Cara jaga motor baru dibeli




Salam pembaca,

Hari ini saya nak share cara jaga motor baru agar tahan lama.Ya motor betul-betul baru yang dibeli dari kedai bukan motor second hand ya..

Anda tahu,motor baru pun cepat rosak kalau tak dijaga dengan betul.Pernah terjadi motor baru pakai 3 bulan dah masuk bengkel buat overhaul enjin rosak.Macamana agaknya tuan empunya guna motor tu.Mungkin dia tak dapat penerangan tentang cara mula menggunakan motor baru yang sebetulnya atau mungkin juga dia tak baca buku panduan motor.Harap-harap perkara seperti ini tidak terjadi kepada anda pemilik motor baru.Justeru itu dengan sedikit kesedaran hari ini saya nak kongsikan kepada anda dengan sedikit pengetahuan yang saya ada tentang hal ini.Kemungkinan ada manfaatnya untuk anda.

Ini berkenaan cara brake in motor dan cara jaga enjin motor.

Cara brake in/inreyen motor 

Tahukah anda apa itu brake in enjin? Ini ialah perkara penting yang selalu tokey kedai motor atau mekanik pesan kepada pemilik untuk guna motor baru.Brake in atau juga disebut running in,inreyen ialah sesi pantang enjin motor.

Dalam waktu pantang ini, enjin motor baru atau baru lepas overhaul tidak dibenarkan untuk kerahan tenaga maksimum.Maksudnya bawa motor secara lembut dan perlahan.Biasanya tempoh brake in enjin ialah 1000km perjalanan.Dalam waktu ini kelajuan maksimum motor yang disarankan ialah sekitar 60-80 km/j pada speed meter.Contoh ini ialah bagi motosikal berkapasiti 125cc kebawah.Ini bererti kira-kira 60% sahaja had kelajuan enjin semasa tempoh brake in.Bermakna disini selagi perjalanan motosikal baru anda belum sampai 1000km anda tidak boleh menunggang melebihi had kelajuan 80km/j.Ini adalah perkara sebetulnya.Akan tetapi kemungkinan berlaku anda terlepas dari had kelajuan disebabkan dalam perjalanan  anda terpaksa memerah pendikit untuk memotong kenderaan.Tak usah risau ini tidak mengapa,darurat!.

Gambar naik motor baru


Bagi situasi perjalanan jauh,banyakkan berhenti untuk rehatkan untuk enjin baru kerana enjin cepat panas .Tak perlu lama,5 atau 10 minit sudah mencukupi.

Ada sesetengah orang langsung tak brake in motor baru mereka.Ini amat tidak baik bagi kondisi enjin motor tersebut.Kebanyakan memberi kesan enjin jadi kasar kerana kompenon dalaman enjin motor baru seperti selinder blok,piston,gear dan bearing berada dalam keadaan belum serasi.Juga terjadi masalah minyak pelincir.Suhu enjin overheat yang boleh membawa kepada gasket blow dan kekejangan enjin.


Cara jaga enjin motor baru


Penjagaan enjin motor adalah amat  penting bagi baru atau lama untuk mengekalkan kondisi yang baik sepanjang masa digunakan.

No 1: minyak pelincir  -selalu menukar  minyak pelincir untuk setiap 1000km perjalanan atau boleh praktikkan begini; tukar minyak pelincir sebulan sekali bagi motor selalu ulang-alik kerja.

No 2: panaskan enjin 2 hingga 3 minit sebelum memulakan perjalanan dan 1 hingga 2 minit sebelum matikan enjin perjalanan jauh.

No 3: Jangan pulas minyak(rem) maksimum semasa gear neutral.

Itu sahaja cara-caranya,tak susah bukan.. Ingat ! yang utama adalah habiskan running in dengan betul,jangan tak sabar..ke-2 minyak pelincir,ke-3 teknik.

Tentang jadual servis anda boleh baca buku panduan motor yang anda terima kerana ia  amat penting lalu ikutilah dengan betul.
Itulah diantara tips jaga motor kepada pemilik motor baru atau bakal membeli motor baru.

Amalkan agar motor anda smooth dan lebih tahan lama.Kepada anda yang ada tips untuk dikongsikan bersama sila komen kerana ia banyak membantu kawan-kawan yang lain.terima kasih.



Tiada ulasan: