Ciri motor nak kena overhaul



Perkongsian info pengguna motor tentang Ciri Motor Nak Kena Overhaul.

Assalamualaikum, salam pembaca CKP

Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat kerosakkan dalaman pada bahagian internal enjin motor itu.Tiada overhaul dilakukan sekiranya motor anda mengalami masalah penyetat lus meleret kerana itu ialah masalah pada bahagian clutch, tidak perlu overhaul motor sekiranya minyak petrol bocor melimpah kerana ialah masalah karburator dan tak ada juga kerja overhaul sekiranya motor anda tak ada power kerana itu membabitkan setingan pada external enjin.

Gambar overhaul enjin
Overhaul enjin

Ciri-ciri motor itu perlu di turunkan enjin/buka habis(overhaul) didahului dengan tanda awal penyakitnya seperti enjin bising atau setelah enjin jem(kejang).Akan tetapi hal ini memaafkan anda sekiranya ia berpunca dari bahagian external enjin seperti piston blok,timing chain tepet atau klac.


2 jenis overhaul enjin motor


Ada 2 jenis ketegori overhaul enjin motor iaitu Top Overhaul dan Overhaul.Top Overhaul ialah separuh buka enjin iaitu hanya baiki kerosakan pada bahagian depan enjin sahaja,Head cylinder dan cylinder.Top overhaul perlu dilakukan apabila berlaku kerosakan seperti piston jem,gasket depan bocor atau untuk asah valve.Itulah perbezaan top overhaul dengan overhaul.

Overhaul perlu dibuat kerana masalah kerosakan kompenon dalaman enjin.Kompenon dalaman susah rosak jika minyak pelincir dijaga dengan baik.Minyak pelincir kering,tak naik atau 2t kering(2lejang sahaja) adalah punca utama.Kebiasaan semua bersangkutan dengan masalah pelincir..

Punca minyak hitam kering <<

Barang apa perlu di tukar semasa overhaul motor


Gasket serta oil seal lama perlu diganti baru untuk elak masalah enjin bocor.Pemeriksaan pada semua bearing,shaft,gear,jika rosak juga akan digantikan baru selain kompenon objektif overhaul.Maksud saya komponen penyebab enjin di overhaul.contohnya blok jammed,crankshaft jem,bearing rosak dan sebagainya.


Berapa kos buat overhaul?


Kos buat overhaul motor cub pada  sebab musabab yang di ulas diatas biasa sekitar RM 400 dan lebih.Ia bergantung kepada jenis alatganti yang digunakan dan juga faktor susah senang kerja overhaul motor tersebut dilakukan.

Mulai hari di harap anda sudah faham kenapa motor anda nak kena overhaul enjin/perlu di overhaul. Jadi tiada lagi sangsi dan ragu kepada mekanik anda..sekian.

143 ulasan:

zarq perfume berkata...

ribuan terima kasih kepada penulis blog ini.. info yang sangat membantu dalam penjagaan motorsikal. tumpang tanya. jika saya ingin overhaul sendiri enjin motor saya, apakah alatan yang perlu ada? terima kasih..

Mad Malaysia berkata...

Sama-sama.
Nk overhaul motor apa tu..

zarq perfume berkata...

honda wave 110r

Mad Malaysia berkata...

OK,zarq dan juga kepada semua bahawa saya sanggup menyediakan set spanar mekanik untuk anda.spanar untuk overhaul motor
Brand pilihan saya yang sudah terbukti ketahanan.jika berminat sila hubungi saya.

- berkata...

motor saya sudah 2 kali buat overhoul sbb masalah enjin, kali pertama sbb motor tiba2 jam tak boleh jalan, selepas itu enjin nya bunyi bising dan terpaksa buat utk kali kedua, selepas 3 bulan masalah enjin bunyi lagi apakah saya perlu buat overhoul lagi, sedangkan kos nya amat tinggi pada saya

Mad Malaysia berkata...

Enjin bunyi bising menunjukkan ada error pada kerjanya.

Tak semua bunyi datang dari enjin tengah kadang kadang pada top sahaja atau klac mungkin jadi bos perlu jumpa mekanik yang mahir lagi jujur :)

Apa apa hal boleh bagi tahu saya nanti

Ross 5th berkata...

Salam. Saya ni baru-baru je bawak motor. So saya sekarang pakai motor kriss 110. Apa saya perasan sejak bulan lepas motor saya dah tak pickup & susah gila nak start. Kadang-kadang bila saya bawak ada rasa gegar-gegar. Mohon pencerahan untuk kes motor saya. Haritu saya ke bengkel katanya perlu ganti karburator tapi ikut pembacaan saya kena ganti clutch plate & piston ring. Boleh bantu saya?

Mad Malaysia berkata...

W'salam..

Susah nak start macam mana tu?
Start lus atau start OK tapi tak mahu idup?

Kalau start lus betul la motor nak kena tukar klac..tapi susah nak idup mungkin betul cakap pomen tu..

ariff farezuan berkata...

salam bro nak tanya kalau lc 135 overhaul semua dalam anggarab berapa ye bro

Mad Malaysia berkata...

W'salam..

Tengok barang apa tukar..upah overhaul lc dalam RM 150 mcm tu..

Muhamad Syazwan berkata...

Assalam abang,

saya pakai motor ex5, sejak dua menjak ni motor saya ada masalah la. mula2 moto jadi berat, lepas tu bila gear 1 dngan 2 motor jadi tersengguk2 la. dan y baru ni ada leaking minyak kat enjin. ada masalah apa tu ye. terima kasih

Mad Malaysia berkata...

W'salam
Mungkin motor syazwan gasket blow
Masalah macam ni kene buat top overhaul

Unknown berkata...

Motor CT120 sye nk crank start mcam ssah sikit kne pulas throttle baru boeh hidup.pastu bahgian enjin bunyi2 mcam tak smooth yg berulang.Nak kata minyak itam tkde dah tukar. Tpi motor dah dkat 10 tahun dah..tk pernah ovhaul. Karburator pon lama tk cuci rse nyer. Air filter lagi. Lagi satu saya bawak full throttle 22km 2 kali shari dalam sbulan ni. Ada affect tayar tak. Sebab mcam siang tdi saya bawak pastu lembik sikit saya gi pam patu patah balik umah 22km lagi. Biar kejap makan lepak tngok2 tkde angin terus. Apa salah saya eyh.

Mad Malaysia berkata...

Masalah awak pasal tak belanja saya makan kot.. haha

Ok,motor dah lama memang macam gitu,kurang smooth tapi takpa la dah tukar minyak itam tu..

Jalan jauh biasala tayar cepat botak,tu saja..

Tiba-tiba angin tak ada tu mungkin ada bocor halus atau cek kepala tiub juga..

Ok,harap selesai..hati-hati di jalanraya..

Safil Wahab berkata...

Assalamualaikum..tumpang tnye klau minyak enjin slalu kering.dan asap terlalu bnyak mengalahkan asap 2T knpe..perlu overhaul ke..sbb baru lps overhaul enjin...

Safil Wahab berkata...

Moto 125zr.

Marman berkata...

W'salam

Dah memang 125zr pakai 2t kan..tapi kalau motor tu keluar asap banyak sangat perlu la di laras balik 2t nya.

Kalau selepas overhaul,harap oil seal dipasang dengan betul..

Unknown berkata...

assalamualaikum..btl ke kalau overhaul lagenda fi part 100% ori boleh cecah 1k..block tukar terus..moto saya jem sblom ni..rod goyang...

mohamad alif berkata...

salam..saya nak tanya,saya mempunyai sebuah lagenda 115 first modal..masalah saya adalah bunyi letup di ekzos jika saya lepas minyak..spark plug saya dah tukar,tapi jadi jugak..kenapa ya?mohon bantuan dan penjelasan

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Boleh cecah kalau rod,piston,clutch,bearing,gasket oil seal 100% ori

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Cuba servis karburator tengok..

Mad Malaysia berkata...

Kalau tak jadi contact saya

Unknown berkata...

Kalau block calar macam mana ya ?

mohamad alif berkata...

ok..saya duk kedah..abg duk mna?boleh bg no fon..

Mad Malaysia berkata...

Rebore blok

Mad Malaysia berkata...

Terengganu..contact ada di fb
MarmanWorkshop

danial prolol berkata...

Salam bang, nak tanya, saya ada sym bonus sr, bila gear 4 , bawa laju, sampai satu tahap dia mati (tapi enjin still hidup) then tunggu lama2 dia boleh jalan balik, lepahtu, bila gear 4 saya pulas patutnya straight ahead dia gerak, but saya pulas dia lambat sikit nak jalan. Jadi ni kene overhaul ke bang?

danial prolol berkata...

Salam bang, nak tanya, saya ada sym bonus sr, bila gear 4 , bawa laju, sampai satu tahap dia mati (tapi enjin still hidup) then tunggu lama2 dia boleh jalan balik, lepahtu, bila gear 4 saya pulas patutnya straight ahead dia gerak, but saya pulas dia lambat sikit nak jalan. Jadi ni kene overhaul ke bang?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

tak perlu buat Overhaul..lebih kepada masalah clutch ni

Asri Arifin berkata...

Salam bang. Saya pakai lagenda 110z.masalah saya moto bergegar . Lepastu saya tnya kedai dia ckp cranshaft problem nk kne ovrhaul . Skrng bru lepas overhaul sya bwk masih ade gegar

Asri Arifin berkata...

Harap abg dpt terangkan

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Enjin gegar biasanya jadi sebab crankshaft,bearing enjin atau balancer enjin mcm lagenda ni ada la..ataupun enjin dgn body tak kemas

Selalu lagenda problem biasa dia pada bearing auto clutch(tak perlu overhaul)

Sekarang awk kena pergi balik refer mekanik tu ckp masih gegar..kalau dia baik hati tak perlu bayar tambahan lagi...

New Zul berkata...

Assalamu'alaikum,

Saya terlebih masukkan minyak hitam, bila tekan minyak, enjin jadi berat, gear 3 biasa boleh pergi 105, sekarang 80 je, gear 4 biasa boleh pergi 125, sekarang 110 macam tu je, jadi, nak kene baiki yang mana ye ? Karburetor ke ? Atau baiki gasket ?

Terima kasih.

Kerjasama anda amat dihargai

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam

Buang ja minyak hitam lebih tu lepas tu servis karburator balik dan kotak anginya sekali

Muhamad Daniel berkata...

Salam bang. Saya menggunakan yamaha lc v3. Motor saya terasa mendap dan berat. Terutama kalau mendaki bukit, top speed boleh pergi dalam 40km/h saja. Kalau jalan mendatar, pulas habis pun 80km/h saja. Saya baru lepas service carburetor tapi masalah tetap sama. Rasa rasanya apa masalah motor saya?

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam

Masalah hilang kuasa banyak faktornya seperti setting karb tak ngam,block loggar,clutch plate habis atau juga api tak kuat..

Kalau enjin motor en Daniel tak dengar bunyi bising,ekzos pun tak berasap en bolehla fokus pada clutch plate terlebih dahulu..Yamaha lc sila pastikan beteri kuat untuk lebih kuasa..

Boleh cuba tukar cdi dengan kawan kalau ada

Roberto Alvarez berkata...

Assalamualaikum WBT

Saya guna motor wave 125s...motor saya bergegar bila tukar gear 1 ke 2...gegaran jadi bila motor dipandu perlahan...apa yang boleh saya buat...Mohon bantuan

Terima kasih...

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam wbt

Bos chek dulu enjin dengan body..ketatkan kalau goyang
Lain hal kena check enjin bos..

Mohd Farid Ahmad berkata...

Asalamualaikum wrt
Saya punyai ex5 hi-power
Model thn 95
2015 dulu saya dah overhaul sekali.
Skrg saya duk repair sendiri skt2...
Pickup ada saya rasa ngan moto saya
Tp top speed takde
Habih pulas minyak pun 90kmh saje
Clutch plate dah tukar. Carb selalu servis.
Member kata kena pakai carb besar. Tp saya tgk kwn saya moto standard pun boleh pegi dlm 100kmh. Ngan sport rim lagi
Coil plug dan plug pun saya dah tukar.
Blok standard lg

Orang minyak berkata...

W'salam wrt

Ex5 standard memang macam tu top speed dia antara 90-100km/j saja..kalau dapat laju lebih sikit nasib la dapat enjin baik..

Kalau bos nak laju sikit boleh cuba karburator baru
atau pakai piston besar sikit..

Mohd Farid Ahmad berkata...

Trm ksh utk nasihat tuan
Saya ada terbaca diatas tuan menjual set alatan jika nak overhaul sendiri
Brp kos alatan tu tuan?
Saya ni pun baru je nak belajar buka enjin. Khatam dulu takat blok je

Mohd Farid Ahmad berkata...

Cadangan tuan pakai piston besar skt
Maksudnya saya kena pakai blok racing ke? Saiz 53 ok?
Saya ada blok 53cm hyper speed ni
Bila pakai blok besar skt ni boleh ngam ke ngan cam standard?

daman man berkata...

Assalam,motor Suzuki smash revo aye mkn minyak Hitam,kuar asap putih Dan motor semput,perlu top atau full overhaul Dan bape anggaran Kos..terima kasih

Orang minyak berkata...

Tentang sepana tu jika tuan berminat tengok laman contact saya dan whatsapp atau email.

2-boleh pakai blok 53' tanpa tukar Cam..takde masalah boleh ngam..

Orang minyak berkata...

Wailaikumsalam

Buat top 0verhaul tak abis rm 300..rebore blok,grind valve,valve seal,gasket,4t

DEVA berkata...

Bos ... Buat overhaul untuk motor wave 125 brp ye .. bos duduk area mana ?

Orang minyak berkata...

Saya area kuala terengganu bos..stanby $600

halim saadun berkata...

Salam bang, saya menggunakan motorsikal kriss 110. Pada minggu lpas motor byk mengeluarkan asap. Tetapi pomen suruh ley blok. Betul ke itu cara nya? Dan selepas ley itu apa yg patut dilakukan. Mmg tak boleh bawa laju ke mcm mana?

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam

Betul la tu,rebore blok dan grindvalve sekali tapi tak perlu overhaul.

Lepas rebore tu running in dalam 2 minggu bawa perlahan ja bagi barang serasi

Razin Rafif berkata...

Assalam bos,tumpng tnya moto ex5 sy haritu tgh bwk tiba2 bunyi terok lepstu tk boleyh start..Skunk tmpat start keras..Tu jem ka?Stu lagy sy nk kna ovahal ka top ovahal atau tukar brang yg rosak?Membe kta piston rosak dgn rod?Maaf pnjang...Mintk pencerahan ya...Trima kasih👍

Orang minyak berkata...

W'salam ..

Rasanya dah jem tu..kalau rod jem kena overhaul bos

Miey Ringgo berkata...

Assalam... sy memiliki sebuah honda c70 yg dh cnvert ke Ex5.. gear4, head block Ex5, klac honda c70.. mslah nya gear satu pickup cun.. gear 2,3,4 gear dh jdi lmbat pickup.. jdi mcm mtor ego pulak.. bleh jelaskan x. Apa msalh motor ni.. 😭

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam,

Haha..iya ka,ke overhaul balik la tu kot masuk barang besar lagi..

xii bik berkata...

salam bang, minta tunjuk ajar sikit hehe, saya ada motor skuter egolc yamaha 125 first model, apa masalah kalau asap putih n bunyi bising kat dlm enjin, sblm tu motor kadang2 beasap putih jd saya top overhoul terus ganti blok race(kawan bagi lengkap tggl pasang) siap pasang hidup cuma beasap putih dan bunyi bising apa masalah dia, skrg motor parking dlm bilik mcm bengkel xsiap hkhkhk, makasi bang

Orang minyak berkata...

Salam,
Haha..bengkel x siap macam mana tu..:)
Rasanya blok tu bermasalah..kalau terpaksa kena rebore..

Ikhwan Ilhami berkata...

