Pasang ring piston motor 2 tak

Cara saya memasang ring piston motor 2 tak


Tentu ramai pemula mekanik nak belajar masukkan atau pasang ring piston motor. bagaimana caranya?
OK,ini ialah cara saya masukan ring piston motor 2 tak(2 stroke).Ring piston motor 2 tak adalah berbeza dengan ring 4 tak dari segi bilangan ringnya.Maka dengan itu kita bermula dahulu dengan tajuk yang dikira lebih mudah pada hari ini dan saya berharap para mekanik pemula dapat belajar sesuatu hari ini.Tapi sebelum tu pastikan anda sudah kenal ciri-ciri ring piston.

Cara memasang ring piston motor 2 tak


Mula-mula perhatikan 2 garisan pada piston yang saya sebut rongga/longkang  ring dan ia ada satu titik penghalang/penyekat.Titik ini bertujuan supaya ring piston tidak terpusing kedudukan setelah piston beroperasi di dalam blok nanti.Ia harus tetap pada kedudukannya.1 titik pada setiap 1 longkang ring(piston motor 2 lejang menggunakan 2 ring).Seperkara lagi perhatikan pada ring piston,nombor seperti 1.75 itu merupakan saiz bore blok motor anda.Satu lagi kepentingannya ialah sebagai penanda(mark),dan penanda ini mesti diatas setelah dipasang jika kita lihat dari arah atas piston.Ini kedudukan ring yang betul.



Selanjutnya untuk masukkan ring harus perhatikan jenis ring piston akan digunakan pada motor tersebut.Terkadang hanya 2 ring,ada pula keluaran 3 ring (dengan 1 tambahan gelang halus).

Memasang ring piston 3 ring


Langkah 1- ring halus tambahan dimasukkan terlebih dahulu pada barisan kedua dari atas kepala piston.kemudian mula masuk 1 ring utama.Disini perlu anda perhatikan dengan teliti pada 2 ring utama yang belum dipasang itu.1 daripada 2 ring utama itu mempunyai diameter sedikit kecil.Maka yang kecil inilah akan bersama ring tambahan di barisan kedua.Ingat! ketiga tiga belahan ring mesti berada di antara mark penghalang pada piston itu.Perkara ini diperlukan semasa memasang piston pada blok.Tidak mengerti lihat gambarajah.
Mudah je..keliru lagi baca semula ini fungsi ring piston.

Gambar ring piston
Titik penghalang


Langkah 2- masukan ring utama yang diterangkan diatas.

Langkah 3- ring utama penghabisan pada garisan teratas.

3 langkah di atas selesai maka siaplah kerja memasang ring piston motor 2 tak anda.Ketika ini tak mengapa kedudukan ring tak betul.Hanya pada saat pasang semula piston pada blok barulah kedudukanya perlu diperbetulkan.OK,bagaimana anda rasa!bolehkah mencuba pasang sendiri piston ring bermulai hari ini..?boleh.mudah saja..cuma perlu berhati-hati kerana ring piston boleh patah jika tak betul cara.Kalau belum berkeyakinan boleh tonton video di bawah yang saya buat untuk anda_cara pasang ring piston motor 2 tak juga tunggu kemunculan sambungan artikel ini.
-sekian-



Tonton Video


Tiada ulasan: