Halaman

Ciri motor nak kena overhaul



Perkongsian info pengguna motor tentang Ciri Motor Nak Kena Overhaul.

Assalamualaikum, salam pembaca CKP

Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat kerosakkan dalaman pada bahagian internal enjin motor itu.Tiada overhaul dilakukan sekiranya motor anda mengalami masalah penyetat lus meleret kerana itu ialah masalah pada bahagian clutch, tidak perlu overhaul motor sekiranya minyak petrol bocor melimpah kerana ialah masalah karburator dan tak ada juga kerja overhaul sekiranya motor anda tak ada power kerana itu membabitkan setingan pada external enjin.

Gambar overhaul enjin
Overhaul enjin

Ciri-ciri motor itu perlu di turunkan enjin/buka habis(overhaul) didahului dengan tanda awal penyakitnya seperti enjin bising atau setelah enjin jem(kejang).Akan tetapi hal ini memaafkan anda sekiranya ia berpunca dari bahagian external enjin seperti piston blok,timing chain tepet atau klac.


2 jenis overhaul enjin motor


Ada 2 jenis ketegori overhaul enjin motor iaitu Top Overhaul dan Overhaul.Top Overhaul ialah separuh buka enjin iaitu hanya baiki kerosakan pada bahagian depan enjin sahaja,Head cylinder dan cylinder.Top overhaul perlu dilakukan apabila berlaku kerosakan seperti piston jem,gasket depan bocor atau untuk asah valve.Itulah perbezaan top overhaul dengan overhaul.

Overhaul perlu dibuat kerana masalah kerosakan kompenon dalaman enjin.Kompenon dalaman susah rosak jika minyak pelincir dijaga dengan baik.Minyak pelincir kering,tak naik atau 2t kering(2lejang sahaja) adalah punca utama.Kebiasaan semua bersangkutan dengan masalah pelincir..

Punca minyak hitam kering <<

Barang apa perlu di tukar semasa overhaul motor


Gasket serta oil seal lama perlu diganti baru untuk elak masalah enjin bocor.Pemeriksaan pada semua bearing,shaft,gear,jika rosak juga akan digantikan baru selain kompenon objektif overhaul.Maksud saya komponen penyebab enjin di overhaul.contohnya blok jammed,crankshaft jem,bearing rosak dan sebagainya.


Berapa kos buat overhaul?


Kos buat overhaul motor cub pada  sebab musabab yang di ulas diatas biasa sekitar RM 400 dan lebih.Ia bergantung kepada jenis alatganti yang digunakan dan juga faktor susah senang kerja overhaul motor tersebut dilakukan.

Mulai hari di harap anda sudah faham kenapa motor anda nak kena overhaul enjin/perlu di overhaul. Jadi tiada lagi sangsi dan ragu kepada mekanik anda..sekian.
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

125 ulasan:

  1. ribuan terima kasih kepada penulis blog ini.. info yang sangat membantu dalam penjagaan motorsikal. tumpang tanya. jika saya ingin overhaul sendiri enjin motor saya, apakah alatan yang perlu ada? terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.
      Nk overhaul motor apa tu..

      Padam
    2. Mad Malaysia. Boleh dapat brader punya nombor phone tak. Dia mcmni, moto saya dah turunkan carburetor. Dah kasi cuci siap bukak pelampung lagi, yg warna oren tu. Spark plug dah tukar baru, masih tak boleh start lagi. Carburetor dah pasang balik. Bateri masih ada power. Tempat starter kaki tak jem,dia tak stuck/keras. Jadi apa lagi masalah ya? Cek2 balik minyak petrol tak turun jadi saya betulkan supaya dia turun. Dekat bahagian carburetor. Tapi dah pasang semuatu, masih tak boleh start.

      Padam
  2. honda wave 110r

    BalasPadam
  3. OK,zarq dan juga kepada semua bahawa saya sanggup menyediakan set spanar mekanik untuk anda.spanar untuk overhaul motor
    Brand pilihan saya yang sudah terbukti ketahanan.jika berminat sila hubungi saya.

    BalasPadam
  4. motor saya sudah 2 kali buat overhoul sbb masalah enjin, kali pertama sbb motor tiba2 jam tak boleh jalan, selepas itu enjin nya bunyi bising dan terpaksa buat utk kali kedua, selepas 3 bulan masalah enjin bunyi lagi apakah saya perlu buat overhoul lagi, sedangkan kos nya amat tinggi pada saya

    BalasPadam
  5. Enjin bunyi bising menunjukkan ada error pada kerjanya.

