Kita melepasi bab 5 iaitu pengenalan fungsi auto klac kini bermula pula
bab 6 dengan tajuk;
Menukar klac(clutch) motor Honda ex5 secara menual
Pada bab 6 ini kita dalami lagi bab enjin dan kita terus ke bahagian klac.Model motor yang bakal kita buka klac secara manual pada kali ini semestinya Honda ex5 yang memiliki sistem klac yang sama dengan yang diguna pakai pada generasi ex5 yang lain seperti ex5 dream/wave 100/wave 110.Walaupun ada sedikit perbezaan kecil pada aturan washer dan tuas dalamnya.
Teknik membuka klac ex5 tanpa menggunakan mesin angin iaitu hanya menggunakan kedua belah tangan anda bersama sepanar tangan(hand tools) Ini adalah satu tutorial mudah untuk anda faham kerana saya pernah melakukannya kepada anak buah saya secara online sehingga beliau berjaya buka,tukar bahagian klac yang rosak serta berjaya pasang balik klac motornya dengan baik.Tak mengapa jika agak kesulitan boleh komen diruangan yang disediakan.Mahu terus baca?alhamdulillah,yang perlu ada ialah kemahuan dan fokus.
Mari kita teruskan..
Bagaimana cara mula membuka klac?
Aturan untuk membuka klac ialah dengan membuka kompenon bersangkut-paut dengannya terlebih dahulu.
1.Buka pemijak kaki
2.Buka ekzos
3.Buka minyak hitam
4.penyetat kaki
Setelah semua komponen di atas dibuka mulalah membuka semua skru cover klac (kulit enjin).Skru standard cover klac adalah bersaiz 8' .Gunakan spana jenis 'T' untuk memudahkan kerja,T 8'.
Setelah semua selesai buka nat edjust klac ditengah-tengah kulit enjin itu.Nat saiz 14'.Disaat ini anda sudah bersedia untuk membuka mangkuk klac motor anda.
![]() |
Nat ejas klac |
Disarankan sediakan hamparan surat kabar lama atau sepertinya untuk kita menyusun barang-barang klac.Setiap barang klac yang dibuka nanti susun mengikut aturan supaya mudah ingat untuk pasang balik nanti.Skru serta nat diasingkan setiap bahagian seperti skru cover enjin pada satu bahagian,bahagian dalaman pula satu bahagian,washer satu bahagian,seperti itu.
Mula membuka cover klac
Macamana cara ketuk keluar cover klac yang dah terbuka skru tu?OK,gunakan pengetuk getah akan tetapi sebaiknya elak guna pengetuk.Sudah terbuka cover klac anda akan lihat sebegini rupa bahagian dalaman enjin sebelah klac
Membuka komponen klac
Komponen mana perlu dibuka dahulu?
Disana kita melihat ada 2 komponen bulat didalam klac.Komponen bulat didepan menghala ke selinder blok ialah klac auto dan disebelahnya ialah Perumah(housing) klac plate.Disebelah bawah kita boleh lihat ada tuas dalam klac dan takung minyak hitam.
Bahagian 1
1.cabut tuas klac(cangkuk)
2.buka 3 skru cover auto(3 segi)
3.buka 2 biji skru takung minyak(separuh bulat)
4.Buka 4 biji skru penutup spring(4segi)
Bahagian 2
1.buka skru utama auto klac
2.buka skru utama housing klac plate
3.cungkil keluar kekasut auto klac
Cara buka skru klac
Agak sukar untuk membuka skru utama dalam klac jika tanpa menggunakan spanar angin(compressor). Tapi tak mengapa masih ada cara manual buka skru utama klac.Alat yang digunakan untuk buka skru klac ialah 'cham' atau besi pemahat.Sama seperti pahat woodworking tetapi tumpul.
![]() |
'Cham' |
![]() |
Ketuk ke bawah |
*perhatian! Kumpilkan washer lock skru terlebih dahulu sebelum cham skru
Langkah-langkah pahat skru ialah dengan menggunakan pengetuk.Ketuk skru agar berpusing arah lawan jam.Mungkin mengambil masa sedikit tapi itulah caranya buka skru klac ex5 menggunakan alatan tangan
![]() |
Tuas dalam klac |
Setelah semuanya dibuka anda akan lihat seperti dibawah.Perhatian! buka housing klac serta housing auto klac ,takung secara serentak.
![]() |
Setelah semua komponen klac dibuka |
Cara ganti klac baru
Periksa klac samada masih boleh diguna pakai atau tidak.Seharusnya anda tahu akan masalah-masalah klac pada motor sebelum menukar sesuatu komponen klac seperti klac plate,spring klac dan auto klac.3 komponen yang mempengaruhi fungsi klac.
Setelah ditukar ganti apa yang patut maka bolehlah pasang balik klac tersebut sebagaimana yang anda buka.Lupa? Lihat di bawah.
Langkah memasang
Klac plate baru bersama besi plate disusun siap didalam housingnya.Jika ada whasher,letak sekali washer ditengahnya.Sapukan sedikit minyak gris supaya washer melekat.Ini untuk elak washer lari dari posisinya saat memasang balik klac pada enjin.![]() |
Washer tengah |
Kekasut auto tidak perlu dipasang dahulu.Hanya 3 komponen utama sahaja dipasang serentak.Housing klac plate lengkap dengan isinya,housing auto klac dan takung minyak separuh bulat.
Sepertimana anda buka,3 komponen serentak keluar, pemasangan balik harus sama.
![]() |
3 komponen dipegang |
Video
Jika ralat play di https://youtu.be/xXRaB8TQ-74
Setelah berjaya hasilnya seperti dibawah
Selepas berjaya proses ini ikat skru utama housing klac dan skru utama auto klac.Sebentar! Kekasut auto dan skrunya adalah lebih baik dipasang setelah anda selesai pasang tapak spring klac.
![]() |
Kekasut auto |
kemudian pasang balik 2 biji skru Takung separuh bulat.Hanya masukan skru,jangan ketatkan dahulu bagi ruang ia bergerak.Ini adalah untuk memudahkan kerja memasang tapak spring klac.
Hanya beberapa perkara yang harus diperhatikan semasa proses pemasangan balik iaitu ketika pasang spring klac.Tapak spring (4 segi) itu mempunyai 4 skru yang sama panjang.Pasang tapak selepas pasang 4 biji spring klac.Tapak ini mesti duduk sama rata diatas 4 biji spring.Awas! Ketika ikat skru spring klac kerana tapak spring boleh pecah.Penyelesaiannya ikat 2 skru terlebih dahulu sehingga tapak menjadi rapat.Cara ikat skru spring klac ialah dengan bahagikan ikatan sama rata sedikit demi sedikit, maksudnya ikatan tidak terlalu berat sebelah.
![]() |
Tapak spring |
![]() |
Cara masukan tapak spring |
Sepekara lagi yang anda harus perhatikan ketika pasang semula klac ex5 ialah tuas dalamnya.Tuas dalam ini mempunyai timing.Tanda garis pada sub gear harus selari dengan tanda titik bulat kecil pada kaki tuas dalam.Gunakan sedikit minyak gris pada tapak tuas supaya ia melekat pada bearing klac.
![]() |
Sapukan sedikit minyak gris |
![]() |
Kedudukan yang betul |
Suka diingatkan sekali lagi utamakan washer-washer klac,jangan ada yang tertinggal.Pasang ditempat yang betul.
Update! Komponen klac ex5 lengkap
Syukur kepada ilahi saya dah jumpa gambar komponen dalaman klac motor ex5 lengkap dari Honda .maka dengan adanya gambar sparepart klac lengkap ini akan membuatkan anda lebih berani menukar klac motor sendiri,tak usah risau lagi takut ada barang tertinggal atau lupa.Semua panduan ada disini..yea!!
Selepas ini semua proses pasang klac adalah tidak sukar jika anda buat secara aturan sebagaimana proses membuka klac ex5 ini.Pemerhatian adalah penting.Satu Tips untuk anda,komponen enjin selalu tidak muat atau nampak ganjil jika dipasang pada tempat yang salah.
Sekian untuk kali ini Cara Manual Tukar Klac Ex5 bab 6 belajar baiki motor.kita sambung ke tajuk seterusnya
terbaik! terima kasih info boss.. really appreciate it.👍
BalasPadamTerima kasih zarq selamat menukar klac motor sendiri..
BalasPadamAssalammualaikom abg mad.....sya dh tukar klac sya..pstu tibe2 dia jadi klac mati mcm 125z..macam mne bolah jdi mcm tu ek?
PadamAssalamualaikum abg mad
BalasPadamW'salam azrul..nak cuba tukar klac motor sendiri ka..:)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam, saya ni tak reti sangat barang motorsikal ni. mcm ni, saya ada motorsikal honda ex5. dulu saya dah suruh pasang klac pada motorsikal saya, kedai tersebut menukar klac. semasa lepas klac tu kan, enjin masih hidup. saya nak enjin saya mati bila di lepaskan klac. bagaimanakah nak menukar klac tersebut? boleh buat video tutorial menukar klac tersebut dari pembukaan enjin sehingga siap dipasang? hantar pada email saya : mmc.ejan@gmail.com
BalasPadamSalam..
BalasPadamMaksudnya abg nk buat klac mati ya macam motor rxz tu..
Pakai klac tangan la senang guna..kat kedai ada jual satu set klac tangan ex5 dengan cover klac sekali..buat klac kaki nanti susah pulak jalan jem..
Assalamualaikum mad moto, nk tnye, moto kalau mengerang kuat bila nk full throttle tu ada masalah tk dengan clutch? Moto ex5 modi
BalasPadamW'salam
BalasPadamMemang ada masalah pada klac kalau meraung tu..tapi untuk pastikan klac haus pada gear bawah pun kita dah boleh nampak.contohnya bos 'tarik' gear 1 masuk 2 die 'pauses'/meraung sekejap..itu tandanya.
Kalau gear bawah semua ok hanya pada top speed saja hal ni berlaku kemungkinan hanya masalah Spoket..baca ini http://www.baikimotor.com/2016/10/spoket-tepat-motor-ringan.html?m=1
Salam .. saya mahu bertanya .. adakah moto meraung pada top speed salah satu punca dari sprocket walaupon sprocket saya jenis standard dan enjin standard .. and satu lagi pertanyaan .. moto mati time tggu traffic light .. apakah punca nye ?
BalasPadamLast question .. dengan duit rm100 .. apa boleh buat untuk tingkatkan performance enjin walaupon dpt skit ..
W'salam.
BalasPadamPertanyaan diluar topic..cara menukar klac ex5
minta atas jasa baik en sila komen diartikel berkenaan terima kasih..
assalam saya nak tanya mangkuk auto kena tukar tak kalau tukar auto cluth.tq
BalasPadamW'salam.
BalasPadamBiasanya orang kerap tukar mangkuk clutch dari auto kerana mangkuk akan rosak dulu.
Selaluya berapa ribu KM clutch plate ex5 ni haus? Kalau haus boleh nampak dgn mata kasar ke?
BalasPadamEx5 sy tahun 2011 mileage 27k KM da ada tanda2 mengaum dan hilang pick up (macam berat nk lajak
W'salam.
BalasPadamBiasanya jadi hitam hangus.klac pun nampak dah 'makan'.
Ex5 paling efek ialah mangkuk auto.tukar klac plate dan mangkuk auto sekali pasti OK :)
Salam. Ad x penerangan tentang kedudukan washer cluth scara terperinci?
BalasPadamW'salam,
BalasPadamMaafkan saya..belum ada tetapi gambar diatas kedudukan washer lengkap untuk motorsikal ex5 dream..cuma tidak dihuraikan.
Salam, tumpang tnya, sy tukar mangkuk dgn auto bru. Lepas hidup moto bila nk jln lepas gear je tros mati. Time msok gear rem trottle ok je. Ape msaalah yer? Dh puas adjust dkt kulit engine tp ttp same
BalasPadamW'salam
BalasPadamError pada auto klac..washer mungkin
aslm nak tanya kalau terlupa pasang tuas klac pada motor wave 100r tak apa ke? atau cluth akan cepat haus? mntk pendapat sebab mmg terlupa nak pasang
BalasPadamw'salam
BalasPadamkalau tak pasang klac tak ada boss..
mesti pasang.
Biasanya harga untuk auto clutch + set clutc plate berapa tuan?
BalasPadamSaya musykil dengan kedai, yang katanya harga set tu dekat 300+-
mungkin yang tu harga untuk klac Original Japan + upah dia mahu..
BalasPadamcek harga pada post lama saya
http://www.baikimotor.com/2017/04/cek-harga-baiki-motor.html?m=1
slm saya nk tanye...cara2 nk pasang hand cluth mcm mne ye..saya baru belajar psl moto..trime kasih
BalasPadamW'salam
BalasPadamBeli ja yang dah siap kt mane2 pomen n balik pasang saja klac tu..
salam.. mcm mana nk buat hand clucth a.k.a clucth mati erk? boleh tunjuk ajar ke..
BalasPadamW'salam..saya boleh saja
PadamMsg saya di Facebook..lihat laman kontak.
Bos msalah cluch dah psang lpas tu kick dpat pula.. Aoto kjp sngkut bru putar.. Klw xsngkut xputar.. Kick berat juge tp takputar.. Msalah apa tu yee
BalasPadamCuba ejas skru/nut clutch untuk laras tinggi rendah clutch (luar enjin)
PadamDi channel YouTube saya ada tunjuk.
Kalau tak jadi kena buka clutch balik.
Terima kasih hadir dan komen :)
saya pakai 125zr..moto sya meraung bila nk full trottle dan tkr gear...boleh x sya ejas tuas clutch tuk tidak meraung..atau kena tkr jgk plate clutch
BalasPadamMemang patut ejas tuas klac dulu sebelum tukar klac plate..kemungkinan tuas dilaras agak tinggi
PadamKlw kite lupe nk letk washer tngh at spring klas tu ape yg terjadi.... Sbb moto sy bnyi ketah ii mcm tu.... Bdk ii ckp bearing x elok tu.... Betul ke..... Pm blh x??? Wassp 0164202501
BalasPadamSaya dah invite group whatsapp
Padamsalam tuan mad.mintk invitekan sya kdlm group repair motor.sya baru je plan2 nak repair motor sendiri
PadamAssalamualaikum,abg ade gambar kompenan dalaman bahagian clutch motor kriss100
BalasPadamassalamualaikum,saya nak tnya bru² ni saya ada tukar auto klac dgn mangkok auto klac skli dgn rebet housing klac...tpi moto masih berbunyi...sata harap sifu² blh mnolong.blh pm wasap 0142594054
BalasPadamAssalamualaikum, lepas tukar bush auto clucth ni bila tekan gear dia xde free, pulas minyak terus jalan,adjust skru luar pun sama, memang macam tu atau ada problem lain? Whatsapp 0132458728
BalasPadamAssalamualaikum,saya nk tnye yg moto sy ni standard spoket 36 tp rse mcm pkai 28 je...naik bukit pon sedih..agak2 ap yg rosak ehh?
BalasPadamSalam.. Bang... Brapa harga autoclutch skali dgn lening arm dipasaran skrang
BalasPadamBlh invite sya dlm group wasap x.0195346439.motor sya mslh dia bla tkan gear biasanya free mtr sya tkan pn msh jln lg
BalasPadambang pomen...sy tukar baru tukar clutch plate n auto clutch skali mangkuk clas
BalasPadamdekat bengkel dgn harga rm 530.00 barang ori kata pon...betulkah harga tu?