Minyak hitam terbaik APi JASO





Mencari minyak hitam terbaik untuk motor perlu memahami kereteria APi dan JASO
dan kod Vascosity

Berlainan dengan mesin lumba penggunaan pelincir(minyak hitam)motosikal komersial/motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam yang pekat adalah terbaik.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun.

Castrol Go! 4T adalah minyak enjin berkualiti tinggi yang direkacipta khas untuk motosikal 4 lejang.Dirumuskan dengan kepakaran Castrol dalam pembuatan pelincir motosikal,Castrol Go!4T menggunakan Castrol's Trizone Technology untuk memastikan perjalanan anda lancar sepanjang masa.Castro Trizone Technology melindungi enjin,klac dan gear untuk menjaminkan fungsi terbaik ketiga-tiga komponen  kritikal ini.Sesuai untuk untuk semua jenama motosikal 4 lejang,sama ada yang menggunakan karburator ataupun suntikan bahan api.Memenuhi keperluan piawaian Api SG dan JASO MA2.


Gambar hiasan enjin
Melindungi enjin

Pernah baca keterangan seperti berikut pada botol minyak hitam yang anda beli?.Keterangan yang cukup meyakinkan pembeli :)
Tapi yang kenyataan yang paling kuat pada petikan diatas ialah

'Memenuhi keperluan piawaian Api SG dan JASO MA2'.


Ok jom lihat apa yang saya dapat tentang APi dan JASO setelah melakukan research di internet



Pelincir enjin dinilai oleh American Petroleum Institute (API)_ mereka menilai sifat-sifat kimia dan fizikal menggunakan kaedah ujian bangku serta ujian sebenar enjin berjalan untuk mengukur enapan pencemar.Mereka mengkaji pengoksidaan,pemakaian komponen, penggunaan minyak, deposit omboh dan ekonomi bahan api.Oleh sebab API merupakan satu standard bagi perindustrian minyak pelincir,maka dengan adanya lebel pada minyak pelincir telah menjamin mutu dan kualitinya.

Gambar hiasan klac
Melindung clutch

Sekarang ni JASO pula


Jepun Piawaian Automotive Organization (JASO) telah mencipta set mereka sendiri prestasi dan standard kualiti untuk enjin petrol yang berasal dari Jepun.

Bagi enjin petrol empat lejang, standard JASO T904 digunakan, dan amat relevan dengan enjin motosikal. The JASO T904-MA dan MA2 standard direka untuk membezakan minyak yang diluluskan untuk digunakan klac basah, dengan pelincir MA2 mencapai prestasi geseran yang lebih tinggi. The JASO T904-MB standard menandakan minyak tidak sesuai untuk digunakan klac basah, dan oleh itu digunakan dalam skuter dilengkapi dengan penghantaran terus berubah-ubah. Penambahan pengubah geseran kepada minyak JASO MB boleh menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih besar dalam aplikasi ini.

Bagi enjin petrol dua lejang, yang JASO M345 (FA, FB, FC, FD) standard digunakan,  dan ini merujuk terutamanya kepada abu yang rendah, pelinciran, detergency, asap rendah dan menyekat ekzos.

Piawaian ini, terutamanya JASO-MA (untuk motosikal) dan JASO-FC, direka untuk menangani isu-isu minyak-keperluan yang tidak dinyatakan dalam kategori perkhidmatan API. Salah satu unsur yang standard JASO-MA adalah ujian geseran direka untuk menentukan kesesuaian untuk penggunaan klac basah.  Minyak yang memenuhi JASO-MA dianggap sesuai untuk operasi klac basah. Minyak dipasarkan sebagai motosikal khusus akan membawa label JASO-MA.

Sumber direct: wiki


Gambar hiasan gear
Melindung gear


Kod Vascosity 


Kod vascosity seperti 5w 30 yang terdapat pada botol minyak menerangkan tahap kelikatan minyak hitam itu.Kelikatan(cair atau pekat) yang dimaksudkan seperti perbandingan air dan sos tomato.Sos tomato adalah lebih likat dari air.

Kita juga melihat pada botol minyak pelincir seperti ini 'SAE 30'.
SAE ialah Society of Automotive Engineers yang mewujudkan skala minyak enjin juga minyak gear.

Berbalik kepada angka 5w 30
'W' bererti winter(musim sejuk).
Bermakna minyak itu di uji pada kesejukan.minyak 2 angka 5w 30 ini disebut multi gred.Ia mempunyai bahan pengecas istimewa disebut viscosity index improvers( VIIs).Vi akan membuat kadar kelikatan berubah-ubah.lulus kepanasan pada suhu 100° dengan angka 30  dan juga lulus kesejukan 5w.Angka 30 jika dinaikan menyatakan minyak itu lebih pekat dan lambat mengalir,angka 5w semakin kecil lebih baik mengalir pada suhu sejuk juga untuk start enjin.Minyak hitam semi synthetic mempunyai kandungan Vii yang tinggi berisiko 'down gred' untuk jangkamasa tertentu setelah mengalami suhu sejuk dan panas enjin secara berulang.

Gambar hiasan gred minyak pelincir


Nombor tanpa w seperti SAE 30 pula di uji pada
suhu 210° F  atau 100° C iaitu suhu operasi enjin motosikal.Boleh dikatakan minyak SAE 30 adalah sama kelikatan/kepekatan dengan minyak pelincir 10w-30 atau 5w-30 pada 210°F(100°c).Perbezaan antara kedua-duanya hanya pada suhu sejuk kerana 5w-30 diuji dan mendapat gred pada kesejukan tidak bagi SAE 30(tanpa w).5w-30 mempunyai kelebihan daripada SAE 30 pada suhu sejuk.Kelebihan yang dimaksudkan ialah tahap kelikatan minyak itu mampu mengalir dengan baik ringan didalam enjin pada kesejukan 5w(lihat jadual) walaupun prestasinya sama dengan SAE 30 pada suhu operasi enjin memuncak 100°c.

Jika minyak mempunyai w seperti sae 15w   mengalir pada suhu     210° F (100° C) sama seperti sae 40 ia akan dilebel sebagai 15w-40

Minyak mempunyai w berbeza dengan tanpa w ialah pada masa suhu sejuk atau masa mula hidupkan enjin

Kelebihan minyak yg mempunyai kelikatan tinggi ialah memberi ketahanan pada komponen enjin.Kekurangan ialah terlalu likat yang menyebabkan alirannya didalam rongga-rongga enjin, pam minyak hitam,crankshaft adalah lambat.Faktor ini mempengaruhi permulaan hidupkan enjin.

Pengaruh kelikatan pelincir pada perlumbaan motor


Enjin berprestasi tinggi didalam perlumbaan motor memerlukan aliran pelincir yang cepat dan pelincir cair adalah pilihan.Kemenangan adalah matlamat utama.Ketahanan jangkahayat komponen enjin tidak diperlukan kerana kegunaannya selesai setelah perlumbaan.Kadangkala ketahanan pada suhu panas melampau juga dititikberatkan contoh pada pusingan perlumbaan yang panjang.

Berlainan dengan motosikal komersial,motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam sesuai untuk motor "cari makan" ialah yang pekat,bukan terlalu pekat.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun kerana sering rosak bearing,piston rod sebagainya.


Gambar gred minyak pelincir


Apakah pelincir yang sesuai untuk pengguna motor di Malaysia


Setelah apa yang faham setelah melakukan semua research diatas saya katakan minyak pelincir pilihan yang sesuai untuk pengguna di Malaysia ialah single gred seperti
SAE 20, SAE 30,SAE 40 yang mendapat lebal dari APi dan JASO.
Ini kerana purata suhu di Malaysia  ialah sekitar 21°c-30°c kecuali anda tinggal di Genting Highland atau lain-lain tempat tinggi.Pada tempat itu anda perlu membuat pengiraan balik tentang pemilihan untuk mendapat minyak hitam terbaik.

Tiada ulasan: