengan baik.Minyak pelincir kering,tak naik atau 2t kering(2lejang sahaja) adalah punca utama.Kebiasaan semua bersangkutan dengan masalah pelincir..

Punca minyak hitam kering <<

Barang apa perlu di tukar semasa overhaul motor

Gasket serta oil seal lama perlu diganti baru untuk elak masalah enjin bocor.Pemeriksaan pada semua bearing,shaft,gear,jika rosak juga akan digantikan baru selain kompenon objektif overhaul.Maksud saya komponen penyebab enjin di overhaul.contohnya blok jammed,crankshaft jem,bearing rosak dan sebagainya.

Berapa kos buat overhaul?

Kos buat overhaul motor cub pada  sebab musabab yang di ulas diatas biasa sekitar RM 400 dan lebih.Ia bergantung kepada jenis alatganti yang digunakan dan juga faktor susah senang kerja overhaul motor tersebut dilakukan.

Mulai hari di harap anda sudah faham kenapa motor anda nak kena overhaul enjin/perlu di overhaul. Jadi tiada lagi sangsi dan ragu kepada mekanik anda..sekian.

Random Posts