Spanar buka skru enjin motor guna impact

Salam pembaca,

APA khabar pembaca CKP,hari ini kepada pemula mekanik motor kita, saya ingin kongsikan asas penggunaan spanar  untuk membuka skru pada enjin motor khasnya kerana bahagian ini mungkin paling rumit untuk anda godekkan. Misalnya hari ini anda terasa boring tak ada kerja nak buat dan terasa pula nak buka enjin motor tapi tahu cara nak buka enjin motor tu.Inilah berita baik untuk anda,katakan hari  anda nak cuba membuka klac untuk tukar alat ganti atau saja nak buka tengok apa barang yang ada pada bahagian tu maka spanar alatan tangan jenis apa yang digunakan?sebab mungkin anda sudah mencuba dengan sebatang skrudriver tetapi gagal :p
Hah,lihat dibawah ini..

Gambar impact driver
Impact Driver set

Membuka Skru Jenis Philip Pada Bahagian Enjin Motor


Normalnya Skru  Philip(bunga) ada bahagian enjin agak ketat untuk dibuka dan cara yang paling tepat ialah dengan menggunakan spanar pemaksaan iaitu Impact Driver.Cara menggunakan Impact Driver ialah anda perlukan bersama Pengetuk(Hammer).




Impact Driver mempunyai kunci 2 arah.Bagi membuka skru kasar silalah gunakan mata /paku impact jenis kasar.

Cara Guna Impact Driver

Gambar ilustrasi impact driver


Dengan menggunakan Hammer, ketuk pada bahagian atas Impact. Sebelum mengetuk sila tekan impact dan pusing ke arah lock kiri(lawan jam) dan lepaskan.Sekarang ini Impact Driver dalam berkeadaan bersedia untuk membuka skru.Sekali lagi,pastikan sudah lock ke kiri dan lepas.Sekarang ketuk dengan padu kira-kira seperti mengetuk paku 2 inci pada papan.Jika betul caranya maka skru enjin akan berjaya dibuka.Berhati-hati juga semasa menggunakan Impact Driver kerana kesilapan akan membuatkan skru lus/rosak.sekian.

Tiada ulasan: