Motor traffic light mati


Masalah motor perlahan mati


Salam pembaca,

Cakap pomen hari ini ialah mengenai masalah motor perlahan mati atau tak ada timing,tapi saya suka sebut motor traffic light mati.Mana-mana saja lah asalkan faham sudah..Ok ,jadi apa masalah yang dihadapi pada motor kita sebenarnya dan macamana cara atasinya.

Tentunya ada beberapa masalah yang telah berlaku,mungkin juga kerosakan.Biasanya pada motosikal standard yang tak bermasalah,kita tak perlu main minyak semasa berhenti di trafik light.kita boleh lepas je pemulas minyak tu,betul tak!
Contoh kita naik motor ex5,jalan semua ok tapi bila sampai je di trafik light, perlahan minyak..pup! tiba-tiba enjin mati.Alamak! Problem apa pulak ni haa..



OK disini kemungkinan utama ialah timing karburator terlalu rendah.Jadi cuba anda pusingkan skru timing pada karburator tu tinggikan sikit timingnya.Senang je kalau motor ex5,tundukkan kepala anda dan tengok pada lubang cover putih sebelah kanan motor.Anda boleh nampak karburator dekat situ.Tahukan mana satu skru timing kan...!
Ok dah tahu,pusingkan skru tu ikut jam.Pulas dengan tangan je,kalau ketat pakai skru driver bunga.Pulas skru tu sampai enjin tak mati lagi semasa timing.Amacam ok tak?
Tak OK!..ada masalah lain pulak?
Jika timbul masalah lain pulak selepas ejas timing seperti motor lambat turun minyak semacam minyak sangkut,itu bermakna motor tu perlu periksa lebih teliti.

Langkah 1- ialah sila tukar palam pencucuh.

Langkah 2- servis karburator terlebih dahulu.

langkah 3-periksa sistem nyalaan

Langkah 4-buat top overhaul dan valve grinding

Langkah 5-Hubungi saya.

Itu saja langkah-langkah menyelesaikan motor traffic light mati.Semoga ia dapat menyelesaikan masalah motor anda hari ini.
-sekian-

Tiada ulasan: