Tips beli motosikal baru





Salam pembaca,


Nak beli motor baru? Jangan beli motor baru lama..


Motor baru atau motor keluaran baru bermakna sebuah model baru motosikal yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar motosikal.Contohnya Yamaha tahun ni keluarkan model apa,Honda pula apa,Suzuki,kawasaki,ducati,
Modenas dan begitulah seterusnya.

Ada 2 jenis ciri-ciri motor model baru yang perlu diketahui.



  • Motor model lanjutan atau duplicate
  • Motor model baru keseluruhan


Motosikal model lanjutan/duplicate ialah motor yang diperbaruhi keluaran lama kemudian dikeluarkan lagi,Kali ini dengan penambahan sedikit aksesori baru,perubahan tampilan stiker,warna tetapi masih mengekalkan enjin lama contohnya.Untuk menjayakan lagi model ini,mereka turut merubah nama model,contoh  125z kepada 125zr. Penambahan 'R' di belakang menandakan ada perbezaan diantara kedua-dua model motosikal tersebut setelah di upgrade,tapi enjin tak tukar kekal sama.

Model baru keseluruhan ialah model sulung bagi sesebuah keluaran.Contoh tahun 2015  Kawasaki telah melancarkan model baru superbike,kawasaki H2r 1000cc supercharger enjin.Tidak ada model keluaran kawasaki sepertinya sebelum ini dari segi rupa,nama mahupun enjin,semuanya serba baru.Inilah yang dimaksudkan motor model baru sepenuhnya


Gambar motor Kawasaki baru
Kawasaki

Gambar motor baru
H2r


Tips beli motor baru

Nak beli motor baru ini adalah tipsnya.


Beli motor yang dikeluaran oleh nama-nama besar pengeluar motosikal yang terbukti kualiti pembuatannya

Rasa rugi jika beli motor keluaran pengeluar yang suka copy model motor orang dan lekatkan namanya sahaja.

Bagi saya ,saya lebih pentingkan enjin dari benda lain.Bosan kalau motor kulit je tukar baru tapi enjin model lama.Kurang seronok bila naik motor tu,rasa macam motor lama saja.lagi satu posisi penunggang juga penting,kalau rasa tak sesuai jangan beli.Penat nanti..Belilah motor baru yang sesuai untuk citarasa kita kerana akan rasa puas hati semasa menunggang..jangan hutang lama-lama,harga lagi mahal nanti..
sekian,assalamualaikum.

Tiada ulasan: