naik motor rxz pergi pasar


Motor untuk ke pasar rxz atau moped


Sembang-sembang kosong mengenai motor ada bakul dan motor tak ada bakul mana lebih mudah untuk pasar

Bakul ,basket atau raga adalah satu kemudahan yang besar bagi kita pengguna motor.Senang isi barang-barang pasar,ikan,sayur atau apa-apa saja.Cuba bayangkan kita ke pasar dengan motor rxz atau superbike apa barang dapat dibawa pulang.Bolehlah ikan kembong 5 ekor dengan sayur 1 ikat selit celah handle tu..nak lebih tak dapat dah nanti nak perah minyak takut berterabur pulak ikan kat tengah jalan..
Tapi tak apa usah risau,tak perlu jual rxz tu walaupun motor tu tak boleh pasang bakul. Bagi motor jenis tangki minyak duduk kat atas ni ada pula alternatif lain,boleh gunakan beg atau kotak isi barang tambahan seperti buatan GIVi.Kadang-kadang itulah ramai kurang berminat pula cara tu.Dah tu nak buat apa? Time nak pergi pasar tu pakailah beg sandang,atau beg tank kalau bergaya sikit.Balik dari pasar nak pecut full throttle pun tak mengapa.Itulah antara jalan penyelesaian bagi motor tak ada  bakul tapi tetap nak isi barang.

Jadi kelebihannya untuk ke pasar atau ke kedai adalah kepada motor jenis  moped yang boleh pasang bakul dekat depan tempat duduk.Motor yang boleh simpan barang bawah seat seperti  skuter pun tak kurang hebatnya.Honda c70,ex5,yamaha lagenda,lc 135,y125z,suzuki smash,modenas 110,dan banyak lagi motor moped yang boleh dikargokan.Tengok skuter modenas Elegan berapa besar ruang isi barang dia..1 tong ikan boleh sumbat kat dalam,tak cukup lagi boleh gantung kat depan pulak dengan kat handle skali pastu jadilah macam motor bai roti..ha ha
Jangan marah aa bai.--tak sanggup tukar tayar belakang motor bai pancit :D
Ok lepas ni boleh la cuba-cuba tengok kat kedai sparepart motor tong isi barang macam kat bawah ni;
gambar motor




Keseronokan atau kemudahan

Jika anda nak beli motor baru  anda pilih keseronokan atau kemudahan?.

Macam tak best je soalan,ok begini..Rxz atau 125z? Tapi ingat kedua-dua motor ni senang hilang dipasar(top rank motor di curi).


Terima kasih sudi membaca sembang-sembang kosong tentang motor yang paling mudah bawa barang pasar.insyallah bertemu lagi kita dilain rancangan-salam+


gambar motor

Tiada ulasan: