Halaman

Spoket tepat motor ringan

Gambar rantai motor

pilih saiz spoket yang tepat akan membuatkan motor lebih lancar dan lebih seronok dinaiki


Motor nak ringan sedap tunggang pilihlah saiz spoket yang tepat.Terutama yang selalu bawa beban berat besarkan mata saiz spoket anda hari ini.Belum tahu?Sila baca tips pilih saiz spoket motor dibawah.
Spoket dah bunyi rosak sampai masa dah nak kena tukar jadi macam mana anda pilih sprocket yang sesuai untuk motor anda.Ramai pengguna yang tidak hiraukan hal ini.Mujurlah ada ramai mekanik  di bengkel  suka memberi saranan yang baik untuk pengguna.Akan tetapi pemilihan spoket yang dibuat oleh mekanik adalah mengikut standard motosikal.Ini adalah baik,tapi kita disini ingin mencari sesuatu yang terbaik mengikut citarasa sendiri.

Gambar bai roti


Pemilihan Spoket motor


Cara ketahui saiz spoket dan rantai

Sebelum itu pastikan anda tahu saiz spoket yang anda pakai.
Untuk ketahui saiz spoket hanya perlu melihat nombor yang dicop pada spoket tersebut.Itu lah saiz spoket motor anda.Kadang-kala kita tak boleh nampak nombornya kerana dilitupi dengan minyak atau debu.Bagi motosikal yang menggunakan penutup penuh rantai spoket perlu dibuka alatan tersebut terlebih dahulu.Disana anda boleh nampak spoket belakang.Untuk melihat spoket depan pula terpaksalah buka penutupnya.

Cara tahu saiz rantai juga dengan melihat nombor.Setiap rantai motor pasti memiliki angka saiz contohnya 420 atau 428.Jika tidak kelihatan cuci rantai dengan menggunakan minyak petrol atau diesel.


Cara padankan spoket

Setelah sudah diketahui saiz spoket yang digunakan kini tiba masa untuk padankan spoket yang sesuai.Untuk itu ada perlu ketahui beberapa faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan spoket motor.



  • Kelajuan motor
  • Kekuatan membawa berat
  • Ketahanan kompenon enjin


Saiz spoket juga mempengaruhi kelajuan sesebuah motor.Sebab itu setelah kita selesai tukar spoket motor, akan terasa perubahan apabila kita naiki motor itu.Mungkin terasa laju dan mungkin juga terasa berat perlahan.

Untuk mendapat lebih kelajuan kita perlu mengecilkan saiz spoket.Contoh saiz spoket standard motosikal Honda ex5 ialah 36 mata gigi,kecilkan atau turunkan beberapa mata seperti 34,33, dan seterusnya.Semakin kecil semakin laju.Perkara ini berkesan selagi tidak melebihi kuasa enjin itu.Maksudnya kecilkan berpada-pada atau anda akan hadapi masalah top speed drop.

Kecilkan spoket dapat meningkatkan top speed motor tetapi hal yang perlu dikorban ialah kuasa pickup_nya.Untuk mendapat kuasa pickup pula tukar spoket belakang kepada saiz yang lebih besar.Begitulah hukumnya jangan terlalu lebih jangan pula terlalu kurang.


Untuk Penjagaan Enjin

Tahukan anda spoket yang tidak sepadan dengan beban boleh menyebabkan klac cepat rosak.Ini bagi kes spoket terlalu kecil.Bagi spoket yang terlalu besar pula akan menyebabkan gegaran hasilnya banyak skru yang tercabut.Juga menyebabkan rod dan bearing enjin cepat rosak.Tapi tak usah khuatir jika anda bukan kaki lari.

Gambar carta rantai motor terbaik
Rantai mempunyai 'o' ring masih terbaik


Gambar rantai motor


Spoket paling bagus di Malaysia 

Bagi mereka yang sedang mencari spoket yang paling bagus untuk motosikal anda pilihlah jenis rantai spoket yang berjenama terkenal kerana kualiti pembuatannya lebih terjamin.Di pasaran Malaysia contohnya,jenama seperti RKM,SSS,iKK adalah pilihan ramai.Untuk antarabangsa pula seperti RK,D.i.D,EK adalah bermutu.Bahaya rantai spoket motor yang belum diiktaraf penggunaannya,selain cepat rosak ia juga boleh putus.Banyak kes seperti ini berlaku.Jadi berhati-hati dalam pembelian rantai spoket motor.

Gambar spoket 415

Setting spoket 415

Ini cerita untuk yang gilakan kelajuan.Kisah rantai spoket bersaiz 415.Ini adalah ketagori spoket racing yang paling popular kepenggunaannya.Sememangnya rantai motor halus seperti ini dapat meningkatkan prestasi motor kerana ia kurang ruang geseran lalu membuatkan putaran roda menjadi ringan.

Saya pernah mencuba pakai spoket 415 set untuk motosikal saya,memang terbukti ringan dan paling mengejutkan boleh menjimatkan bahan api.

Tak percaya boleh cuba..
Akan tetapi seperti kebanyakkan barang racing ketahanan jangkahayat memang tidak ada yang penting sampai dulu kegarisan penamat,itu saja.

Updated:sesiapa yang nak cuba setting sprocket dan ratio gear  blog ke website ini

Untuk kegunaan motor pergi balik tempat kerja saya rasa eloklah pilih rantai sprocket motor yang mampu memberikan lebih ketahanan dan keselamatan kepada kita.Itu yang terbaik!..Tips untuk membuatkan rantai motor tahan lama ialah selalu bersihkannya dari kotoran debu dan pasir yang melekat.Gunakan minyak tanah cuci bersih,selepas itu berikan sedikit pelincir pada rantai.Insyallah ,masalah rantai spoket cepat habis dapat diatasi.Sekian bicara kita tentang Cara pilih saiz spoket motor untuk kali ini.-salam jumpa lagi-


sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Show comments
Hide comments

183 ulasan:

  1. kalau saya turunkan dari 14 38 jadi 13 33 ada apa2 effect buruk ke??..sebab saya dh check ratio utk 1438=2.71 dan kalau 1333=2.54

    BalasPadam
  2. biasanya kalau spoket ringan sangat(depan kecil) bearing2 enjin tak tahan tapi kalau nak cuba tak salah..

    BalasPadam
  3. nak tanya.. kalau ex5 standard untuk berjalan ke tempay kerja 14 33 sesuai tak?

    BalasPadam
  4. w'salam

    ok la tu..turun 3 mata dari saiz sprocket asal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Askum mad klau lajenda standart pakai spoket 14 33 blh x top speed dia blh pegi berapa

      Padam
  5. Mcm mne nk lajukn honda wave 100R...enjin standard lg..top speed 70kmh je...nk dptkn 80kmh enjin mengerang lain mcm...adakah perlu tukar sprocket.

    BalasPadam
  6. Haa..boleh cuba turun 3 mata saiz sprocket belakang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..klau motor wave 100 untuk long distance ...apa saranan saiz spoket yg sesuai???

      Padam
    2. Walaikumsalam

      Boleh cuba spoket 14-33 atau 15-36

      Padam
  7. Salam nak tanya...
    Sy pkai moto honda wave 110..kalau sy tukar kan spoket blakang 32..dpan 14 ok x..mana lg ok spoket dpn 14 ke 15 ek

    BalasPadam
  8. W'salam..

    Ok jugak..14 sedap angkut barang pun ringan,15 kalau nak stay laju..

    BalasPadam
  9. salam bro .. modenas dinamik sproket 14-36 ok ke ? sebb baru tukar tadi .. nak tnya pendapat kalau2 ada effect apa2.

    BalasPadam
  10. W'salam

    Efek dia macam saya bagitau kat atas tu l.
    Agak tak larat bawak beban kena besar sikit spoket belakan.

    BalasPadam
  11. Kalau spoket depan 15 dan belakang 30 ok tak kau untuk top speed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau standard biasanya tak boleh pegi spoket macam tu..up skit belakang

      Padam
    2. 15 30 cukup masuk gear 5 jea,,gear 6 out,,,,lain la abg modify moto

      Padam
  12. kalo pakai spoket 14-33 bgi sym sportbonus sr 110 ok x apa effect nyerr dan klo pakai 15-33 mcm mna plk??

    BalasPadam
  13. salam nak tanya kalau turun sporket dri 36 ke 32 akan ada effect apa2 kat engine tak?
    skrg dh 3 bulan guna 32
    kalau saya nk turun 14,28 untuk long distance sesuai tak? ataupon 18,28

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      19,28 cantik..haha..

      14,28 tu kurang2 dah masuk blok racing satu..kalau standard naya enjin bang..

      Padam
    2. boleh rosak eh bang? hahaha ingt nk sarung block size 53 je

      Padam
  14. Assalam. Bro motor saya sekarang pakai sprocket 33-14 kalau tak silap. Bila bawak org mmg berat. Tak pickup. And tak laju. Naik bukit lagi la. Nak jalan atas bonggol pun berat. Tolomg suggestkan yg sesuai. Motor wave 100R

    BalasPadam
  15. Assalam. Bro motor saya sekarang pakai sprocket 33-14 kalau tak silap. Bila bawak org mmg berat. Tak pickup. And tak laju. Naik bukit lagi la. Nak jalan atas bonggol pun berat. Tolomg suggestkan yg sesuai. Motor wave 100R

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bos cuba pakai 36 mata belakang..dan kalau ada bajet tukar klac baru..

      Padam
    2. kalau 15-33 oke tak kalau bawak org? wave 100??

      Padam
    3. Motor standard tak ok..pakai 14 depan

      Padam
  16. Assalam. Sprocket nk long distance bgi honda dash 110 v1 elok yg mna ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam..elok yang standard,meradah angin dan memotong pun sedap

      Padam
  17. Jln ulang alik study dlm 45min elok pkai brpa ? Honda wave dash 110

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai standard ja..tak ingat standardnya brapa..maaf

      Padam
  18. Assalamualaikum saya pakai modenas Kriss mr2 .kalau saya turun dari 37 ke 14-32 boleh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..
      Boleh cuba..tapi biasa orang kecikkan 3 mata saja dari standard..dah upgrade enjin baru turun lagi..

      Padam
    2. naik sikit je block53 , cam ikk high , carb wave125/kriss/125 ,spocket cri sndri . senang je buat pg kja dri pda stndard , dri 90kmh dpt lah 130. klau setting smpai 140 jngn lah lenjan je , prah enjin , enjin ada limit ga .

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum,
    Yamaha lagend 115fi sy skrg top 110km/h. Nak cuba lajukan sikit dpt 120~130 pun ok la. Bape saiz sprocket yg bole tuan advice. maaf, saiz sprocket stendet skrg xtau berapa gigi... thx

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam

      Kalau sekarang top speed gegar/meraung tak nak pegi..boleh je turun spoket belakang 3 mata..

      Padam
  21. Salam bos mad. Klau 135lc depan pkai 16 blkg pkai 37 ok ke utk stdrd tp nak main top. Skrg 15 36.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Memang top la 16 tapi penat la tunduk ..tak makan angin haaha

      Padam
  22. Salam bang nk taya saya pakai lc 135 v3 clutch motor dn stdt mody ..kalau pakai 15/33 ada top speed x ..sbb x test lagi motor x hbis patang ..pegalaman abg la block 62

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Maaf saya biasa modi motor repair motor rosak boleh laa..

      Dah masuk blok racing enjin lebih power jadi boleh la turun spoket..dari 38 turun 33 banyak tu..hmm tapi apa pun tengok macam mana buat juga..

      Spoket setting bagi lebih ke besar sikit,maksudnya topspeed bagi enjin meneran sikit tak mendatar dan tak jatuh..haa..tu ja la boleh bagi tau..

      Padam
  23. Salam.. bang.. sy moto 125zr kalau tukar sprocket sz 15/37 ok x bro?? Moto standard je.. berat badan 78..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pakai spoket ni skang , sedap jugak top speed dapat dalam 140 . Tapi nak test 16/37

      Padam
  24. Salam tuan
    Mto Demak 90 block 53.
    Spocket depan 14.
    Belakang 30.
    Masih Mcm gear xhabis.
    Cane Nk setting sporcket?
    Mohon bantuan.
    Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan

      Kalau rasa macam gear tak habis turunkan lagi..sebab motor masih power tu..haha

      Apapun setting sprocket lebih baik rasa gear tak habis sikit dari mendatar je jadinya

      Padam
  25. assalamualaikum

    mintak nasihat sikit moto saye wave 100 spoket dh 33-14 block 53 cam racing tapi knp bile masuk gear 4 moto jadi slow gear 123 lain sedap je

    Mohon Bantuan Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Tu maksudnya enjin tak boleh bawak spoket tu@kurang power

      Boleh cuba tuning carburator dulu sampai puas hati

      Masih sama upgrade lagi enjin supaya boleh bawak spoket 14-33 pada top speed

      Lagi power enjin jangankan 14-33..18-33 pun boleh bawak..dah tentu berdesup peginya..😊😊

      Padam
    2. klau dh naik block tkpyah 33:14 spocket , spocket khas untuk standard je main long , klau dh usik block cam mmng tk leh , kna trun spocket blkang depan kna naik bru dpt , cth ye , klau block 53 main cam , try spocket 30:15 32:15 29:16

      Padam
  26. Bos kalau pakai 16/37 cun tak? Moto 125zr stnd , sekarang pakai 15/37 . Agakagak rosak tak enjin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak jadi masalah kalau bawak sorang ja..15 depan sesuai 125z std

      'STP' boleh pakai 16/37

      Padam
  27. slm bos nk tnya kriss yg da ubah suai block 55 spoket apa yg sesuai tuk top.skang sy pkai 15-35..

    BalasPadam
  28. As salam..
    Klo pkai spocket 15 28..oky x... skrg pkai 15 32 ..top speed dpt 110km..

    BalasPadam
  29. W'salam

    Tak boleh rasanya..kena cari power kuat sikit baru boleh..

    BalasPadam
  30. Kalau moto kriss 100 standart pakai 14 30 okay tak....sekarang pakai 15 35..yang mana lagi sesuai...sbb moto susah nya capai 80

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kriss seratus ikut macam ex5 ja..14-36/14-33 untuk standard..

      Padam
  31. assalamualaikum , sy skng ni pkai blok 53 , high cam , carb kriss 120 , gigi gear 2,3,4 dh tukar , dan set spoket 15-33 lari dpt 130 .. klau nk dpt lagi top ptut tukar 15-30 atau 16-30? mohon bantuan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wailaikumsalam

      Pada saya baik pakai sprocket 15-30 kalau gear standard..tapi kalau dah tukar tu mungkin mampu bawak sprocket 16-30

      Padam
    2. baiklah , tpi skng pkai 15-33 bila gear 4 power dia mcm kurang meter lmbat nk capai top so ape perlu sy buat?

      Padam
    3. blom try tpi masa pkai 14-33 dlu susah nak dpt 120

      Padam
    4. klau 14:33 rsa nya untk moto standard modi , klau dh mcm tkr gear tu , besarkan sikit depan , belakang kasi kcek

      Padam
  32. Tumpang tnye ye...knape moto kriss 100 standart...sporket 14 35 berat je jln...meter pn tak sampai 80...tlong ye

    BalasPadam
  33. Bos cuba terangkan detail sikit macam mana jadinya..masuk gear macam mana,top speed macam mana dan masalah lain..boleh nanti saya cuba bantu

    BalasPadam
  34. Nak tanya, saya guna motor lagenda 110z burung hantu.. motor standard, skrg pakai spoket 15-34, motor rasa berat dan berat sgt nk sampai 100.. kalau masuk highway, kadang 90 je dia mampu.. berat saya 70++. Saiz spoket apa yg bersesuaian ya ?

    BalasPadam
  35. Saya guna kriss modified, spocket 14-34 ,top speed 120,kalau saya nak top lagi
    Saiz sprocket brp sesuai, takut enjin
    Tak mampu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bos...perlu seimbang dengan powernya..

      Padam
  36. Assalamualaikum.. nk tanye sporcket brpe yg sesuai untuk moto 125z standard.. sekarang ni sy pakai belakang 37 depan 14. Ok x? tpi gear 6 mati. N mcm mne nk bgi gear 6 x mati???

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum.. nk tanye sporcket brpe yg sesuai untuk moto 125z standard.. sekarang ni sy pakai belakang 37 depan 14. Ok x? tpi gear 6 mati. N mcm mne nk bgi gear 6 x mati???

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum.. nk tanye sporcket brpe yang sesuai untuk moto 125z standard. N mcm nk kurang enjin megerang gear 6 n gear 6 x mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kalau saya ,125Z STD PAKAI 15-39

      Padam
  39. Assalamualaikum Yamaha y100 sport blok dua kali potong.sporcket14_35 skg.kalau up 15_35 ok tak.atau ada cadangan lain .terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Boleh jugak..panjang sikit nafas dia..

      Padam
  40. Assalamualaikum tuan..Honda wave 100..spoket 14-33..top dapat dlm 90 je..cdi dah tukar yang racing..pakai sport rim dgn tayar tubeless..berat dlm 80kg..yang lain semua standard lagi..mintak pendapat...terima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Sprocket nampak ok ja..mungkin motor tuan power kurang..boleh cuba servis dulu,tukar klac plate atau jika mahu masuk blog 53' satu..

      Padam
  41. Asalamualaikum boss saya pakai ex5 block 53 spoket 15/32 cam racing kenapa top speed x dapat2 engine macm mintak gear tolog beri pendapat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam..try bahagian klac pulak tengok..tukar plate, auto

      Padam
  42. Boss nk tnya i pakai dash repsol 110 spoket apa sesuai utk top speed dgn pick up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya seting keluar kedai spoket dia besar disesuaikan jika kita bawa penumpang..saiz spoket agak gegar pada top jika naik sorang..jadi bos boleh kecilkan 3 mata untuk top jika mahu..

      Padam
  43. Salam bro...saya pakai ex5 standard sprocket saiz ape boleh tambah topspeed jadi 120 pun jadila skrg nak naik 100 pun payah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Standard memang laju tu ja..nasib la kalau dapat enjin baik laju la sikit..
      Try sprocket 14 33 (420)

      Padam
  44. Salam..saya baru sahaja membeli moto secondhand iaitu modenas ct110...spoket ape yg sesuai untuk pickup n gear panjang? Motor tu saya guna untuk pergi sekolah dan menghantar adik saya ke sekolah...barang moto semua stnd lagi...kdg2 jdi berat kt gear 3..mohon cadangan dan pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Mungkin spoket agak kecil saiznya..motor kriss 110 std saya selalu pasang saiz 14-39..gegar sikit top :)

      Padam
  45. assalam nk tnye setting spoket utk y15zr std..setting brapa cun utk top...rider berat 100kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Walaikumsalam salam
      Kecilkan 3 mata spoket belakang dari saiz sekarang pakai..boleh cuba set spoket 415

      Padam
  46. Assalamualaikum Tuan ,
    Saya ingin bertanya size spoket yang sesuai untuk golongan gemuk macam saya berat saya 139 Kg dan saya mempunyai sebuah motosikal Suzuki Best 110 standard spoket 14 , 36 .Apakah ukuran size spoket untuk orang yang seperti saya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bos boleh cuba besarkan 3 mata spoket belakang atau kekalkan yang asal tu

      Padam
  47. Salam bro nk tnya skit tentg spoket untuk moto sym sport rider 125 standent 15-36 sekarang tukar kepada 15-34 mula tu sedap la bawak lama² moto mengerang kuat... Apa yg patut diturunkn lagi bagi cadangan skit bro??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam bro

      Jangan2 klac habis dah bro..kalau tak boleh kecilkan satu mata lagi sprocket belakang

      Padam
  48. Salam bro,bc dr ats td byk yg pkai blok 53,ada apa2 lg x yg kena tkr kalo dh pakai blok 53 ni.,piston kena tkr jgk x,

    BalasPadam
  49. Assalamualaikum...bos sy pkai honda wave dash v3...sy baru tukr sprocket 15/36 mmng sedap la bwk engine pun xmengerang pickup pon ok..tp top speed dia kdng2 cecah 110 kdng cecah 100 je...klau sy turun kn sprocket blkng 34 agak2 engine mengerang x

