menukar klac motor ex5 secara menual

Gambar clutch

Kita melepasi bab 5 iaitu pengenalan fungsi auto klac kini bermula pula
bab 6 dengan tajuk;

Menukar klac(clutch) motor Honda ex5 secara menual

Pada bab 6 ini kita dalami lagi bab enjin dan kita  terus ke bahagian klac.Model motor yang bakal kita buka klac secara manual pada kali ini semestinya Honda ex5 yang memiliki sistem klac yang sama dengan yang diguna pakai pada generasi ex5 yang lain seperti ex5 dream/wave 100/wave 110.Walaupun ada sedikit perbezaan kecil pada aturan washer dan tuas dalamnya.

Teknik membuka klac ex5 tanpa menggunakan mesin angin iaitu hanya menggunakan kedua belah tangan anda bersama sepanar tangan(hand tools) Ini adalah satu tutorial mudah untuk anda faham kerana saya pernah melakukannya  kepada anak buah saya secara online sehingga beliau berjaya buka,tukar bahagian klac yang rosak serta berjaya pasang balik klac motornya dengan baik.Tak mengapa jika agak kesulitan boleh komen diruangan yang disediakan.Mahu terus baca?alhamdulillah,yang perlu ada ialah kemahuan dan fokus.
Mari kita teruskan..


Bagaimana cara mula membuka klac?

Aturan untuk membuka klac ialah dengan membuka kompenon bersangkut-paut dengannya terlebih dahulu.

1.Buka pemijak kaki
2.Buka ekzos
3.Buka minyak hitam
4.penyetat kaki

Setelah semua komponen di atas dibuka mulalah membuka semua skru cover klac (kulit enjin).Skru standard cover klac adalah bersaiz 8′ .Gunakan spana jenis ‘T’ untuk memudahkan kerja,T 8′.

Gambar cara membuka klac

Setelah semua selesai buka nat edjust klac ditengah-tengah kulit enjin itu.Nat saiz 14′.Disaat ini anda sudah bersedia untuk membuka mangkuk klac motor anda.

Gambar nat ejas klac
Nat ejas klac

Disarankan sediakan hamparan surat kabar lama atau sepertinya untuk kita menyusun barang-barang klac.Setiap barang klac yang dibuka nanti susun mengikut aturan supaya mudah ingat untuk pasang balik nanti.Skru serta nat diasingkan setiap bahagian seperti skru cover enjin pada satu bahagian,bahagian dalaman pula satu bahagian,washer satu bahagian,seperti itu.

Mula membuka cover klac

Macamana cara ketuk keluar cover klac yang dah terbuka skru tu?OK,gunakan pengetuk getah  akan tetapi  sebaiknya elak guna pengetuk.Sudah terbuka cover klac anda akan lihat sebegini rupa bahagian dalaman enjin sebelah klac

Membuka komponen klac
Komponen mana perlu dibuka dahulu?
Disana kita melihat ada 2 komponen bulat didalam klac.Komponen bulat didepan menghala ke selinder blok ialah klac auto dan disebelahnya ialah Perumah(housing) klac plate.Disebelah bawah kita boleh lihat ada tuas dalam klac dan takung minyak hitam.
Bahagian 1
1.cabut tuas klac(cangkuk)
2.buka 3 skru cover auto(3 segi)
3.buka 2 biji skru takung   minyak(separuh bulat)
4.Buka 4 biji skru penutup spring(4segi)
Bahagian 2
1.buka skru utama auto klac
2.buka skru utama housing klac plate
3.cungkil keluar kekasut auto klac

Cara buka skru klac

Agak sukar untuk membuka skru utama dalam klac jika tanpa menggunakan spanar angin(compressor). Tapi tak mengapa masih ada cara manual buka skru utama klac.Alat yang digunakan untuk buka skru klac ialah ‘cham’ atau besi pemahat.Sama seperti pahat woodworking tetapi tumpul.

Gambar klac
‘Cham’
Gambar buka skru klac ex5
Ketuk ke bawah

*perhatian! Kumpilkan washer lock skru terlebih dahulu sebelum cham skru

Langkah-langkah  pahat skru ialah dengan menggunakan pengetuk.Ketuk skru agar berpusing arah lawan jam.Mungkin mengambil masa sedikit tapi itulah caranya buka skru klac ex5 menggunakan alatan tangan

Gambar klac 1
Tuas dalam klac

Setelah semuanya dibuka anda akan lihat seperti dibawah.Perhatian! buka housing klac serta housing auto klac ,takung secara serentak.

