motor 4 stroke enjin kasar bunyi bising


Soal jawab Kenapa enjin 4 stroke enjin kasar berbunyi bising setelah lama digunakan

Artikel ini terkecuali motor baru enjin kasar;

Ex5,lc 135,modenas kriss,skuter ego adalah antara motor 4 stroke paling popular di Malaysia dan motor tak guna 2t ini mempunyai genarasi pelapis keluaran baru yang semakin meningkat popular pada masa sekarang seperti keluaran Yamaha y15zr dan Honda rs150 semakin memeriahkan jalanraya.Mungkin disebabkan rupa bentuk yang cantik  menarik atau lebih jimat guna minyak menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan ramai.Akan tetapi seperti biasa setelah agak lama diguna pakai masalah kerosakan akan timbul dan masalah yang paling popular ialah masalah enjin kasar berbunyi bising.Bunyi kasar serta bising pada enjin semestinya berpunca dari mekanikal enjin yang bergerak berkerja kurang baik.pada asalnya motor baru keluar kedai enjin senyap kerana semua komponen enjin masih baru,lama kelamaan digunakan pengguna mula dapat dengar bunyi kurang enak pada enjin motornya.kenapa enjin motor berbunyi bising sehingga memberi rasa kurang selesa kepada pemilik?

Jawabnya tentulah kerana banyak komponen enjin sudah haus.Mengapa pula komponen enjin boleh haus rosak sedangkan sentiasa jaga minyak hitam tukar sebulan sekali?Jawabnya kalau tidak masakan boleh dijual habis sparepart motor kat kedai:)
Apa pun menjaga minyak hitam,guna minyak hitam yang baik dapat melambatkan proses penghakisan komponen enjin motor dan enjin pastilah sentiasa senyap.
gambar enjin
Mekanikal enjin 

Bunyi bising semacam mana didengar pada enjin motor yang dikira tidak normal


Bunyi kasar dan kuat! Bukan bunyi ekzos ya tapi bunyi enjin motor.Contoh Honda ex5,selalunya tahun pertama pakai ok dan keadaan mula berubah pada tahun kedua,enjin mula berbunyi seperti bunyi benda bergesel dan juga bunyi tit...tit..tit..gitu.Lebih parah lagi ada bunyi seperti orang bertukang,inilah yang dikatakan bunyi enjin tak normal.

Kebanyakkan motor 4 stroke enjin bunyi bising  berpunca daripada bahagian injap injapnya,timing chain(rantai kecik) serta roker arm(tepet) termasuk camshaft.Ini adalah perkara normal bagi motor yang dah lama diguna pakai.kelegaan injap dengan tepet perlu diselaraskan semula setelah bukaan kelegaan menjadi besar(tepet longgar) dan bunyi kedengaran tit tit tit.

Timing chain pula mempunyai alat penghalang kendur secara automatik iaitu Tensioner.Timing chain terlalu kendur menyebabkan fungsi tensioner terbatas lalu timing chain berbunyi seperti benda bergesel.Perlukah ditukar tensioner?tidak! Sebaliknya tukar timing chain.

Bunyi kuat seperti 'orang bertukang' ini menunjukkan tanda enjin motor itu sedang hadapi masalah besar yang perlu diatasi.Kemungkinan besar rosak pada bahagian terminal seperti rod,bearing,klac dan sebagainya.Jika enjin berbunyi sebegini,untuk permulaan cuba la cek minyak hitam pastikan ia cukup kerana minyak hitam berkurangan juga penyebab enjin kasar dan berbunyi bising.Walaubagaimanapun untuk mengenal pasti bunyi secara tepat perlu melalui seorang mekanik mahir peka dan berpengalaman.

29 ulasan:

Ahmad Bukhari berkata...

Assalam tuan. motor saya kriss MR1 baru lepas tukar cluthch plate dan tukar bearing. Masalah bearing dah selesai. Tetapi selepas 2 hari di baiki, sekarang terdengar pulak bunyi bising knocking pada enjin. Bole komen sedikit adakah berpunca dari pemasangan yg tidak cermat selepas tukar bearing atau pon memang sudah masa problem part lain? Harap tuan dapat beri pencerahan. terima kasih

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam tuan,

Asasnya bunyi enjin knocking kita ertikan bunyi "bunyi ketukan" atau "bobok" semasa berjalan.ia bukan masalah ada barang berlaga sebaliknya masalah pembakaran..dan jarang sekali benda ni berlaku pada motor 4-stroke standard jalanan kecuali kegagalan pada bahagian yang disebut atau modifikasi.

Jika tuan maksudkan ada bunyi bising barang berlaga berkemungkinan ada kegagalan pemasangan pada bahagian clutch tu..boleh buka balik dan check..

Ok,terima kasih hadir dan komen yang baik :)

Aiman Fazil berkata...

Assalamualaikum tuan , boleh tinggalkan nombor whatsapp tak , saya ingin menanyakan sesuatu

raimin daniel berkata...

Assalammualaikum..enjin skuter saya berbunyi tik tik tik setelah ditukar starter coil yg baru..sebab mengapakah?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Kalau lepas tukar coil bunyi jadi macam tu pasti pemasangan tidak sempurna.perlu buka balik untuk periksa

Harap jelas

Sumpitan Senja berkata...