    BalasPadam
  50. Hallo boss. Saya guna lc135 5s guna cdi BRT dual band. Skrg guna 15 38, dpat naik 120, 130 dpat tapi kene tunduk lame lame la haha. Klau tukar ke 15 40 , okay tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan yang bagus bos..boleh try..terima hadir

      Padam
  51. Saya bwk Honda wave 100r 120km lagi or I belom dikacau.. Boleh tukar spokect apa cun bwk highway

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu motor wave standard orang pakai 14-33

      Terima kasih hadir

      Padam
  52. assalamualaikum bang moto(kriss 1) sye std mody agak² brape size spoket nak setting? skang sye pkai 14/35 klau sye pkai 14/34 ok x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Motor krisa saya dulu tak nak spoket kecik sangat..saya pakai 36 ja belakang..tapi motor lagi power boleh pakai spoket yang dicadangkan tu..

      Terima kasih hadir dan komen..

      Padam
  53. Salam, sy pakai motor lagenda fi, sprocket std 15/41,sekarang dah tukar ke 15/38. Gear 3 boleh pergi dlm 100kmh, tapi masuk gear 4 terus rasa mcm berat dan boleh top sampai 110kmh shj. Kenapa ye mcm tu? Saiz sprocket sesuai utk motor ni berapa ye? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu motor standard sy pernah pki 14-40 rk-m gear 4 boleh cecah spi 110km/h ada pilion lg.sekarang tgh test 15-39 br aje tkr.biasanya klu belakang max turun spi 3 sj sbb ratio dah lari sgt bro.betulkan klu ada salah yea.total lagenda fi sy bw lebih kurang 170kg.2 org.

      Padam
  54. Bos nak tanya ex5 sya standard abis skrg pkai 14-33 enjin mcm mengarung minta gear patut ke kalau sya pkai 15-33.. jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang motor standard habis spoket 14-33 meraung lagi..boleh cuba 15 depan dan lagi saya rasa mungkin klac dah habis..

      Ok,terima kasih komen yang baik

      Padam
    2. Mohon penerangan,

      Saya pakai SYM SPORT BONUS SR modi sikit ja dlm CDI UNIT RACING, AIR FILTER RACING dgn CARBURATOR TS, skg saya pakai 15-31 and yg saya tk paham, enjin tk berapa mengerang sgt tapi bila dah masuk gear 4 rasa semput sgt. dah setting apa semua ke kena pakai dlm 15-32 dan 15-33 sbb ramai friends suggest dkt sya yg tu.

      Mohon petunjuk dari otai2 ya...

      Padam
    3. Terima kasih mampir ke blog ane :)

      Bagi motor yang sudah dimodifikasi perlu pastikan setting semua sudah ok baru boleh setting spoket..kalau tak tak jumpa bai..:)

      Padam
  55. Bos nak tanya setting sprocket mana lebih baik utk situasi gear 4 mengerang (bunyi enjin mcm mintak gear 5). Blok oversize 60mm dgn cam custom (pickup). Stock setting kilang 14-35 dgn 14-36. Skrg pakai 14-37 (mengerang). Mintak pendapat mana lagi baik. Samada naikkan depan 15-37 atau turunkan belakang 14-33. Tlg ye bos. T.kasih

    BalasPadam
  56. Assalam bang, kalau spoket depan 14 belakang 37 dpat 120km, klau nk naikkan top sikit berapa nk kena turun ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Cuba turun satu mata saja spoket belakang :)

      Padam
  57. Assalam tuan, nk tnya 2 soklan..sy pakai modenas mr1..mcm tuan bgth klau nk tukar spoket standard turun 3 mata..spoket blakg sy 38 so sy igt nk tukar ke 35..soklan 1st, utk tukar spoket tu kna ikut model motor ke?? Atau boleh pkai spoket moto model lain?? Ke 2, spoket dpn kne tukar jgk ke atau maintain yg sedia ada??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam tuan,

      Ya spoket ikut model motor apa..kadang ada juga yang sama macam Kawasaki dengan kriss.

      Tukar spoket elok tukar satu set tapi kalau nak setting spoket tukar satu2 dulu(blkg atau depan)

      Ok,mohon dicuba dan terima kasih kerna hadir

      Padam
  58. Assalam , nak tanya sym bonus 110 dah 4 tahun pakai.saiz spoket apa yang sesuai untuk long distance highway ? Chain apa pulak yg sesuai untuk sym bonus 110?

    BalasPadam
  59. Assalam , nak tanya sym e bonus 110 4 tahun dah pakai. Saiz spoket brapa yg sesuai utk long distance highway? Jenama chain apa pulak yg sesuai untuk sym ebonus 110 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Bagi saya kalau selalu jalan higway saya pakai spoket besar2 sikit/spoket standard sebabnya higway salulunya angin kuat,pakai spoket kecik2 kena tunduk baru pegi..haha

      Ok,harap terjawab

      Padam
  60. Salam bos mad. Nk pendapat sikit. Cmne nak improve top motor ct100 ?dah tukar Blok 53,karb ts,cdi racing spoket 34-14 tapi top speed 120km/h. Minta pandangan sikit

    BalasPadam
  61. Salam bos.

