Minyak petrol motor bocor boleh naik ke tak

Soal jawab tentang masalah minyak petrol motor bocor



Assalamualaikum.. Saya ada masalah nak tanya sikit tentang motor saya.cerita dia macam ni,semalam sedang saya rehat-rehat tengok TV tiba-tiba saya terbau minyak petrol yang kuat sampai perit hidung saya dibuatnya.untuk memastikan apa yang berlaku lalu saya pergi periksa dekat motor saya,rupanya minyak petrol motor saya bocor dah banyak melimpah kat bawah lantai tu.Jadi saya nak tanya kenapa motor saya minyak bocor?saya nak isi balik minyak takut terjadi apa-apa pulak nanti..harap dapat menyelesaikan masalah motor saya..tq

Walaikumsalam,

Pertamanya kalau nak pasti penyebab atau punca minyak petrol motor bocor cik perlu periksa dulu dari mana arah petrol keluar.Caranya begini,cik isikan semula petrol yang dah kering dalam tangki tu lepas tu cik cuba lihat dari mana minyak bocor samada dari bahagian depan enjin atau bahagian tengah ke belakang.



Tempat biasa berlaku minyak petrol bocor adalah pada bahagian karburator yang normalnya berada di atas enjin depan.Jika cik pakai motor jenis skuter karburator motor tersebut berada betul-betul di bawah tempat duduk.lihat jikalau karburator basah atau ada petrol menitik jatuh.OK, cik dah pasti minyak bocor dari karburator bermakna karburator motor cik bermasalah dan perlu dibuat servis untuk baik-pulih.

 jika dari arah paip getah petrol bermakna ada sesuatu berlaku pada itu samada pecah atau paip tercabut.Cik boleh tukar atau sambungkan balik paip tu.

Gambar karburator motor
Karburator motor scooter


Masalah boleh naik ke tak apabila minyak petrol motor bocor


Kalau bocor pada getah saluran semestinya motor tu tak boleh naik lagi sebabnya petrol tak sampai ke karburator dan enjin motor sudah pasti tak dapat dihidupkan.Jadi cik perlu tolak motor ke bengkel motor.

Karburator yang bocor,cik perlu lebih berhati-hati kerana petrol bahan mudah terbakar.OK, harap encik dah faham tentang masalah karburator minyak petrol bocor dari keterangan diatas,jika kurang cik boleh ulas di ruangan komen di bawah dan juga jika cik mahu mencuba baiki sendiri,saya dah siapkan iaitu panduan baiki karburator minyak keluar

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Motor saya pakai wave100 dan minyak petrol leaking. Apa puncanya ye encik? maaflah x berapa tahu tentang motor. Berapa anggarannya(RM) kalau nk betulkan?

Mad Malaysia berkata...

kos repair petrol bocortak mahal encik dalam RM 30 ke bawah..

Puncanya seperti yang diterangkan diatas

-0il ring rosak
-jarum dalam rosak
-paip bocor

Harap jwp membantu encik..terima kasih kerana hadir.

Tanpa Nama berkata...

Owh begitu ye. Kalau mahu buat servis karburator berapa pula tu ye. Terima kasih menjawab soalan saye.

Marman berkata...

Kos buat servis karburator dalam RM 25 untuk cub 4 t..tak termasuk tukar barang rosak penyebab karburator bocor

Safa Ifannarina berkata...

Motor sye kali nie da 3 kali rosak. .mule2 tiub bocor. .lepastu oil ring rosak. .skrg rosak lg. .rse ye dye minx tukar bru agak ye. .

Mad Malaysia berkata...

Iye la kot..:D

Hamdan Huzani berkata...

Betul ke kena tuka karburetor baru walaupun da servis tapi leaking gak. Pomen yg kata. Betul ke?

Mad Malaysia berkata...

Terpaksa bang kalau tak boleh buat lagi..apa2 pn cuba buat lagi