Salam...
Bang nak tnye ckit sye ade moto kriss 100 enjin same ex5...sye bru tukar blok 56 n sye pasg head racing n sye tukar ekzos racing utk bgi angin keluar ngan selese coil api sye pasang kozi cdi apido spark plug brisk racing punya minyak itam semi sintetik ...tpi carb sye tak tukar sye pakai standard sbb sye travel jauh nak jimat minyak...moto sye masaalahnye bwak paling laju 100km/j je...mase pakai 53 moto bleyh paling laju 115km/j lpas tukar 56 moto jdi slow...ape masalah bleyh mintak pencerahan ckit...clutch plate pon sye bru tukar ori honda ex5...cam standard...sye travel penang to johor...lpas pde tu sye rase berat ckit motor n sye pnya rod pon bnyi...klaw rod bnyi dia jejaskan speed moto x...ok thanks..

Orang minyak berkata...

Walaikumsalam,

Banyak dah tukar tu..:)

Ramai yang pakai macam tu,blok racing n karburator standard..ok juga boleh lari 120/j tapi pickup ja kurang sikit..perlu set karburator cantik-cantik ..up mainjet sikit..:)

Rod kalau longgar memang ada efek pembakaran..jadi knocking dan sebagainya..dan lagi paling takut boleh pecah bearing dan jem tengah jalan..
Piston besar bagi seting berat sikit untuk jalan jauh supaya tak mudah tangkap rod..ok harap jelas
Terima kasih sudi datang!

Unknown berkata...

bro skru penutup untuk buang minyak hitam patah separuh tinggal dalam macam mana nak bagi keluar ?

Mad Malaysia berkata...

Boleh buat,takyah overhaul pun takpa..drill dan buat tred

Kilat Studio berkata...

Salam,

Saya ade motor lagenda 115Z, Tahun 2011,
selalu bwk moto rase macam nk melayang, pickup dah x bpe best, pres minyak tp xbpe laju boleh pergi..and moto bile enjin hidup rase bergegar..
perlu tak sy buat overhoul? dan jenis overhoul yg mcm mana perlu buat..dan berapa estimation harga klu saya buat overhoul utk lagenda 115z..

Terima Kasih

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Bos boleh cuba tukar clutch dulu tengok macamna..kos dalam rm150 bawah..dan tukar spoket sekali jika perlu :)

Jajim Jijam berkata...

Assalamualaikum bang.. sym 200cc skuter tiba2 enjin mati.. minyak enjin kering sebb bocor.. nk start dah x boleh.. dia macam xdak power.. signal pun jadi macam short... Pomen kata piston rosak.. dan perlu overhaul.. cost dlm 1k lebih.. mohon penjelasan dan bantuan abg.. trima kasih

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,
Terima kasih kerana komen :)

Motor yang awak sebut tu memang barang dia agak mahal dari motor jenis lain.Tukar kunci pun boleh kena beratus ringgit.

Piston rosak tak perlu Overhaul kecuali ada barang pecah masuk dalam enjin tengah.kalau rod 'jem' baru kita overhaul.Jika bos boleh jumpa bengkel sebetulnya,bos boleh jimatkan separuh dari harga tu..

Hazwan Cool berkata...

nk tanya kalau moto trotthle habis pstu mati...kenapa eh?

Repair Motor berkata...

Kalau jalan perlanan maslah tu biasanya karburator nk kena servis,kalau laju mati karburator jugak tapi perlu setting..kalau motor 2t kena chek 2t jalan kalau biar nanti boleh jem rod dan kena overhaul :(
Terima kasih hadir..:)

Khairul 881020 berkata...

Salam bang..kalau tgh maik motor ada bunyi tek.tek.tek tu tandanya sy kena overhaul ke top overhaul.mohon pencerahan.t.kasih

wani kimlan berkata...

Salam ... Nak tanya .. Sy pakai motor honda wave .. Tdi tiba2 motor saya tk boleh start .. Sy start pakai kaki .. Dia jadi mcm loss .. Bila nk start tkde tekanan ... Nk tau mslh apa ye ? Masalah plug ke ?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

1-klac habis
2-jem ring piston

Kalau sebelum ni ada masalah motor jalan lambat dan kadang bila enjin sejuk jadi lus,tu kena buka bahagian klac-tukar klac baru.

Kalau pernah jalan laju tiba motor mati berkemungkinan piston dah jem-kena buat top overhaul.

Ok,harap terjawab dan terima kasih memberi komen yang baik..:)

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

Bunyi tek3 kat mana tu kena pastikan betul,selalunya motor 4-stroke tu masalah tepet longgar,boleh hantar bengkel ketatkan valve-murah ja..

2-mungkin juga bahagian luar roda, rantai spoket,brek-nak tahu tongkat 2 motor dan pusing roda depan dan belakang,dengar ada bunyi tak..terima kasih mampir ke mari :)

Unknown berkata...

Assalam boss..nk tnye kalau moto sy tibe2 drop speed (mcm tersengguk) bila tengah top speed lepas tu berasap sbb ape ye?tnye bengkel pomen ckp piston kena tukar..skali dgn rod..kira buat overhaul terus..betul ke?kos buat semua tu(overhaul,tukar piston skali oiston ring,tukar rod,valve,grind valve,rebore,mnyak hitam + servis kaburetor) rm850 termasuk upah..katanya pakai brg ori honda..sy pakai dash v1..logik x harga tu?

DrBarack(M.A.T) berkata...

Salam bos, enjin motor saya tetiba berbunyi selepas saya bawak laju. motor tetiba slow lepas saya top speed lepas tu boleh bawak balik tapi keluarkan bunyi. jadi kalau saya nak ke kedai baiki.. berapakah kosnya bos? motor saya lagenda 110 z.

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Harga tu memang logik bos untuk kos membuat overhaul dan barangan yang disebutkan itu..tapi mengenai masalah yang bos terangkang di atas saya cadangkan bos buat servis biasa terlebih dahulu iaitu servis karburator,air filter dan tukar spark plug..


Terima kasih hadir dan komen yang baik :)

DrBarack(M.A.T) berkata...

Salam bos, enjin motor saya tetiba berbunyi selepas saya bawak laju. motor tetiba slow lepas saya top speed lepas tu boleh bawak balik tapi keluarkan bunyi. jadi kalau saya nak ke kedai baiki.. berapakah kosnya bos? motor saya lagenda 110 z. pegi kedai haritu dia cakap piston ada masalah. tapi boleh bawak lagi kalau tak nak tukar. cuma minyak hitam kena jaga. jadi adakah betul? dan apa yang perlu saya lakukan..

Muhammad Syuaib berkata...

Assalammualaikum bang.. sy baru lps overhaul wave 125.. tpi speed dia da x sama yg asal kenapa ye?? Seblom overhaul dpt 140km.. lepas overhaul nk smpai 100km pon pyah.. harap ad penjelasan tq...

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Kalau betul piston lambat laun perlu buat juga sebab akan timbul masalah lain pulak kalau dibiarkan..buat top overhaul dan rebore blok.

Tapi sebelum tu boleh cuba pergi kedai untuk periksa tepet atau rantai kecik..

Terima kasih hadir dan komen :)

tokngulugeting berkata...

Assalam.. tuan.. nak tanya, moto saya honda wave 125s. Baru tukar elektronik dan cluth plate dalam 3 bulan. tp moto jadi kurang pick up. Utk pengetahuan usia moto dah hampir 10 thn. Belum pernah overhaul.. adakah saya perlu overhaul dan apa yg perlu saya tukar? Terima kasih..

honda king berkata...

Salam.. saya ni tnye.. saya baru pakai lagenda 115 fi.. tapi baru sebulan.. moto dha mula rasa berat.. tukar minyak itam pon.. sama jadi.. boleh bagi tahu tips mcm mna

Unknown berkata...

Assalamualaikum, saya nak tanya, head motor wave 125 saya leaking, saya bukak tukar semua top gasket, tapi leaking jugak, lagi teruk motor tak hidup, apa perlu saya cek balik bagi hidup dan tak leaking, mungkin x hidup sbb plug kong ke?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,
Minta mekanik check balik bahagian top overhaul..blok,timing,valve clearance,karburator sebagainya..

Terima kasih kembali

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,
Tak perlu overhaul tapi buat top overhaul..rebo blok,grind valve..
Tukar auto klac dan set spoket

Terima kasih hadir :)

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

Tak silap masih ada warranty dalam tempoh satu bulan ni..hantar motor ke kedai yang dibeli,minta mekanik check..
Biasanya boleh selesai dengan membuat valve clearance dan laras tuning fi.

Terima kasih hadir dan komen..

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

Pertama pastikan bukan masalah elektrik(plug,coil,kunci,wayer)

Jika masalah leaking juga cuba tukar blok.

Ok,terima kasih hadir dan komen yang baik :)

johnny berkata...

Mad Malaysia. Boleh dapat brader punya nombor phone tak. Dia mcmni, moto saya dah turunkan carburetor. Dah kasi cuci siap bukak pelampung lagi, yg warna oren tu. Spark plug dah tukar baru, masih tak boleh start lagi. Carburetor dah pasang balik. Bateri masih ada power. Tempat starter kaki tak jem,dia tak stuck/keras. Jadi apa lagi masalah ya? Cek2 balik minyak petrol tak turun jadi saya betulkan supaya dia turun. Dekat bahagian carburetor. Tapi dah pasang semuatu, masih tak boleh start.

Unknown berkata...

Assalamualaikum bang,saya pakai kriss 110 and haritu dalam beberapa minggu time saya nak start motor rasa loose lepastu kene tunggu lama sikit baru boleh start and saya tanya pomen kedai kene tukar bearing and kawan saya cakap kene tukar clutch plate.Yang mana satu eh yang betul?

BLACK MASK berkata...

Salam bang,saya nak tanya motor ex5 saya ada bunyi masa drive,masa start motor takde pulak bunyi bising.Apa yang perlu dibaiki?

syazwan azmi berkata...

Assalamualaikum,

1. Sekarang saya sendiri tengah buat overhaul untuk moto kawasaki ninja rr 150, sekarang ni saya ada masalah untuk keluarkan primary gear dari crankshaft disebabkan terlalu ketat. Apakah kaedah/tool yang paling sesuai untuk saya guna tanpa merosakan gear dan crankcase. Gear puller pula saya dapati tak cukup ruang untuk masuk dibawah gear disebabkan ruang antara gear dengan crankcase terlalu sempit.

2. Nanti sebelum pemasangan enjin kembali, adakah crankshaft perlu dibuat balancing? dan adakah jarak crankshaft dengan crankcase perlu dibuat ukuran jarak? (tolerance menggunakan feeler gauge)

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Dua-dua betul.Biasanya masalah start loose,kita buka clutch dan tukar clutch plate dengan bearing clutch auto sekali.

Tapi kriss ni ada satu problem berat jugalah,gear dalam rosak dan kalau nak repair perlu overhaul.

Moga terjawab

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Masalah macam ni kita kena periksa bahagian luar dulu

Pusing roda depan belakang untuk periksa bearing tayar rosak atau tak.

Tukar satu set rantai spoket.

Kalau berlanjutan bahagian dalam enjin,kena pomen test

Ok,terima kasih hadir dan komen :)

Unknown berkata...

Salam bang nk tnya..moto ex5 sya bunyi ting ting..bukak tgk blok calar...minyak xnaik..da tuka oil pump blok da rebore...da siap buat smua ada bunyi ting ting lg tp kurang la bunyi nya mcm sebelum ni..cek minyak hitam naik kt tepek..pomen ckap mungkin mmaterial blok sebb blok cap ayam je..betul ke

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Ya,kadang masalah macam gini memang ada,selalu blok baru jenis racing.
Nak selesaikan kena cuba rebore blok tu.

Satu lagi punca bunyi tu ialah pada Chamshaft,cam racing kalau bunyi tak boleh buat apa..memang stail dia :)

aizatdanyal yusof berkata...

Salam bang, nak tanye la.. Awat moto ex5 saye time top ja enjin bunyi mcm nak pecah dah..😅

Repair Motor berkata...

Itu tanda-tanda enjin nak kena upgrade lagi tu 😃

Unknown berkata...

Assalammualaikum admin. Saya pengguna lagenda fi. Saya sekarang guna blok piston saiz 55.5 . Headblock daa buat scheme semua. Compress tak terlampau padat tak terlampau lembut. Memang ngam ngam soi. Plag perang. Pembakaran kat piston hanya dibahagian tengah sahaja. Okay sekarang masalah nye knocking tetap ada. Half throttle knocking. Pastu petik gear 4 lagi melarat knocking dia. Kenapa yee tuan ? Saya harini jee daa bukak 4-5 kali headblock tuu. Kalau ada bocor kat blok mesti daa tau punya. Sekarang tuu jee problem. Tak jumpa apa punca knocking. Tolong saya yee tuan😭

tokngulugeting berkata...

Salam.. tuan.. saya dah buat top overhaul.. saya nak tahu berapa lama tempoh "running in" ya? Berapa ribu kilometer ya? Terima kasih.. tuan..

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Tempoh running biasa kalau motor pegi balik kerja dalam town kl ja misalannya dalam masa 2 minggu..kalau nk ikut meter buat 1000km

Ok terima kasih hadir dan komen

Unknown berkata...

Salam bro.. minta tolong..kenapa moto time nk amik lap hilang kawalan ? 3 tahun dah pakai motor ok je..last2 semalam 2 kali jatuh dlm sehari😑.. pasir ape x dak pon...masa lap tu..motor jd mcm tah la..mmg x leh nk kawal.. last2 lepastu bawak semua slow2 je..payah gitu..

saharuddin md radzuan berkata...

Assalammualaikum boss, minta pendapat, motor saya lc v1, dh sthun lbih xservis selain tukar mnyak hitam memang buat stiap bulan. Sekarang ni, motor jadi cepat off bila start plus, minyak hitam pun ada leaking. Mana patut saya buat, memadai tak kalau top overhaul je? Terima kasih membantu.

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam
Ya buat top overhaul baik la..tukar gasket servis,grinvalve dan tukar valve seal juga..ring piston kalau tuka lagi cantik..

Ok terima kasih kembali

WAN MUHAMMAD HANIF ROSLI berkata...

Assalam. Kalau motor medenas 100 berapa ?

darwis berkata...

Assalamulaikum bang, saya pakai moto wave 125 , ekzos standard, carb ts , kotak angin pakai botol je.. malasah saya bila time masuk gear 3 dia tak pergi sangat and bila time hujan pon sama macam mendap pon ada..risau nak poton kete 🤣🤣..
Thnkyou !

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Angin tak lepas kot..bagi dia nafas banyak sikit atau set open ja..:D

zul hafiez berkata...

Assalam .
Sy ade lagenda 110 .
Baru lepas tkar carb wave 125 , block racing 56 , cam ikk racing ,clutch , spring racing. Tp msalah nya boleh pegi 80kmh ja? Dri mna pnca dan apa mslh nye ye? Terma kasih

zaki daud berkata...

Salam boss. Moto saya minggu lepas time bawak tiba2 dia xde power. Pulas throttle dia tak jalan. Saya berhenti tepi jalan, free gear bila pulas dia xde bunyi, rantai tak jalan. Lepas matikan enjin, hidupkan semula. Motor kembali kepada keadaan normal. Saya tukar minyak hitam ingatkan jadi baik. Selepas drpd tu ada dua kali terjadi berda yg sama. Dan ari ni. Motor saya tak bole nk hidupkan terus. Force start pown tak jalan. Tolak laju2, masuk gear satu pown tak hidup dah. Bila prg ke kedai, pomen kata api tak de sampai. Magnet coil yg rosak, kos repair dalam 200++
Adakah cuma mslh magbet coil. Atau ada masalah2 lain sekali boss? Perlu tak buat full overhaul motor tu? Motor tahun 2011, model modenas ct110

AZMAN Malie berkata...

Salam bro... moto modenas gt128 enjin bunyi kasar, motoroil lecking, asap putih, dan terbaru moto dh tak boleh hidup.adakah moto tak hidup berpunca dr masalah tersebut?

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Gambaran bos bagi nampaknya motor tu takda masalah berat tak perlu overhaul,
dan lagi satu mekanik dah check tak ada api sampai tu berpunca dari sistem nyalaan saja..coil magnet salah satunya.

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam bro

Ya perlu buat top overhaul

Pak jabit berkata...

Salam bos, saya ada ex5. Masalah motor saya adalah berat dgn top speed 80 je. Bulan lepas saya dah top overhaul. Khamis lepas saya dah cuci kaberator, tukar spoket 33-14 dgn tukar air filter. So, masalah berat tu dah hilang. Cuma saya nak tau kenapa top still sama? 80 je perah la mcm mana sekalipun. Gear 1 pun dpt tarik pendek je. Apa lagi yg perlu saya ejas ye bos? Minta tunjuk ajar sikit. Terima kasih bnyk bos.

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Ex5 standard memang macam gitu la bos..purata 80-90km/j..kalau lebih sikit kira nasib baik la..bos boleh cuba part klac pulak

Shahril Mohd berkata...

Motor saya jdi mcm ni tegah bwàk dià mati nak stà x bòlèh kena sejuk baru hidup sekarang ni terus x hidup kenapa ye

MOHD.FARID JALALUDIN berkata...

salam bos nak tanya saya pakai motor lagenda 110z ..dah lama tak guna..apa yang saya kena buat nak hidupkan balik motor tu...

Azim Hanafi berkata...

Assalam..sy baru beli motor lagenda 110z secondhand..lps 3 hari beli baru perasan ekzos berasap..enjin tiada bunyi..sy perlu overhaul ke?brp anggaran kos baiki?
than lg satu..moto senyap je kalau naik gear 1hingga gear 3 tapi kalau masuk gear 4 dia ad bunyi..adakah sbb rantai

Unknown berkata...

salam bos nk tnye sy pkai lc v1 nk start xbley keras .tu jem ape erk .sbb sy ram lbih trus jemm..sila bgi jawapan tlongg

Jeritanbatinku berkata...

Salam nak tanya lah... Saya pakai moto modenas ace 115... Masa bergerak aritu tibe2 moto jd lemau... Speed turun mendadak... Tp x stop lagi lah masa tu... Lepas tu enjin bunyi ketik ketik.. dan masa otw balik rumah lak moto saya slow2 perlahan sampai mati di tepi jalan... Crank pki starter ngn kickstart kosong je.. tgk plug pun dah x elok... Adakah itu salah satu cici piston calar?

KR555zal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Ya..kejadian macam adalah salah satu contoh enjin jem
Bos kena buat top overhaul utk check selanjutnya dan repair

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Habislah bos..jem la tu..

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Kalau berasap lepas start saja tak apa bos tu standard lagenda la..banyak berlaku..tapi bila dah pusing lama2 tapi banyak asap juga tu kena buat top overhaul lah.

Tukar set rantai baru..kalu still sama kemungkinan besar betul puncanya gearbox

Repair Motor berkata...

Rasanya saya ada tulis tentang tu..boleh bos cari dalam blog ni

Hafiz Zulkifli berkata...

Ye kejadian yg sme mcm sy smlm..tpi masih boleh bwk slow2 dlm 60 ke 80 ..kick start msih brfungsi.. dh tukar mnyak hitam gn filter ..msih brbunyi jgk ketik ketik tu ..brpe anggaran top overhaul bos utk lagenda 115

Unknown berkata...

salam, same kes dgn motor lagenda 115Z sy tahun pun same 2011.
motor kurang pickup dn bergegar bila enjin hidup. sekarang ni ade leaking di bhgian head, minyak hitam nk kne sllu tambah. adakan perlu overhaul ataupun just buat top overhaul je dn brapa kosnya?

Repair Motor berkata...

Kos anggaran overhaul lagenda dalam 500-rm700

Kayu Jati berkata...

Assalamuallaikum motor sy nouvo lc...ada bnyi bising dekat bahagian kipas dekat engine..motor xde semput..pickup ok..meter pg lgi 110...

Unknown berkata...

As salam tuan motor sya honda 70 start hidup pulas mnyak enjin mati, kaburetor dah tukar baru, head dah grandvalve, tp msih sma apa masalah bos

Shah Pdns berkata...

Salam.motor wave saya ada bunyi kruk2 dkat dalam enjin. Piston ring block bru.cam pn baru.try goyang rod,ok xde goyang.mngkuk clutch bru revet.bnyi apakah itu????

Jacky Teoh Boon Leong berkata...

Bro, nak tumpang tanya,

Motor saya SYM SportBonus SR 110, dua minggu lalu, motor saya menghadapi masalah berikut.
bila bawak motor sampai satu tahap kelajuan example : 30km/h , engine akan kehilangan kuasa (rasa macam tak dapat sedut minyak) , engine tak mati walaupun berhenti. Bila hantar kedai, pomen confirm masalah valve. Buka engine, check, satu batang valve hitam, banyak carbon kat sekeliling.

Lepas tukar, semua ok balik. Tapi bila bawak highspeed example : 90km/h, kalau tiba tiba perlahankan kenderaan, lepas tu nak tarik minyak untuk menambahkan kelajuan, motor akan mengalami masalah 3 saat kehilangan kuasa , lepas tu ok balik (rasa macam tak dapat sedut minyak)

Apa masalah agaknya ? Valve lagi ke ?

Terima Kasih.

mohd izam abd maliK berkata...