    Saya nak bertanya.
    Saya nak setting sprocket honda petak saya (3 gear) untuk top speed. 14-31 ok ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok power enjin..kalau standard paling banyak dapat ejas 3 mata saja(dari 36) spoket belakang,lebih drop..kalau pakai blok racing boleh banyak turun..

      Padam
  62. Salam. Saya Owner motor wave100. Saya nak tnya macam mana nak tahu saiz blok. Kat blok motor saya tulis 108cm. Spocket moto saya 14/32 tetap meraung jugak kenapa ya. Ade kaitan dengan klac ke? Mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Biasanya saiz blok yang kita selalu cakap ialah berkenaan besar lubang blok/bore contohnya blok racing 53' ex5.yang tulis kt blok tu ialah cc(isipadu blok)

      2-enjin meraung biasanya jadi 2 perkara spoket besar atau klac haus


      Ok harap terjawab

      Padam
  63. Assalamualaikum bos...
    Kwn nk tanye...
    Kwn pkai blok 56...
    Spoket depan 14 blkg 28...
    Top speed cume dpat naik 100 km/j je...
    Ada cadangan tak saiz berapa yg sesuai utk daptkn top speed dia???
    Mohon bagi pendapat pada sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Bos try pakai beso sikit
      Saiz 14-31 ke..
      Yang enjin siap dulu bos
      Adjust sprocket kemudian

      πŸ‘

      Padam
  64. Kalau modenas 110head big bal cam racing block 60 spoket apa cun

    BalasPadam
  65. assalam tuan, mohon pendapat dari tuan..sy pakai yamaha lc135 v4... spoket 15-39(aa gegar bila top speed 90-100km/j) so skrg sy pkai 15-35 (untuk dapatkan top speed) adakah akan timbul masalah pada engin motor drop spoket byk sangat.. minta pencerahan dari pihak tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Selalunya kesan dia macam tu lah..top jadi berat,tak daya bawak berat dan kena tukar gear untuk memotong..
      Jadi untuk motor standard maksimum ubah spoket saya sarankan 3 mata sahaja spoket belakang..

      Itusaja ok terima kasih hadir dan komen :)

      Padam
  66. Hi...nk mintak pandangan dan cadangan...sy berbdn besar,berat 135kg..menunggang kriss mr1...apa size sprocket dpn dan blkg klau nk bg motor rse ringan,rse pickup,dan still ada top...klau size 14 42 atau 15 42 ok ker? Ker ada cadangan size lain yg lebih sesuai utk org bdn besar mcm sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, 14-42 adalah saiz asal spoket kriss 110 kalau tak silap jadi eloklah kekalkan saiz standard tu kalau badan agak berat,kalau naik rasa pickup masih kurang naik yang belakang saja..itu pendapat saya

      Padam
  67. Saya sekarang pakai spoket 15/35.bila masuk gear rasa macam nak pergi lagi spoket apa yang sesuai ye berat Saya dalam 130

    BalasPadam
  68. Salam pengelulas..

    Skrg sy pakai honda dash repsol 110.. Memang xpnh usik lagi..motor baru pakai dlm 2 tahun..semua mmg stndard lg..klo sy tukar spoket 14 34 ok x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Ok juga tu..kurang gegar sikit

      Padam
  69. Bos kalau mle xtm 200cc nak naikkan topseed buat cane ye skang top baru 130

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecilkan spoket belakang boleh up topspeed tapi tak banyak la..mahu lebih upgrade enjin sikit haha

      Padam
  70. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  71. Salam nk tnya pendapat ttg kriss 110 . Masalah skrg minyak mkn kuat dan bila masa enjin sejuk masuk gear 1 dh bunyi mcm bot(berat) . Kmudian top speed pun mcm mintak gear 5 jaa . Klau boleh nk tnya pendapat untuk bgi safe minyak dan boleh top speed sedapp pergi(tak berat).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Saya cadangkan repair bahagian clutch..tukar clutch plate,auto mangkuk seperti tu..

      Padam
    2. Tq boss . Cuba dulu naa

      Padam
  72. Salam..nk tnye wave 125 klau guna spoket 15-33 okx

    BalasPadam
  73. Saya baru guna ex-5 ..tapi tak tau nak nak buat dia jadi cun enjinnya..boleh dpt penerangan detai kee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cun macam mana tu maksudnya? Adakah yang bagi enjin sedap naik saja..mcm tu kena jaga minyak enjin,plug..clutch kene pantau dan spoket guna saiz tepat

      Padam
  74. Askum.nk tnye.moto lagenda 110cc punye ratio yg ok dalam lingkungan berape ye?skg pkai belakang 36 top speed 100km/j je.

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum bang tumpang tanya EX5 Sye top speed 100kmj std sprokect 14-36 patut tkr saiz brpe brt Sye dlm 46/47kg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam
      Badan ringan boleh pakai 14-33

      Padam
  76. Ingin bertanya.(ex5 high power)..kalau blok dah saiz 55 kalau ukur luar saiz 56 lebih kurg lah.and pakai spoket 14-32.berat rider 65kg..ngam takk...tapi moto x pegi sgt..mesin dah ringan.and suggest kan camshaf yg sesuai

    (Harap dibalas)thanks🌸

    BalasPadam
  77. Salam..sy nk tnye sikit sy gna moto wave 125.sy gna spoket 15-33 rasa bergegar bla bwa laju prlu ke sy gna spoket yg lbih keci lg...klau prlu tlong bg tau spoket berapa yg ssuai tok hlang kn rsa bergegar bla bwa laju...

    BalasPadam
  78. Spocket ape yg sesuai utk main long ..moto mr1 just modi carb pkai carb wave

    BalasPadam
  79. Aku baru tukar spocket dari 15-39 kepada 15-37

    Resultnya top speed sama 120km/h. Tapi gear 3 dulu 80km/h dah bunyi terok mintak pecah enjin tapi skrg boleh capai 100km/h. Sayangnya enter gear 4 pulas punya pulas atas highway..120km/h jugak dpt.

    Boleh advice tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bos pakai motor apa ni..
      Cuba pakai depan 14..
      Contoh 14-33 (ex5)

      Padam
  80. Sy baru beli wave dash 110.pengalaman sy ride motor rg 110 sangat berbeza.engine wave dash lembut .topspeed 110 je.itu pun turun bukit.macam mana nak upgrade ?sporket berapa yg sesuai.ada nak modi engine tak .dapat topspeed 140 ke 150 ke.minta pandangan..😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang beza motor 2 lejang dengan 4 lejang,2lejang lebih laju pada kondisi standard jika kedua-duanya sama CC.
      Wave dash atau motor baru lain banyak cut-off cdi jadi boleh cuba tukar cdi untuk permulaan kemudian ubah saiz spoket sikit tengok ada perubahan ke tak..:)

      Padam
  81. Assalamualaikum.. Saya penunggang Suzuki Belang R150. sebelum ni sprocket 14/42, dapat top 145kmj-150kmj.. tapi top tu mcm mendatar je. pomen suruh naikkan 1 mata depan, jadi 15/42.. Lagi teruk top nak sampai 120kmj pun sakit.. soalan sy, ok x klu saya set 14/43 atau 14/44?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Biasanya motor standard kita tukar spoket belakang saja untuk dapatkan sikit lebih top..ya spoket cadangan tu ok..boleh cuba

      Padam
  82. Assalamualaikum. Saya pengguna wave 125, blok 57mm. Clutch semua baru tukar. Spoket sekarang 14/35. Gear 4 mengerang mintak gear lagi. Berat badan 90kg. Mintak pandangan tuan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Kalau mintak gear tu tandanya motor boleh pegi lagi :)
      Cuba buang lagi 2 atau 3 mata

      Padam
    2. Askm...sy pengguna motor wave100..gear 3 sy meter sampai 80 lps tu bile msk gear 4 meter jd turun ke 60..agk2 mslh spoket ke tuan sila balas

      Padam
  83. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  84. Salam.. Sy pengguna ex5 dream. Nak tanya sy set spoket 32-14 rantai DID 415.. Rim 18x1.85 moto standard. Sesuai ke seting spoket sy ney. Sblm ney pakai 29-14 top mmg kelaut. Pomen ckp saiz rim boleh jadi slh satu faktor jugak. Boleh tlg bagi pencerahan x

    Mohon dibalas
    #SelamatHariRaya2018

    BalasPadam
  85. assalam . kalau saya pakai demak evo z 125 r sesuai x depan pakai spoket 15 belakang pakai spoket 34 or 33? Anyone please reply..

    BalasPadam
  86. Saya pakai sym ebonus..block 53,cam racing high cam,carburator ts125,cdi racing..cuma nak set sprocket jer x tentu hala skang ni..skamg sye pkai sprocket 15 30..ok x..mohon penerangan

    BalasPadam
  87. Sye nk tnye pendapat kalian..skrg ni lc sye spec 65 dn sye gune spoket 14/31 dgn berat sye dlm 50 kg..so far top blh dpt 170 ikut meter lc v4 sye ni..agak ii sesuai x spoket sye tu atau perlu betulkan .. kdg ii sye bawa member yg agak gemuk gak jdi agak berat.

    BalasPadam
  88. Spoket wave alpha standard 14,37
    Apakah saranan abg untuk tingkatkn top speed

    BalasPadam
  89. Assalam .. Sy pkai wave 125 , berat 90kg .. Motor std .. Skrg sy pakai 15-37 bukit jd berat .. Ratio ape yg cun dgn bert 90kg ye .. Klu nk di ikut kn ratio 15-37 lbih kurg dgn 14-34 je .. Bantuan admin ..

    BalasPadam
  90. Asalam...sy pakai ex5 block dh msuk 53 elok pkai sprocket brp???skrg nie tgh pakai 15-33...mengerang skit motor

    BalasPadam
  91. minta tolong sifu bagi setting sprocket cub...berat badan dalam 90kg..ex5 dream..motor standart kilang..tq

    BalasPadam
  92. assalamualaikom .. sifu . nak tanya .. saya pakai ex5 dream .. kacuk barang 110 .. masuk block 55mm 110 .. karbereter wave 125 standert boleh masuk x ..? and berapa pilot jet dia ..? lepas tu .. ade bunti bising siket dekat bahagian kelas .. and ... kadang2 .. bila nak start .. dia mcm luncuy kebawah .. mcm lost ..

    BalasPadam
  93. Asslm boss.nk tny..moto dinamik sy skrng saiz spoket 15/35...top speed jd 170..tp dy pny top gear 6 agk long tuk dpt top speed..saiz brp tuk dpt pickup top?

    BalasPadam
  94. Bro , aq geram btul dgn moto ex5 aq . First time tukar spoket 15-35 dpt 110kmh , lepastu aq cuba 15-34 dpt 105kmh , lepastu aq tukar balik 15-35 top speed x brubah . Apesal ek? Aq ingat nk tukar 14-33 utk main cam ok ka ? Yg lain std

    BalasPadam
  95. Assalamualaikum bang..saya pakai lagenda 115zfi nk tnyekan pendapat tentang saiz sporket yg saya pakai iaitu 14-36 berat saya 54...bole go cume 120 klau main angin dapat 140 bole suggest kan sporket ape yg ngam untuk moto lagenda fi

    BalasPadam
  96. Kenape lain2 kedai motor, letak rega lain2 aek -teringin nak pakai yamaha y15zrπŸ™‚

    BalasPadam
  97. Salam Mad,
    Sy pakai ex5 dream, berat bdn 85kg. sblm ni sy pkai spket 1533,ekzos sdrd, top spd 105km, sy hntr rpair rantai kecil n servis enjin skali. Suggest pomen suruh tukar spkrt 1434, ekzs katam bisu. Bila try test, nk dpt 90 pun pyh, gear 4 mcm down. Tukar blik sdrd 1436, adala trasa gear 4, tp speed sma ja. Apa mslhye ni? Minta pndngan ttg ni En Mad

    BalasPadam
  98. Assalamualaikum..Saya pkai lagenda115z fi saiz standard spoket 13-41 pastu klau nk up speed nk trun bpe gigi blkng and up bpe gigi dpn?

    BalasPadam
  99. As'salamualaikum.. Minta bantuan sy pakai lagenda injection 115z.. Mcm mana nak dpt top speed.. Sekarang sy pakai 14-36 top speed mcm lambat sampai.. Berat 90kg.. Kalau sy pakai 13-36 atau 13-35 yg mana lagi ok...top speed ada tak..

    BalasPadam
  100. Assalam..


    Moto saya mr1:
    Cab wave 125
    Cam high cam racing
    Block 53
    Cdi racing

    Spoket apa sesuai ya???
    Dan apa lagi saya perlu buat untuk main long?

    Minta bantuan!

    BalasPadam
  101. Assalamualaikom....mintak bantuan sy pakai demak evoz 110 saiz 36-15 moto begegar kenapa ya

    BalasPadam
  102. Salam bang. Saya pkai spoket 15-36 kat wave100 standard. Top speed 100kmh je. Moto ni slalu buat jalan jauh dan bawa 2 org Agak2 saiz apa yang patut sya pakai untuk upgrade top speed???

    BalasPadam
  103. Saya pakai motor ex5,block besar dan carburetor ts.. berat saya 70kg dan kadang2 kawan saya tumpang sekali dgn saya... Boleh tak saya pakai 15-30

    BalasPadam
  104. boss kenapa ehh motor sy,spoket 14 33 meraung kuat ? blok 53 .

    BalasPadam
  105. salam bang saya pakai spoket 15-37 125z blok 1.00 standar bila top speed gear6 rpm 6 engine rasa mcm masih ada gear lagi

    BalasPadam
  106. salam..sy pakai modenas kriss 2 (disc depan) ..carb ori dah hilang .skrg pakai carb kriss juga tpi tak sama perfomance mcm carb ori mtor keluar kilang...dlu spoket 14-36..top smpai 135km/j...skrg spoket yg sama nak capai 100kmj pun garu kepala.... kdg mtor mintak gear lagi...paling prob clucth asik haus..10 thun pakai dlu okay,skrg tak sampai setahun haus...nk trun spoket semata??..mls nk tukar blok .sayang nk usik..kalau terpkse kita tukar blok 53 ..mohon bantuan ☺

    BalasPadam
  107. Saya pakai ex5 high power,blok 53,cam,carb ts,ekzos tpi bole gi 100 km/h je.Sebelum ni main carb ngan ekzos je dh dpt 120 km/h.Time tu spoket 15/33 skang pakai 15/33 gak.comment skit untuk top speed bang

    BalasPadam
  108. minta pendapat 14/34 atau 15/36 mane lg ok eh? ratio lebih kurang jer. trima kasih

    BalasPadam
  109. Assalammualaikum tuan..saya nak tanya kalau modenas kriss1 110 cc standart berapa saiz sporket yang sedap untuk pickup n top...sekarang saya pakai 15/36 memang berat,nak lintas jalan pun berat...pickup takde top pun takde sebab budak cina tu main tukar je sporket..sebelum tu ok je..sy x ingat size sporket sblum tu..clutch semua sy dh tukar...kalau 14/39 ok tak atau 14/38...harap tuan dapat membantu

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.