Motor nak laju kene korek blok taruk chamber

Korek blok taruk chamber


Bang motor tak laju la bang..OK kalau nak laju kena korek(port) blok pastu taruk(pasang) chamber.Slamber je pomen tu jawab.he he.
Jadi apa maksudnya sebenar ' korek blok taruk chamber'.Haa ini khusus buat mat mot yang suka upgrade motor nak bagi laju.Motor cc kecil tapi nak laju,macamana nak buat tu.Kisah ini hanya tentang pemahaman tentang ayat korek  blok taruk chamber dan tiada skil korek blok akan dinyatakan disini.Maaf,akta perlindungan pomen motor ( 9A1)..:o

Blok motor mempunyai selinder ditengah-tengah (lubang bore)dan rongga kemasukan udara, minyak,ekzos.Oh ya,ini khusus pada motor 2t bukan motor 4 stroke.Ya,motor macam Yamaha 125z,rxz,panther,RR gitu. Bagi motor 4 lejang pula kerja sebegini ialah bahagian selinder head _Cylinder Head Porting. Chamber disini diertikan ialah ekzos yang dimodifikasi.Juga ekzos yang memang dibuat dan dipasarkan untuk tujuan perlumbaan.



Gambar blok korek

Bagaimana blok di korek?


Jadi apa maksud korek blok motor?.Korek blok bermaksud satu kerja besarkan lubang blok(seperti yang dinyatakan diatas) atau mat saleh cakap 'porting'.Lubang-lubang tersebut diasah,gosok menggunakan mata pengasah besi supaya lebih besar.Menjadikan aliran udara  masuk dengan baik dan cepat.Lebih bahanapi,mampatan akan menghasilkan letupan yang kuat dikebuk pembakaran lalu kuasa enjin yang besar dapat dihasilkan.

Pemilihan ekzos motor


Untuk mendapat keselarasan dengan blok korek maka pemilihan ekzos yang tepat dapat memaksimumkan prestasi motor tersebut.'chamber' dibuat  mengikut ukuran diameter tertentu setelah diambil kira dengan saiz blok dan rekaan lubang minyak masuk,lubang ekzos yang telah dikorek tadi.


Laju ke blok korek?


Korek blok  membuatkan motor lebih laju atau lebih tepat ia dapat meningkatkan kuasa enjin. Memang ia cara yang berkesan untuk meningkatkan kelajuan motor namun jangan lupa sering kali juga kegagalan berlaku kesan korek blok yang tak menjadi.Mencari kelajuan tapi kelajuan pula hilang.Jadi berhati-hati dengan kerja korek blok motor yang kalian buat.jangan lupa korek blok taruk chamber.Lepas setting karburator cun-cun,gerenti motor anda laju.hi hi..
-salam jumpa lagi-



6 ulasan:

-Asrul- berkata...

bro, kalau motor yang guna injection macam mana nak lajukan mcm wave dash injection baru ni?

Mad Malaysia berkata...

Macam org modi krete la..

Faisal Ismail berkata...

Macam mana cara nk buat ezos

hakimi Cakbong berkata...

Kenapa kalau start moto gear bergerak ? Saya pakai moto ex5
Tolong bagi jalan penyelesaian

Unknown berkata...

bro boleh bagi tahu tentang bahagian engine suzuki rg sport 110

Unknown berkata...

Main spoket je