Masalah motor susah start jalan pula meleret

Apa masalahnya bila anda membawa motor ,dipulas minyak motor terasa meleret,tarikan berat.Pada waktu sejuk ,sebaik saja pertama Kali anda cuba untuk hidupkan enjin anda akan gagal kerana penyetat kaki meleret kebawah.Ia terasa seperti penyetat kaki tidak tersangkut atau mungkin juga anda merasakan penyetat itu kosong tidak berfungsi.

Dicuba beberapa kali tendang penyetat itu,mungkin 5 atau 10 Kali akhirnya enjin motor dihidupkan.Disini dikira baru permulaan satu masalah belum lagi yang lain.Masuk gear 1 dan anda pulas pendikit tarik enjin..brooommmm..enjin pula meleret.Suara motosikal membesar tetapi roda belakang malas bergerak. Begitulah yang telah berlaku sepanjang turutan gear sehingga habis 6 gear.

Lebih parah pula ketika mendaki bukit kerana tenaga motosikal itu tentunya sama sekali tidak ada.Macam orang cakap,lebih baik tolak daripada naik..:)
Jadi apa sebenarnya kerosakan pada motosikal anda?

gambar penyetat kaki


Masalah motor meleret | punca motor susah start


Clutch!. Clutch adalah punca bagi masalah anda disini.Clutch yang telah habis pastinya akan membuat motosikal hilang kuasa enjin.Ia kerana fungsi clutch itu sendiri adalah sebagai alat pengcengkam kuasa.Apa yang saya maksudkannya ialah clutch motosikal anda telah hilang cengkaman kuasa.Kuasa enjin sudah terbuang begitu sahaja sebelum ia sampai kepada roda belakang.Ini disebabkan oleh permukaan clutch plate sudah menipis tentunya sudah lama digunakan.

Sekarang jalan penyelesaian bagi masalah motor meleret ialah dengan menggantikan clutch plate lama kepada baru.Dengan berbuat demikian barulah masalah motosikal anda boleh selesai dan anda boleh bergembira semula menunggang motor anda.

24 ulasan:

Sylvester Robert berkata...

Tuan,sy pengguna motor rg110 sy da korek Blok ke size piston 0.25 tetapi moto sy tetap lambat laju Dan enjin pandai mati sendiri clutch da tukar,spring racing da pasang,Dan bunyi exzos tak ada sekat2 dya bunyi Street sahaja seperti timing high tetapi bila trun timing moto pandai mati,sy da pening da urus moto ney,carb da servos bagai.Apakah masalah moto sy tuan tolong sy dulu ty #MrSLye

Mad Malaysia berkata...

Rg auto atau manual?.kalau auto pastikan ditukar auto klac sekali.
Dari keterangan diatas mungkin motor tuan tak cukup petrol.cek aras petrol dalam karb dan cek juga kelajuan petrol turun dari tangki.
2-tukar oil seal crankshaft kiri kanan.

saad shafar berkata...

Salam... Sy bwk moto fz 2014 new model... Masalah sy, kadang tgh2 bwk moto enjin mati... Tp bl idle x mati plak... Kadang bl nak drop gear sedar2 enjin mati... Lps tu nak start bll kene dlm gear N br blh... Mohon beri pendapat

Mad Malaysia berkata...

Salam.

Kenapa,sebelum ni boleh start dlm gear ke?

Black Eyes berkata...

Assalam, bos mintak penjelasan dn penyelesaian..
Motor lc v1 valve bengkok.. motor smue da siap dn da bole hidup, senang start dgn kata lain xde mslh la, enjin kasar tu biase la motor da tua.. hehe, tp yg mslh nye kt sni.. klas jd kosong, xbole nk main timing trotle bile bjln pstu klas jd mcm trsekat susa nk masuk gear.. clutch plate mmg xde usik cme bukak pn casing magnet je tp bile psg blik jd mcm tu.. sblom cik laici buat hal xde mslh sblom ni.. mohon penyelesaian bro plss.. da sbuln motor xbjln..😔😔

Mad Malaysia berkata...

W'salam.

Maaf bos saya tanya dulu..bos buat overhaul ke atau top overhaul- ada buka bahagian klac?

Black Eyes berkata...

Buat top overhaul je, bukak head blok casing magnet.. tu je.. klac xde bukak usik pn xde..tp bile siap psg jd mcm tu..

Black Eyes berkata...

pasang je casing magnet klac jd keras terus..

Black Eyes berkata...

Mksd nye klas jd sangkut dgn kosong..

Mad Malaysia berkata...

Motor tu klac tangan ke kaki..
..kalau klac auto memang munasabah kejadian ni sebab bos ada buka cover magnet kan..sebab kat sebelah tu ada skru ejas klac..

Kalau klac tangan bos perlu buka klac cek tengok kemungkinan klac habis

Apapun masalah klac jadi losing
Macam ni berpunca dari klac itu sendiri..nanti bos info balik tengok ya..

Black Eyes berkata...

Auto klac, klac kaki.. abs tu nk set bg mcm asal cmne ea?? Ap prlu buat??

Mad Malaysia berkata...

Ha..kan..
Ejas skru klac tu dulu tengok..
Kalau tak boleh perlu buka tengok mungkin ada kesalahan pada kaki dalam magnet tu..

Unknown berkata...

Bos, sy pakai lc v1,time nak start moto xde pressure, dan x boleh hidup, kenapa ye?

Mad Malaysia berkata...

Mungkin masalah valve atau ring piston

Cray Elee berkata...

Boss.. Nak tau.. Motosikal Suzuki shogun saya tak boleh start.. tak hidup.. Macam elektrik tak ada.. On kunci lampu meter tak on.. Cek plug ada api.. Cdi pun dah tukar.. Hari tu tiba tiba je mati..

Cray Elee berkata...

Minyak banyak lagi.. Full.. Plug pun dah tukar baru..

Mad Malaysia berkata...

Takpa bos kalau masalah tak berlarutan tak usah risau mungkin elektrik shot sementara ..ada air.

Tapi kalau masih jadi itu masalah petrol..bos boleh servis karburator,filter.

Satu lagi jangan letak kain atas penutup tangki minyak bawah seat.

Ehh Hilmi berkata...

Salam bos. Nak tanye. Sye pakai modenas ct100. Bile tarik throttle, motor mcm tkde power. Engine mcm nk mati. Kene tarik separuh baru moto pegi sikit. Lepastu bile masuk highway, gear 4 bile tarik habis moto pun rse mcm nak mati. Terhenjut henjut. Masalah ape tu eh?

Orang minyak berkata...

W'salam

En cuba servis karburator..

Muhammad Hafizi Fakhrurazi berkata...

Salam prmotoran bos..sy ad prblem sket dgn mto suzuki belang..mto jd ssah start kdg2 sng n carb tming cm xde efect smada ejas tnggi/rndah ttp sme je rpm pstu enkol plak kdg2 tu cm trsngkut(keras) seolah2 cm jem pston/rod ble trk clutch n try kick start engkol 2-3X(dlm keadaan clutch dtrk) pstu lps clutch bru r blh grk blk engkol tu cm bese..adakah ini krn mslh yg brpnca drpd sistem clutch ataw pon lain?

Orang minyak berkata...

Ya,salam dunia permotoran :)

Kalau pemahaman saya tak salah dari apa yang bos terangkan itu,

Ada 2 masalah mungkin;

Minyak hitam atau ada modifikasi enjin

Motor blok besar memang keras nak start-compression tinggi.

Cuba tukar minyak hitam lebih ringan..

Harap terjawab..salam

basikalmurah berkata...

salam admin..apa simpton2 perlunya tukar auto clutch serta auto clutch housing?moto sekarang kdg2 clutch slip bila nk msuk gear(kdg2 berlaku)...lepas tu moto seperti hilang kuasa atau kompression bila low rpm dalam gear 2/3..kadang2 smpai bnyi piston knocking bila di pulas lagi throttle minyak..sama jugak time masuk gear..moto jd meleret..last tukar clutch plate dan auto clutch tahun 2015..maknanya dah 4 tahun pakai..auto housing lagi la x pernah tukar sejak beli moto dari tahun 2012..jadi apa pendapat admin?t.kasih

Unknown berkata...

Salam..sy pakai 125z..jalan rata memang dia menang..tpi bila naik bukit tinggi tewass..gear 1 pun blow pastu mati..apa masalahnya

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Bos cuba bagi cantik setting karburator tu dan sprocket jangan pakai yang kecil2 sangat