Motor kembali power selepas top set



Gambar cara buat motor power


Buat top set adalah satu cara untuk dapatkan balik power motor 4-stroke yang dah hilang_power drop

Motor hilang power..malas nak bergerak? Semestinya akan berlaku setelah motor itu telah lama digunakan.Punca 'power hilang' membabitkan beberapa perkara di bawah


  • Blok longgar
  • Valve bocor*
  • Lubang ekzos tersumbat
  • Sistem nyalaan lemah
  • Klac plate habis


*enjin 4-stroke

Senarai perkara di atas adalah punca atau penyebab motor hilang power@kuasa.Di sini saya kongsikan sikit cara kembalikan power motor yang sudah tak ada supaya kembali timbul.Tips ini hanya untuk motor dengan enjin 4-stroke ya..yang tak pakai 2t tu..

Caranya ialah buat top set dulu..
Buat Top set dapat kembalikan power motor yang dah hilang.Motor hilang power tak bertenaga setelah lama digunakan tak susah nak dapatkan balik power dia.Buat saja seperti ini


Gambar head blok motor



Buka bahagian top,tengok apa yang berlaku kat dalamnya.Buat servis sederhana.Cuci semua plak karbon yang berdaki kat dalam enjin tu.
Kalau perlu buat valve  grinding.


Gambar pomen bermasalah
Sakit kepala motor tak power


Bagi sesetengah pomen,mereka sebut top overhaul atau full servis dan inilah kerja-kerjanya.Buka bahagian top iaitu head selinder dan selinder blok.Cuci semua plak kotoran yang menjadi punca liang ekzos tersumbat dan pembakaran tak Jadi  sempurna itu.Setelah buat top set,insyallah power motor yang hilang dapat dikembalikan.Bolehlah kalian kembali meluncur laju ketempat kerja tanpa masalah :)


2 ulasan:

basikalmurah berkata...

salam..biasa bt top overhaul ni makan modal berapa ya?

Mad Malaysia berkata...

W'salam

Murah ja mahal lagi basikal
:)