    Tak semua bunyi datang dari enjin tengah kadang kadang pada top sahaja atau klac mungkin jadi bos perlu jumpa mekanik yang mahir lagi jujur :)

    Apa apa hal boleh bagi tahu saya nanti

    BalasPadam
  6. Salam. Saya ni baru-baru je bawak motor. So saya sekarang pakai motor kriss 110. Apa saya perasan sejak bulan lepas motor saya dah tak pickup & susah gila nak start. Kadang-kadang bila saya bawak ada rasa gegar-gegar. Mohon pencerahan untuk kes motor saya. Haritu saya ke bengkel katanya perlu ganti karburator tapi ikut pembacaan saya kena ganti clutch plate & piston ring. Boleh bantu saya?

    BalasPadam
  7. W'salam..

    Susah nak start macam mana tu?
    Start lus atau start OK tapi tak mahu idup?

    Kalau start lus betul la motor nak kena tukar klac..tapi susah nak idup mungkin betul cakap pomen tu..

    BalasPadam
  8. salam bro nak tanya kalau lc 135 overhaul semua dalam anggarab berapa ye bro

    BalasPadam
  9. W'salam..

    Tengok barang apa tukar..upah overhaul lc dalam RM 150 mcm tu..

    BalasPadam
  10. Assalam abang,

    saya pakai motor ex5, sejak dua menjak ni motor saya ada masalah la. mula2 moto jadi berat, lepas tu bila gear 1 dngan 2 motor jadi tersengguk2 la. dan y baru ni ada leaking minyak kat enjin. ada masalah apa tu ye. terima kasih

    BalasPadam
  11. W'salam
    Mungkin motor syazwan gasket blow
    Masalah macam ni kene buat top overhaul

    BalasPadam
  12. Motor CT120 sye nk crank start mcam ssah sikit kne pulas throttle baru boeh hidup.pastu bahgian enjin bunyi2 mcam tak smooth yg berulang.Nak kata minyak itam tkde dah tukar. Tpi motor dah dkat 10 tahun dah..tk pernah ovhaul. Karburator pon lama tk cuci rse nyer. Air filter lagi. Lagi satu saya bawak full throttle 22km 2 kali shari dalam sbulan ni. Ada affect tayar tak. Sebab mcam siang tdi saya bawak pastu lembik sikit saya gi pam patu patah balik umah 22km lagi. Biar kejap makan lepak tngok2 tkde angin terus. Apa salah saya eyh.

    BalasPadam
  13. Masalah awak pasal tak belanja saya makan kot.. haha

    Ok,motor dah lama memang macam gitu,kurang smooth tapi takpa la dah tukar minyak itam tu..

    Jalan jauh biasala tayar cepat botak,tu saja..

    Tiba-tiba angin tak ada tu mungkin ada bocor halus atau cek kepala tiub juga..

    Ok,harap selesai..hati-hati di jalanraya..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum..tumpang tnye klau minyak enjin slalu kering.dan asap terlalu bnyak mengalahkan asap 2T knpe..perlu overhaul ke..sbb baru lps overhaul enjin...

    BalasPadam
  15. W'salam

    Dah memang 125zr pakai 2t kan..tapi kalau motor tu keluar asap banyak sangat perlu la di laras balik 2t nya.

    Kalau selepas overhaul,harap oil seal dipasang dengan betul..

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..btl ke kalau overhaul lagenda fi part 100% ori boleh cecah 1k..block tukar terus..moto saya jem sblom ni..rod goyang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Boleh cecah kalau rod,piston,clutch,bearing,gasket oil seal 100% ori

      Padam
  17. salam..saya nak tanya,saya mempunyai sebuah lagenda 115 first modal..masalah saya adalah bunyi letup di ekzos jika saya lepas minyak..spark plug saya dah tukar,tapi jadi jugak..kenapa ya?mohon bantuan dan penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Cuba servis karburator tengok..

      Padam
    2. Kalau tak jadi contact saya

      Padam
    3. ok..saya duk kedah..abg duk mna?boleh bg no fon..

      Padam
    4. Terengganu..contact ada di fb
      MarmanWorkshop

      Padam
  18. Kalau block calar macam mana ya ?

    BalasPadam
  19. Salam bang, nak tanya, saya ada sym bonus sr, bila gear 4 , bawa laju, sampai satu tahap dia mati (tapi enjin still hidup) then tunggu lama2 dia boleh jalan balik, lepahtu, bila gear 4 saya pulas patutnya straight ahead dia gerak, but saya pulas dia lambat sikit nak jalan. Jadi ni kene overhaul ke bang?