Assalamualaikum...tumpang bertanya.saya perasan minyak itam motor sy akan menitis semasa mtr parking. Dan semalam bila sy tukar minyak itam. .yg tinggal hanya separuh daripada yg sy masukkan sblm Ini. Apa yg perlu sy lakukan? Sy guna ex5 dream. Sy juga xpasti minyak itam itu keluar dari mana. Tp ianya menitis disebelah bahagian magnet.

Unknown berkata...

Salam,motor sya gt128 minyak enjin cepat kering dan ekzos keluar asap putih dh 8tahun motor tu apa yg perlu dilakukan?

Mohd Rashidi Abdul Rashid berkata...

Salam bos..sy pakai kriss 110 dh masuk 20 thn..baru ni enjin jem tepi jln..so nk tanya brapa kos nk overhaul balik dan berbaloi tak repair overhaul..takut nanti dia akan jadi balik...masuk ni dh 2 kali overhaul

hardy berkata...

motor aku pn sama 115z tp xdela begegar.cuma pickup kurang minyak hitam ade kt head tp x leaking.lps cuci motor dalam sebulan kt head tu bekeladak gn minyak.bila park tgk xde leaking pn minyak.so bro dh buat ape kt motor bro tu?top overhaul?

Ismail Mohd Anuar berkata...

Assalamualaikum bang..saya pakai kriss mr1..problem dia bila bwk slow mcm sangkut kat jem motor jdi semput..klau brenti trafik light enjin mati..dah 3 workshop pegi..2x tukar plug skali servis karburator tp still mslh sama, slow semput tp top speed ok..yg workshop last ckp klau jdi lg kena grind valve..mohon penjelasan sbb smua workshop yg pegi mcm nk x nak je repairkn..awk nk angkat moto bru blm rezki lg :D

Kyo Yamaguchi berkata...

As'Salam. Tuan, nk bertanya motor sy LC135 V1. Sebelum ni motor ilang power dan ade sedikit bunyi dan sy telah gantikan Fuel Coil motor ade perubahan sedikit dr segi power dan starter pn dh bleh pkai. Tp power motor masih belum sama seperti sebelum ni throttle pulas habis pn Kriss selambe je potong haha, 4T Oil kerap kurang, injin xde bunyi ape2. tuan rase sy ptt bt top overhaul ke atau overhaul. (motor x penah top overhaul atau overhaul sejak beli 2007).

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam tuan,

Kalau setakat nk cari power yg hilang serta mslah 4t kurang tu tuan boleh top saja tak perlu overhaul.Tukar ring,valve seal,timing chain dan grindvalve..bukak sekali klac tukar plate.jangan lupa gunakan barang ori atau berkualiti

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam bos
Overhaul la bos kalau perlu sayang motor tu..kos overhaul tukar ros kriss dalam rm500 kebawah

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam bang
Mungkin tepat apa kata mekanik tu berpunca masalah valve bocor..memang tak ada timing.satu lagi kalau tak lupa mr1 ni pakai power bateri kan,kalau bateri lemah enjin pun ikut lemah gitu..

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Nak hilangkan masalah asap tu bos buat top overhaul saja..seperti rebore blok

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Rasanya oil seal sebelah magnet bocor tu..boleh tikar dari lua ja bos..

Mad Malaysia berkata...

Kalau masalah valve biasnya timing tak lekat.Ini nampaknya macam mslah karburator je bos..servis karb dan check sekali minyak dari tank turun cepat tak

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Check juga sebelah magnet bos..

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Motor c70 ni selalu juga masalah spoket timing kecik lari (longgar)..check timing dulu tengok

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Haih check cepat2 bos takot skru kipas longgar

Ikram.almuslimin berkata...

Motor saya kriss 120 mempunyai masalah enjin berbunyi ketak3 yg agak kuat. Mula start bunyi slepas enjin hampir2 jammed sbb lambat tukar minyak hitam & bawa laju dlm 120km/j. Tapi skrg dah pakai 4 tahun masih ok lagi. Cuma enjin masih bunyi ketak3. Perlukah saya buat overhaul?

Turui Ku berkata...

Motor sya ss110-1 kena turun 2 kali dlm masa 2 minggu.1-sebab tukar connecting rod(longgar).disebabkan cara kerja mekanik tidak cekap,motor sya rosak pada alur bebenang skru pada cranshaft sebelah mangkuk autoclass-saya buat bebenag baru(tidak sama dgn original)selain itu-2T seal rosak,salah satu tiang pada mangkuk class plate patah,headblock seal koyak tekan angin keluar.semua masalah ini tidak diberitahu oleh mekanik.Motor saya mula kurang kelajuan,pickup,minyak 2T-cepat habis dan bunyi bising.semua kos RM500/-.Selepas 2 minggu saya hantr ke lain mekanik dan mengesan kesilapan tersebut.Kita buka enjin untuk kali kedua untuk baiki kerosakan tersebut-Kos RM780/-.1 minggu kemudian motor saya mengeluarkan bunyi bising pada enjin dan block.Kita hantar balik ke mekanik tesebut untuk double checking.masalah tidak selesai.Minta bantuan saudara yang faham.Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.Kita sangat sayang motor ini dan tidak ingin membeli baru,hanya untuk kenal pasti masalh,sebab dan baiki.Terima Kasih.

Mokhtar berkata...

Salam.
Semalam saya ride Modenas GT128. Dalam 120km/j, tiba2 lost power dan enjin mati.
Try start, starter kick jem. Starter electrik hanya bunyi klik sahaja..
Apakah masalah motor ni ? Terpaksa tolak dlm beberapa km letak kawasan yang selamat.. huhu..