Masalah motor susah start jalan pula meleret

Apa masalahnya bila anda membawa motor ,dipulas minyak motor terasa meleret,tarikan berat.Pada waktu sejuk ,sebaik saja pertama Kali anda cuba untuk hidupkan enjin anda akan gagal kerana penyetat kaki meleret kebawah.Ia terasa seperti penyetat kaki tidak tersangkut atau mungkin juga anda merasakan penyetat itu kosong tidak berfungsi.

Dicuba beberapa kali tendang penyetat itu,mungkin 5 atau 10 Kali akhirnya enjin motor dihidupkan.Disini dikira baru permulaan satu masalah belum lagi yang lain.Masuk gear 1 dan anda pulas pendikit tarik enjin..brooommmm..enjin pula meleret.Suara motosikal membesar tetapi roda belakang malas bergerak. Begitulah yang telah berlaku sepanjang turutan gear sehingga habis 6 gear.

Lebih parah pula ketika mendaki bukit kerana tenaga motosikal itu tentunya sama sekali tidak ada.Macam orang cakap,lebih baik tolak daripada naik..:)
Jadi apa sebenarnya kerosakan pada motosikal anda?

gambar penyetat kaki


Masalah motor meleret | punca motor susah start

Clutch!. Clutch adalah punca bagi masalah anda disini.Clutch yang telah habis pastinya akan membuat motosikal hilang kuasa enjin.Ia kerana fungsi clutch itu sendiri adalah sebagai alat pengcengkam kuasa.Apa yang saya maksudkannya ialah clutch motosikal anda telah hilang cengkaman kuasa.Kuasa enjin sudah terbuang begitu sahaja sebelum ia sampai kepada roda belakang.Ini disebabkan oleh permukaan clutch plate sudah menipis tentunya sudah lama digunakan.

Sekarang jalan penyelesaian bagi masalah motor meleret ialah dengan menggantikan clutch plate lama kepada baru.Dengan berbuat demikian barulah masalah motosikal anda boleh selesai dan anda boleh bergembira semula menunggang motor anda.

Random Posts

  • Pemutar skru

    Pemutar skru atau screwdriver ialah sepanar paling kerap digunakan dalam kerja motor.Ia diguna pakai untuk membuka dan memasang skru secara […]

  • Cara,maksud baiki motor rosak

    Cara,maksud baiki motor rosak Nak tahu cara baiki motor rosak!Ini bermakna korang minat belajar baiki motor,ye tak..tetapi apa kata kita […]

  • Cara susun celah ring piston motor 4t agar tak berasap

    Baikimotor.com bersambung tentang ring piston lagi kali ini kita kenal pula ring piston motor 4t(4 lejang) dan cara memasangnya pada […]

  • Ciri motor nak kena overhaul

    Perkongsian info pengguna motor tentang Ciri Motor Nak Kena Overhaul. Assalamualaikum, salam pembaca CKP Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat […]

27 thoughts on “Masalah motor susah start jalan pula meleret

  1. Tuan,sy pengguna motor rg110 sy da korek Blok ke size piston 0.25 tetapi moto sy tetap lambat laju Dan enjin pandai mati sendiri clutch da tukar,spring racing da pasang,Dan bunyi exzos tak ada sekat2 dya bunyi Street sahaja seperti timing high tetapi bila trun timing moto pandai mati,sy da pening da urus moto ney,carb da servos bagai.Apakah masalah moto sy tuan tolong sy dulu ty #MrSLye

  2. Rg auto atau manual?.kalau auto pastikan ditukar auto klac sekali.
    Dari keterangan diatas mungkin motor tuan tak cukup petrol.cek aras petrol dalam karb dan cek juga kelajuan petrol turun dari tangki.
    2-tukar oil seal crankshaft kiri kanan.