    BalasPadam
  20. Salam bang, nak tanya, saya ada sym bonus sr, bila gear 4 , bawa laju, sampai satu tahap dia mati (tapi enjin still hidup) then tunggu lama2 dia boleh jalan balik, lepahtu, bila gear 4 saya pulas patutnya straight ahead dia gerak, but saya pulas dia lambat sikit nak jalan. Jadi ni kene overhaul ke bang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      tak perlu buat Overhaul..lebih kepada masalah clutch ni

      Padam
  21. Salam bang. Saya pakai lagenda 110z.masalah saya moto bergegar . Lepastu saya tnya kedai dia ckp cranshaft problem nk kne ovrhaul . Skrng bru lepas overhaul sya bwk masih ade gegar

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. Walaikumsalam

      Enjin gegar biasanya jadi sebab crankshaft,bearing enjin atau balancer enjin mcm lagenda ni ada la..ataupun enjin dgn body tak kemas

      Selalu lagenda problem biasa dia pada bearing auto clutch(tak perlu overhaul)

      Sekarang awk kena pergi balik refer mekanik tu ckp masih gegar..kalau dia baik hati tak perlu bayar tambahan lagi...

      Padam
  23. Assalamu'alaikum,

    Saya terlebih masukkan minyak hitam, bila tekan minyak, enjin jadi berat, gear 3 biasa boleh pergi 105, sekarang 80 je, gear 4 biasa boleh pergi 125, sekarang 110 macam tu je, jadi, nak kene baiki yang mana ye ? Karburetor ke ? Atau baiki gasket ?

    Terima kasih.

    Kerjasama anda amat dihargai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Buang ja minyak hitam lebih tu lepas tu servis karburator balik dan kotak anginya sekali

      Padam
  24. Salam bang. Saya menggunakan yamaha lc v3. Motor saya terasa mendap dan berat. Terutama kalau mendaki bukit, top speed boleh pergi dalam 40km/h saja. Kalau jalan mendatar, pulas habis pun 80km/h saja. Saya baru lepas service carburetor tapi masalah tetap sama. Rasa rasanya apa masalah motor saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Masalah hilang kuasa banyak faktornya seperti setting karb tak ngam,block loggar,clutch plate habis atau juga api tak kuat..

      Kalau enjin motor en Daniel tak dengar bunyi bising,ekzos pun tak berasap en bolehla fokus pada clutch plate terlebih dahulu..Yamaha lc sila pastikan beteri kuat untuk lebih kuasa..

      Boleh cuba tukar cdi dengan kawan kalau ada

      Padam
  25. Assalamualaikum WBT

    Saya guna motor wave 125s...motor saya bergegar bila tukar gear 1 ke 2...gegaran jadi bila motor dipandu perlahan...apa yang boleh saya buat...Mohon bantuan

    Terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam wbt

      Bos chek dulu enjin dengan body..ketatkan kalau goyang
      Lain hal kena check enjin bos..

      Padam
  26. Asalamualaikum wrt
    Saya punyai ex5 hi-power
    Model thn 95
    2015 dulu saya dah overhaul sekali.
    Skrg saya duk repair sendiri skt2...
    Pickup ada saya rasa ngan moto saya
    Tp top speed takde
    Habih pulas minyak pun 90kmh saje
    Clutch plate dah tukar. Carb selalu servis.
    Member kata kena pakai carb besar. Tp saya tgk kwn saya moto standard pun boleh pegi dlm 100kmh. Ngan sport rim lagi
    Coil plug dan plug pun saya dah tukar.
    Blok standard lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam wrt

      Ex5 standard memang macam tu top speed dia antara 90-100km/j saja..kalau dapat laju lebih sikit nasib la dapat enjin baik..

      Kalau bos nak laju sikit boleh cuba karburator baru
      atau pakai piston besar sikit..

      Padam
    2. Trm ksh utk nasihat tuan
      Saya ada terbaca diatas tuan menjual set alatan jika nak overhaul sendiri
      Brp kos alatan tu tuan?
      Saya ni pun baru je nak belajar buka enjin. Khatam dulu takat blok je

      Padam
    3. Cadangan tuan pakai piston besar skt
      Maksudnya saya kena pakai blok racing ke? Saiz 53 ok?
      Saya ada blok 53cm hyper speed ni
      Bila pakai blok besar skt ni boleh ngam ke ngan cam standard?

      Padam
    4. Tentang sepana tu jika tuan berminat tengok laman contact saya dan whatsapp atau email.

      2-boleh pakai blok 53' tanpa tukar Cam..takde masalah boleh ngam..

      Padam
  27. Assalam,motor Suzuki smash revo aye mkn minyak Hitam,kuar asap putih Dan motor semput,perlu top atau full overhaul Dan bape anggaran Kos..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wailaikumsalam

      Buat top 0verhaul tak abis rm 300..rebore blok,grind valve,valve seal,gasket,4t

      Padam
  28. Bos ... Buat overhaul untuk motor wave 125 brp ye .. bos duduk area mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya area kuala terengganu bos..stanby $600

      Padam
  29. Salam bang, saya menggunakan motorsikal kriss 110. Pada minggu lpas motor byk mengeluarkan asap. Tetapi pomen suruh ley blok. Betul ke itu cara nya? Dan selepas ley itu apa yg patut dilakukan. Mmg tak boleh bawa laju ke mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Betul la tu,rebore blok dan grindvalve sekali tapi tak perlu overhaul.

      Lepas rebore tu running in dalam 2 minggu bawa perlahan ja bagi barang serasi

      Padam
  30. Assalam bos,tumpng tnya moto ex5 sy haritu tgh bwk tiba2 bunyi terok lepstu tk boleyh start..Skunk tmpat start keras..Tu jem ka?Stu lagy sy nk kna ovahal ka top ovahal atau tukar brang yg rosak?Membe kta piston rosak dgn rod?Maaf pnjang...Mintk pencerahan ya...Trima kasih👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam ..

      Rasanya dah jem tu..kalau rod jem kena overhaul bos

      Padam
  31. Assalam... sy memiliki sebuah honda c70 yg dh cnvert ke Ex5.. gear4, head block Ex5, klac honda c70.. mslah nya gear satu pickup cun.. gear 2,3,4 gear dh jdi lmbat pickup.. jdi mcm mtor ego pulak.. bleh jelaskan x. Apa msalh motor ni.. 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Haha..iya ka,ke overhaul balik la tu kot masuk barang besar lagi..

      Padam
  32. salam bang, minta tunjuk ajar sikit hehe, saya ada motor skuter egolc yamaha 125 first model, apa masalah kalau asap putih n bunyi bising kat dlm enjin, sblm tu motor kadang2 beasap putih jd saya top overhoul terus ganti blok race(kawan bagi lengkap tggl pasang) siap pasang hidup cuma beasap putih dan bunyi bising apa masalah dia, skrg motor parking dlm bilik mcm bengkel xsiap hkhkhk, makasi bang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Haha..bengkel x siap macam mana tu..:)
      Rasanya blok tu bermasalah..kalau terpaksa kena rebore..

      Padam
  33. Salam...
    Bang nak tnye ckit sye ade moto kriss 100 enjin same ex5...sye bru tukar blok 56 n sye pasg head racing n sye tukar ekzos racing utk bgi angin keluar ngan selese coil api sye pasang kozi cdi apido spark plug brisk racing punya minyak itam semi sintetik ...tpi carb sye tak tukar sye pakai standard sbb sye travel jauh nak jimat minyak...moto sye masaalahnye bwak paling laju 100km/j je...mase pakai 53 moto bleyh paling laju 115km/j lpas tukar 56 moto jdi slow...ape masalah bleyh mintak pencerahan ckit...clutch plate pon sye bru tukar ori honda ex5...cam standard...sye travel penang to johor...lpas pde tu sye rase berat ckit motor n sye pnya rod pon bnyi...klaw rod bnyi dia jejaskan speed moto x...ok thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Banyak dah tukar tu..:)

      Ramai yang pakai macam tu,blok racing n karburator standard..ok juga boleh lari 120/j tapi pickup ja kurang sikit..perlu set karburator cantik-cantik ..up mainjet sikit..:)

      Rod kalau longgar memang ada efek pembakaran..jadi knocking dan sebagainya..dan lagi paling takut boleh pecah bearing dan jem tengah jalan..
      Piston besar bagi seting berat sikit untuk jalan jauh supaya tak mudah tangkap rod..ok harap jelas
      Terima kasih sudi datang!

      Padam
  34. bro skru penutup untuk buang minyak hitam patah separuh tinggal dalam macam mana nak bagi keluar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat,takyah overhaul pun takpa..drill dan buat tred

      Padam
  35. Salam,

    Saya ade motor lagenda 115Z, Tahun 2011,
    selalu bwk moto rase macam nk melayang, pickup dah x bpe best, pres minyak tp xbpe laju boleh pergi..and moto bile enjin hidup rase bergegar..
    perlu tak sy buat overhoul? dan jenis overhoul yg mcm mana perlu buat..dan berapa estimation harga klu saya buat overhoul utk lagenda 115z..

    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bos boleh cuba tukar clutch dulu tengok macamna..kos dalam rm150 bawah..dan tukar spoket sekali jika perlu :)

      Padam
    2. salam, same kes dgn motor lagenda 115Z sy tahun pun same 2011.
      motor kurang pickup dn bergegar bila enjin hidup. sekarang ni ade leaking di bhgian head, minyak hitam nk kne sllu tambah. adakan perlu overhaul ataupun just buat top overhaul je dn brapa kosnya?

      Padam
  36. Assalamualaikum bang.. sym 200cc skuter tiba2 enjin mati.. minyak enjin kering sebb bocor.. nk start dah x boleh.. dia macam xdak power.. signal pun jadi macam short... Pomen kata piston rosak.. dan perlu overhaul.. cost dlm 1k lebih.. mohon penjelasan dan bantuan abg.. trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Terima kasih kerana komen :)

      Motor yang awak sebut tu memang barang dia agak mahal dari motor jenis lain.Tukar kunci pun boleh kena beratus ringgit.

      Piston rosak tak perlu Overhaul kecuali ada barang pecah masuk dalam enjin tengah.kalau rod 'jem' baru kita overhaul.Jika bos boleh jumpa bengkel sebetulnya,bos boleh jimatkan separuh dari harga tu..

      Padam
  37. nk tanya kalau moto trotthle habis pstu mati...kenapa eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jalan perlanan maslah tu biasanya karburator nk kena servis,kalau laju mati karburator jugak tapi perlu setting..kalau motor 2t kena chek 2t jalan kalau biar nanti boleh jem rod dan kena overhaul :(
      Terima kasih hadir..:)

      Padam
  38. Salam bang..kalau tgh maik motor ada bunyi tek.tek.tek tu tandanya sy kena overhaul ke top overhaul.mohon pencerahan.t.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Bunyi tek3 kat mana tu kena pastikan betul,selalunya motor 4-stroke tu masalah tepet longgar,boleh hantar bengkel ketatkan valve-murah ja..

      2-mungkin juga bahagian luar roda, rantai spoket,brek-nak tahu tongkat 2 motor dan pusing roda depan dan belakang,dengar ada bunyi tak..terima kasih mampir ke mari :)

      Padam
  39. Salam ... Nak tanya .. Sy pakai motor honda wave .. Tdi tiba2 motor saya tk boleh start .. Sy start pakai kaki .. Dia jadi mcm loss .. Bila nk start tkde tekanan ... Nk tau mslh apa ye ? Masalah plug ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      1-klac habis
      2-jem ring piston

      Kalau sebelum ni ada masalah motor jalan lambat dan kadang bila enjin sejuk jadi lus,tu kena buka bahagian klac-tukar klac baru.

      Kalau pernah jalan laju tiba motor mati berkemungkinan piston dah jem-kena buat top overhaul.

      Ok,harap terjawab dan terima kasih memberi komen yang baik..:)

      Padam
    2. Motor saya jdi mcm ni tegah bwàk dià mati nak stà x bòlèh kena sejuk baru hidup sekarang ni terus x hidup kenapa ye

      Padam
  40. Assalam boss..nk tnye kalau moto sy tibe2 drop speed (mcm tersengguk) bila tengah top speed lepas tu berasap sbb ape ye?tnye bengkel pomen ckp piston kena tukar..skali dgn rod..kira buat overhaul terus..betul ke?kos buat semua tu(overhaul,tukar piston skali oiston ring,tukar rod,valve,grind valve,rebore,mnyak hitam + servis kaburetor) rm850 termasuk upah..katanya pakai brg ori honda..sy pakai dash v1..logik x harga tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Harga tu memang logik bos untuk kos membuat overhaul dan barangan yang disebutkan itu..tapi mengenai masalah yang bos terangkang di atas saya cadangkan bos buat servis biasa terlebih dahulu iaitu servis karburator,air filter dan tukar spark plug..


      Terima kasih hadir dan komen yang baik :)

      Padam
  41. Salam bos, enjin motor saya tetiba berbunyi selepas saya bawak laju. motor tetiba slow lepas saya top speed lepas tu boleh bawak balik tapi keluarkan bunyi. jadi kalau saya nak ke kedai baiki.. berapakah kosnya bos? motor saya lagenda 110 z.

    BalasPadam
  42. Salam bos, enjin motor saya tetiba berbunyi selepas saya bawak laju. motor tetiba slow lepas saya top speed lepas tu boleh bawak balik tapi keluarkan bunyi. jadi kalau saya nak ke kedai baiki.. berapakah kosnya bos? motor saya lagenda 110 z. pegi kedai haritu dia cakap piston ada masalah. tapi boleh bawak lagi kalau tak nak tukar. cuma minyak hitam kena jaga. jadi adakah betul? dan apa yang perlu saya lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kalau betul piston lambat laun perlu buat juga sebab akan timbul masalah lain pulak kalau dibiarkan..buat top overhaul dan rebore blok.

      Tapi sebelum tu boleh cuba pergi kedai untuk periksa tepet atau rantai kecik..

      Terima kasih hadir dan komen :)

      Padam
  43. Assalammualaikum bang.. sy baru lps overhaul wave 125.. tpi speed dia da x sama yg asal kenapa ye?? Seblom overhaul dpt 140km.. lepas overhaul nk smpai 100km pon pyah.. harap ad penjelasan tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Minta mekanik check balik bahagian top overhaul..blok,timing,valve clearance,karburator sebagainya..

      Terima kasih kembali

      Padam
  44. Assalam.. tuan.. nak tanya, moto saya honda wave 125s. Baru tukar elektronik dan cluth plate dalam 3 bulan. tp moto jadi kurang pick up. Utk pengetahuan usia moto dah hampir 10 thn. Belum pernah overhaul.. adakah saya perlu overhaul dan apa yg perlu saya tukar? Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Tak perlu overhaul tapi buat top overhaul..rebo blok,grind valve..
      Tukar auto klac dan set spoket

      Terima kasih hadir :)

      Padam
    2. Salam.. tuan.. saya dah buat top overhaul.. saya nak tahu berapa lama tempoh "running in" ya? Berapa ribu kilometer ya? Terima kasih.. tuan..

      Padam
    3. Walaikumsalam

      Tempoh running biasa kalau motor pegi balik kerja dalam town kl ja misalannya dalam masa 2 minggu..kalau nk ikut meter buat 1000km

      Ok terima kasih hadir dan komen

      Padam
  45. Salam.. saya ni tnye.. saya baru pakai lagenda 115 fi.. tapi baru sebulan.. moto dha mula rasa berat.. tukar minyak itam pon.. sama jadi.. boleh bagi tahu tips mcm mna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Tak silap masih ada warranty dalam tempoh satu bulan ni..hantar motor ke kedai yang dibeli,minta mekanik check..
      Biasanya boleh selesai dengan membuat valve clearance dan laras tuning fi.

      Terima kasih hadir dan komen..

      Padam
  46. Assalamualaikum, saya nak tanya, head motor wave 125 saya leaking, saya bukak tukar semua top gasket, tapi leaking jugak, lagi teruk motor tak hidup, apa perlu saya cek balik bagi hidup dan tak leaking, mungkin x hidup sbb plug kong ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Pertama pastikan bukan masalah elektrik(plug,coil,kunci,wayer)

      Jika masalah leaking juga cuba tukar blok.

      Ok,terima kasih hadir dan komen yang baik :)

      Padam
  47. Assalamualaikum bang,saya pakai kriss 110 and haritu dalam beberapa minggu time saya nak start motor rasa loose lepastu kene tunggu lama sikit baru boleh start and saya tanya pomen kedai kene tukar bearing and kawan saya cakap kene tukar clutch plate.Yang mana satu eh yang betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Dua-dua betul.Biasanya masalah start loose,kita buka clutch dan tukar clutch plate dengan bearing clutch auto sekali.

      Tapi kriss ni ada satu problem berat jugalah,gear dalam rosak dan kalau nak repair perlu overhaul.

      Moga terjawab

      Padam
  48. Salam bang,saya nak tanya motor ex5 saya ada bunyi masa drive,masa start motor takde pulak bunyi bising.Apa yang perlu dibaiki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Masalah macam ni kita kena periksa bahagian luar dulu

      Pusing roda depan belakang untuk periksa bearing tayar rosak atau tak.

      Tukar satu set rantai spoket.

      Kalau berlanjutan bahagian dalam enjin,kena pomen test

      Ok,terima kasih hadir dan komen :)

      Padam
  49. Assalamualaikum,

    1. Sekarang saya sendiri tengah buat overhaul untuk moto kawasaki ninja rr 150, sekarang ni saya ada masalah untuk keluarkan primary gear dari crankshaft disebabkan terlalu ketat. Apakah kaedah/tool yang paling sesuai untuk saya guna tanpa merosakan gear dan crankcase. Gear puller pula saya dapati tak cukup ruang untuk masuk dibawah gear disebabkan ruang antara gear dengan crankcase terlalu sempit.

    2. Nanti sebelum pemasangan enjin kembali, adakah crankshaft perlu dibuat balancing? dan adakah jarak crankshaft dengan crankcase perlu dibuat ukuran jarak? (tolerance menggunakan feeler gauge)

    BalasPadam
  50. Salam bang nk tnya..moto ex5 sya bunyi ting ting..bukak tgk blok calar...minyak xnaik..da tuka oil pump blok da rebore...da siap buat smua ada bunyi ting ting lg tp kurang la bunyi nya mcm sebelum ni..cek minyak hitam naik kt tepek..pomen ckap mungkin mmaterial blok sebb blok cap ayam je..betul ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ya,kadang masalah macam gini memang ada,selalu blok baru jenis racing.
      Nak selesaikan kena cuba rebore blok tu.

      Satu lagi punca bunyi tu ialah pada Chamshaft,cam racing kalau bunyi tak boleh buat apa..memang stail dia :)

      Padam
  51. Salam bang, nak tanye la.. Awat moto ex5 saye time top ja enjin bunyi mcm nak pecah dah..😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda-tanda enjin nak kena upgrade lagi tu 😃

      Padam
  52. Assalammualaikum admin. Saya pengguna lagenda fi. Saya sekarang guna blok piston saiz 55.5 . Headblock daa buat scheme semua. Compress tak terlampau padat tak terlampau lembut. Memang ngam ngam soi. Plag perang. Pembakaran kat piston hanya dibahagian tengah sahaja. Okay sekarang masalah nye knocking tetap ada. Half throttle knocking. Pastu petik gear 4 lagi melarat knocking dia. Kenapa yee tuan ? Saya harini jee daa bukak 4-5 kali headblock tuu. Kalau ada bocor kat blok mesti daa tau punya. Sekarang tuu jee problem. Tak jumpa apa punca knocking. Tolong saya yee tuan😭

    BalasPadam
  53. Salam bro.. minta tolong..kenapa moto time nk amik lap hilang kawalan ? 3 tahun dah pakai motor ok je..last2 semalam 2 kali jatuh dlm sehari😑.. pasir ape x dak pon...masa lap tu..motor jd mcm tah la..mmg x leh nk kawal.. last2 lepastu bawak semua slow2 je..payah gitu..

    BalasPadam
  54. Assalammualaikum boss, minta pendapat, motor saya lc v1, dh sthun lbih xservis selain tukar mnyak hitam memang buat stiap bulan. Sekarang ni, motor jadi cepat off bila start plus, minyak hitam pun ada leaking. Mana patut saya buat, memadai tak kalau top overhaul je? Terima kasih membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Ya buat top overhaul baik la..tukar gasket servis,grinvalve dan tukar valve seal juga..ring piston kalau tuka lagi cantik..

      Ok terima kasih kembali

      Padam
  55. Assalam. Kalau motor medenas 100 berapa ?

    BalasPadam
  56. Assalamulaikum bang, saya pakai moto wave 125 , ekzos standard, carb ts , kotak angin pakai botol je.. malasah saya bila time masuk gear 3 dia tak pergi sangat and bila time hujan pon sama macam mendap pon ada..risau nak poton kete 🤣🤣..
    Thnkyou !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Angin tak lepas kot..bagi dia nafas banyak sikit atau set open ja..:D

      Padam
  57. Assalam .
    Sy ade lagenda 110 .
    Baru lepas tkar carb wave 125 , block racing 56 , cam ikk racing ,clutch , spring racing. Tp msalah nya boleh pegi 80kmh ja? Dri mna pnca dan apa mslh nye ye? Terma kasih

    BalasPadam
  58. Salam boss. Moto saya minggu lepas time bawak tiba2 dia xde power. Pulas throttle dia tak jalan. Saya berhenti tepi jalan, free gear bila pulas dia xde bunyi, rantai tak jalan. Lepas matikan enjin, hidupkan semula. Motor kembali kepada keadaan normal. Saya tukar minyak hitam ingatkan jadi baik. Selepas drpd tu ada dua kali terjadi berda yg sama. Dan ari ni. Motor saya tak bole nk hidupkan terus. Force start pown tak jalan. Tolak laju2, masuk gear satu pown tak hidup dah. Bila prg ke kedai, pomen kata api tak de sampai. Magnet coil yg rosak, kos repair dalam 200++
    Adakah cuma mslh magbet coil. Atau ada masalah2 lain sekali boss? Perlu tak buat full overhaul motor tu? Motor tahun 2011, model modenas ct110

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Gambaran bos bagi nampaknya motor tu takda masalah berat tak perlu overhaul,
      dan lagi satu mekanik dah check tak ada api sampai tu berpunca dari sistem nyalaan saja..coil magnet salah satunya.

      Padam
  59. Salam bro... moto modenas gt128 enjin bunyi kasar, motoroil lecking, asap putih, dan terbaru moto dh tak boleh hidup.adakah moto tak hidup berpunca dr masalah tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam bro

      Ya perlu buat top overhaul

      Padam
  60. Salam bos, saya ada ex5. Masalah motor saya adalah berat dgn top speed 80 je. Bulan lepas saya dah top overhaul. Khamis lepas saya dah cuci kaberator, tukar spoket 33-14 dgn tukar air filter. So, masalah berat tu dah hilang. Cuma saya nak tau kenapa top still sama? 80 je perah la mcm mana sekalipun. Gear 1 pun dpt tarik pendek je. Apa lagi yg perlu saya ejas ye bos? Minta tunjuk ajar sikit. Terima kasih bnyk bos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ex5 standard memang macam gitu la bos..purata 80-90km/j..kalau lebih sikit kira nasib baik la..bos boleh cuba part klac pulak

      Padam
  61. salam bos nak tanya saya pakai motor lagenda 110z ..dah lama tak guna..apa yang saya kena buat nak hidupkan balik motor tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya saya ada tulis tentang tu..boleh bos cari dalam blog ni

      Padam
  62. Assalam..sy baru beli motor lagenda 110z secondhand..lps 3 hari beli baru perasan ekzos berasap..enjin tiada bunyi..sy perlu overhaul ke?brp anggaran kos baiki?
    than lg satu..moto senyap je kalau naik gear 1hingga gear 3 tapi kalau masuk gear 4 dia ad bunyi..adakah sbb rantai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kalau berasap lepas start saja tak apa bos tu standard lagenda la..banyak berlaku..tapi bila dah pusing lama2 tapi banyak asap juga tu kena buat top overhaul lah.

      Tukar set rantai baru..kalu still sama kemungkinan besar betul puncanya gearbox

      Padam
  63. salam bos nk tnye sy pkai lc v1 nk start xbley keras .tu jem ape erk .sbb sy ram lbih trus jemm..sila bgi jawapan tlongg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Habislah bos..jem la tu..

      Padam
  64. Salam nak tanya lah... Saya pakai moto modenas ace 115... Masa bergerak aritu tibe2 moto jd lemau... Speed turun mendadak... Tp x stop lagi lah masa tu... Lepas tu enjin bunyi ketik ketik.. dan masa otw balik rumah lak moto saya slow2 perlahan sampai mati di tepi jalan... Crank pki starter ngn kickstart kosong je.. tgk plug pun dah x elok... Adakah itu salah satu cici piston calar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ya..kejadian macam adalah salah satu contoh enjin jem
      Bos kena buat top overhaul utk check selanjutnya dan repair

      Padam
    2. Ye kejadian yg sme mcm sy smlm..tpi masih boleh bwk slow2 dlm 60 ke 80 ..kick start msih brfungsi.. dh tukar mnyak hitam gn filter ..msih brbunyi jgk ketik ketik tu ..brpe anggaran top overhaul bos utk lagenda 115

      Padam
    3. Kos anggaran overhaul lagenda dalam 500-rm700

      Padam
  65. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  66. Assalamuallaikum motor sy nouvo lc...ada bnyi bising dekat bahagian kipas dekat engine..motor xde semput..pickup ok..meter pg lgi 110...

    BalasPadam
  67. As salam tuan motor sya honda 70 start hidup pulas mnyak enjin mati, kaburetor dah tukar baru, head dah grandvalve, tp msih sma apa masalah bos

    BalasPadam
  68. Salam.motor wave saya ada bunyi kruk2 dkat dalam enjin. Piston ring block bru.cam pn baru.try goyang rod,ok xde goyang.mngkuk clutch bru revet.bnyi apakah itu????

    BalasPadam
  69. Bro, nak tumpang tanya,

    Motor saya SYM SportBonus SR 110, dua minggu lalu, motor saya menghadapi masalah berikut.
    bila bawak motor sampai satu tahap kelajuan example : 30km/h , engine akan kehilangan kuasa (rasa macam tak dapat sedut minyak) , engine tak mati walaupun berhenti. Bila hantar kedai, pomen confirm masalah valve. Buka engine, check, satu batang valve hitam, banyak carbon kat sekeliling.

    Lepas tukar, semua ok balik. Tapi bila bawak highspeed example : 90km/h, kalau tiba tiba perlahankan kenderaan, lepas tu nak tarik minyak untuk menambahkan kelajuan, motor akan mengalami masalah 3 saat kehilangan kuasa , lepas tu ok balik (rasa macam tak dapat sedut minyak)

    Apa masalah agaknya ? Valve lagi ke ?

    Terima Kasih.

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.