Assalamualaikum tuan,adakah modifikasi pada enjin motosikal boleh menyebabkan bunyi enjin menjadi kasar..

akhaironi channel berkata...

assalam tuan
masalah pada motor lc135 saya
saya baru tukar clucth pada moto saya saya dapati motor saya ade bunyi yg agak kuat sperti ade dentuman dlm enjin..kenapa ye

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Mohon buka balik ya bos
Check enjin tu takot ada kesalahan masa pasang tu..

muhammad syaiful nizam berkata...

assalamulaikum . saya perlukan pertolongan . tempoh hari saya nak tukar mnyak hitam tapi tersalah bukak skrew , saya buka skrew tensioner . kemudian bila saya masukkan balik tensioner tu . saya masukkan springnya terlebih dahulu . dah sekrang ni spring tersekat didalam , macam mana saya nak keluar kan spring tu semula yer ? harap sangat dapat membantu . saya pakai motor ex5 .

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Kalau tak boleh cungkil dah spring tu terpaksa lah bukak magnet serta papan magnet dalam untuk keluarkannya..hubungi saya terus jika bermasalah,tengok laman contact saya

Mohd Khairul Nizam Suliaman berkata...

Assalammualaikum..tn

Sy pakai moto lc135..kebelakangan ni enjin moto bunyi agak kuat..kawan kata kena tukar timing chain.berapa anggapan kos tukar timing chain?

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Biasanya kene
Tuan standby rm200 untuk tukar timing chain siap..apa pun rujuk bengkel yang tuan nak buat tu

Unknown berkata...

Assalam bang. Nk tanya kalau adjust tesioner manual utk lc135 terlalu ketat ada kesan apa2 ke? Sbb baru tukar. Nk adjust ikut arh jam tkut2. Nk rasa tk dpt agak. Tq

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

Dia kan automatik..pusing habis ikut jam dan lepas.
Kalau tak pusing ketat gantikan baru tensenor

abangZ berkata...

Assalamualaikum, tuan.
Sy baru tukar piston ring lagenda 110.
Tp bila start Moto, Moto mcm Ada bunyi ketak ketak to tak just. Normal ker Tu, tuan?

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan..saya pakai honda future sebelum ni timing chain berbunyi dah putus..bila saya hantar mechanic dia kata chamshaft bengkok sikit..tapi dia dah baiki dan tukar timing belt dan tensioner..selepas 2 minggu bunyi timing chain muncul balik..kenapa ya

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam,

Mungkin tuan maksudkan Chamshaft makan bukan bengkok..Chamshaft makan/haus memang akan keluarkan bunyi..

Cuba ketatkan tepet balik..

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam
Tuan tengok laman contact saya diatas..

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Yess

kucing hutan97 berkata...

assalamualaikum boss.nak tnyaa ..saya dah tukar magkuk auto .dan auto shoe pun dah tukar .tapi masih berbunyi lagi .bunyi menjerit jee .macm mana ya nk hilang kan bunyi tu.

mohd nizam berkata...

Assalam....sya baru beli motor Wave Dash Fi..baru seminggu dn sya nk tnya adakah peringkat mula timing dia memang tinggi atau memang normal..Tq

Ahmad Dzulkarnain berkata...

Assalam tuan sya ingin bertanya tentang motor ex5 ia tidak boleh pulas habis trottle bila pulas hbis die seakan over ram di bahagian enjin . Terpkse behnti kn motor seketika bru boleh meneruskn perjalanan kembali

syah Aaa berkata...

Assalamualaikum bang, haritu saya ada tersalah masuk tensioner, dn lepas saya masuk dgn btul masih ada bunyi tok2 dan bila masuk gear 3 motor saya masik xleh move on, adakan masalah timing chin... Atau sebagai nya

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam tuan

Saya nampak klac motor tuan dah habis kalau tak silap

Unknown berkata...

assalamualaikum bos,saya nk tanya kenapa ex5 saya bunyi enjin macam honda cup

Unknown berkata...

Assalam bos nak tnye saya bru tukan valve pada moto saya tapi selepas saya start moto saya ade bunyi "ketak ketak"
pada bahagian clutch.Apakah punca nya bos dan barang apa yang saya perlu tukar? Terima kasih

ipin80 berkata...

Salam.. Motor rs 150.. Ada bunyi ktik2 di bahagian fortrace kiri masa jalan tapi bila tarik clutch lama x der plak bunyi tu.. Hanya time masuk n jalan je bunyi tu dengar.. Makin laju makin cepat bunyi ikut kelajuan

Unknown berkata...

Salam tuan... Sy pakai honda future.. Sblum ni bunyi road agak kuat boleh la bwk laju lagi.. Tiba2 lampu besar depan idup mati idup mati idup.. . Selang 3 hari motor starter pulak x bleh idupkna guna manual...pastu selang sehari motor start x nak idup pulak...ingatkan masalah bateri jadi tukar beteri baru... Motor idup tapi bobok mati2... Adui. . Ape masalh tu tuan?

Unknown berkata...

Salam bos, sy beli motor lc 135 yg baru, tp bile start moto waktu pg dan waktu petang nk balik kije, enjinnye bunyi mcm bos cakap, bunyi mcm org bertukang, padahal tu motor baru, enjin problem jgk ke bos. Tq