Gambar bahagian klac yang telah dibuka
Setelah semua komponen klac dibuka

Cara ganti klac baru

Periksa klac samada masih boleh diguna pakai atau tidak.Seharusnya anda tahu akan masalah-masalah klac pada motor sebelum menukar sesuatu komponen klac seperti klac plate,spring klac dan auto klac.3 komponen yang mempengaruhi fungsi klac.
Setelah ditukar ganti apa yang patut maka bolehlah pasang balik klac tersebut sebagaimana yang anda buka.Lupa? Lihat di bawah.

Langkah memasang

Klac plate baru bersama besi plate disusun siap didalam housingnya.Jika ada whasher,letak sekali washer ditengahnya.Sapukan sedikit minyak gris supaya washer melekat.Ini untuk elak washer lari dari posisinya saat memasang balik klac pada enjin.

Gambar washer klac
Washer tengah

Kekasut auto tidak perlu dipasang dahulu.Hanya 3 komponen utama sahaja dipasang serentak.Housing klac plate lengkap dengan isinya,housing auto klac dan takung minyak separuh bulat.

Sepertimana anda buka,3 komponen serentak keluar, pemasangan balik harus sama.

Gambar tukar klac
3 komponen dipegang

Video

Setelah berjaya hasilnya seperti dibawah

Gambar memasang klac

Selepas berjaya proses ini ikat skru utama housing klac dan skru utama auto klac.Sebentar! Kekasut auto dan skrunya adalah lebih baik dipasang setelah anda selesai pasang tapak spring klac.

Gambar auto klac
Kekasut auto

kemudian pasang balik 2 biji skru Takung separuh bulat.Hanya masukan skru,jangan ketatkan dahulu bagi ruang ia bergerak.Ini adalah untuk memudahkan kerja memasang tapak spring klac.

Hanya beberapa perkara yang harus diperhatikan semasa proses pemasangan balik iaitu ketika pasang spring klac.Tapak spring (4 segi) itu mempunyai 4 skru yang sama panjang.Pasang tapak selepas pasang 4 biji spring klac.Tapak ini mesti duduk sama rata diatas 4 biji spring.Awas! Ketika ikat skru spring klac kerana tapak spring boleh pecah.Penyelesaiannya ikat 2 skru terlebih dahulu sehingga tapak menjadi rapat.Cara ikat skru spring klac ialah dengan bahagikan ikatan sama rata sedikit demi sedikit, maksudnya ikatan tidak terlalu berat sebelah.

Gambar spring klac
Tapak spring
Gambar spring klac ex5
Cara masukan tapak spring

Sepekara lagi yang anda harus perhatikan ketika pasang semula klac ex5 ialah tuas dalamnya.Tuas dalam ini mempunyai timing.Tanda garis pada sub gear harus selari dengan tanda titik bulat kecil pada kaki tuas dalam.Gunakan sedikit minyak gris pada tapak tuas  supaya ia melekat pada bearing klac.

Gambar tuas klac
Sapukan sedikit minyak gris
Gambar tuas klac
Kedudukan yang betul

Suka diingatkan sekali lagi utamakan washer-washer klac,jangan ada yang tertinggal.Pasang ditempat yang betul.

Gambar washer klac

Update! Komponen klac ex5 lengkap

Syukur kepada ilahi saya dah jumpa gambar komponen dalaman klac motor ex5 lengkap dari Honda .maka dengan adanya gambar sparepart klac lengkap ini akan membuatkan anda lebih berani menukar klac motor sendiri,tak usah risau lagi takut ada barang tertinggal atau lupa.Semua panduan ada disini..yea!!

Gambar komponen klac lengkap
Gambar kopling motor lengkap

Selepas ini semua proses pasang klac adalah tidak sukar jika anda buat secara aturan sebagaimana proses membuka klac ex5 ini.Pemerhatian adalah penting.Satu Tips untuk anda,komponen enjin selalu tidak muat atau nampak ganjil jika dipasang pada tempat yang salah.
Sekian untuk kali ini Cara Manual Tukar Klac Ex5 bab 6 belajar baiki motor.kita sambung ke tajuk seterusnya

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
42 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Mad Malaysia
3 years ago

Terima kasih zarq selamat menukar klac motor sendiri..

zarq perfume
3 years ago

terbaik! terima kasih info boss.. really appreciate it.👍

1 7 8 9
42
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x