  3. Salam… Sy bwk moto fz 2014 new model… Masalah sy, kadang tgh2 bwk moto enjin mati… Tp bl idle x mati plak… Kadang bl nak drop gear sedar2 enjin mati… Lps tu nak start bll kene dlm gear N br blh… Mohon beri pendapat

  4. Assalam, bos mintak penjelasan dn penyelesaian..
    Motor lc v1 valve bengkok.. motor smue da siap dn da bole hidup, senang start dgn kata lain xde mslh la, enjin kasar tu biase la motor da tua.. hehe, tp yg mslh nye kt sni.. klas jd kosong, xbole nk main timing trotle bile bjln pstu klas jd mcm trsekat susa nk masuk gear.. clutch plate mmg xde usik cme bukak pn casing magnet je tp bile psg blik jd mcm tu.. sblom cik laici buat hal xde mslh sblom ni.. mohon penyelesaian bro plss.. da sbuln motor xbjln..😔😔

  5. Motor tu klac tangan ke kaki..
    ..kalau klac auto memang munasabah kejadian ni sebab bos ada buka cover magnet kan..sebab kat sebelah tu ada skru ejas klac..

    Kalau klac tangan bos perlu buka klac cek tengok kemungkinan klac habis

    Apapun masalah klac jadi losing
    Macam ni berpunca dari klac itu sendiri..nanti bos info balik tengok ya..

  6. Boss.. Nak tau.. Motosikal Suzuki shogun saya tak boleh start.. tak hidup.. Macam elektrik tak ada.. On kunci lampu meter tak on.. Cek plug ada api.. Cdi pun dah tukar.. Hari tu tiba tiba je mati..

  7. Takpa bos kalau masalah tak berlarutan tak usah risau mungkin elektrik shot sementara ..ada air.

    Tapi kalau masih jadi itu masalah petrol..bos boleh servis karburator,filter.

    Satu lagi jangan letak kain atas penutup tangki minyak bawah seat.

  8. Salam bos. Nak tanye. Sye pakai modenas ct100. Bile tarik throttle, motor mcm tkde power. Engine mcm nk mati. Kene tarik separuh baru moto pegi sikit. Lepastu bile masuk highway, gear 4 bile tarik habis moto pun rse mcm nak mati. Terhenjut henjut. Masalah ape tu eh?

  9. Salam prmotoran bos..sy ad prblem sket dgn mto suzuki belang..mto jd ssah start kdg2 sng n carb tming cm xde efect smada ejas tnggi/rndah ttp sme je rpm pstu enkol plak kdg2 tu cm trsngkut(keras) seolah2 cm jem pston/rod ble trk clutch n try kick start engkol 2-3X(dlm keadaan clutch dtrk) pstu lps clutch bru r blh grk blk engkol tu cm bese..adakah ini krn mslh yg brpnca drpd sistem clutch ataw pon lain?

  10. Ya,salam dunia permotoran 🙂

    Kalau pemahaman saya tak salah dari apa yang bos terangkan itu,

    Ada 2 masalah mungkin;

    Minyak hitam atau ada modifikasi enjin

    Motor blok besar memang keras nak start-compression tinggi.

    Cuba tukar minyak hitam lebih ringan..

    Harap terjawab..salam

  11. salam admin..apa simpton2 perlunya tukar auto clutch serta auto clutch housing?moto sekarang kdg2 clutch slip bila nk msuk gear(kdg2 berlaku)…lepas tu moto seperti hilang kuasa atau kompression bila low rpm dalam gear 2/3..kadang2 smpai bnyi piston knocking bila di pulas lagi throttle minyak..sama jugak time masuk gear..moto jd meleret..last tukar clutch plate dan auto clutch tahun 2015..maknanya dah 4 tahun pakai..auto housing lagi la x pernah tukar sejak beli moto dari tahun 2012..jadi apa pendapat admin?t.kasih

  12. Salam…penyetat kaki motor saya ada masalah..bila saya henjut, dia tersekat-sekat, mcm tak lancar…tetapi kadang2 dapat hidup…bila dah bawaj jalan jauh sikit baru senang nak hidup…kalau sudi boleh bagitau tak punca dia dengan cara nak repair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*