Tips beli motor baru dari pomen


Pandangan saya tentang cara membeli sesebuah motosikal baru agar anda berpuas hati setelah motor dibeli



Cakap pomen motor' hari ini ialah mengenai tips beli motor baru.Jika anda mahu menerima pandangan saya tentang motor baru,saya ada beberapa hal yang hendak diperkatakan. Membeli motor baru saya mempunyai sedikit pengalaman bekerja di bengkel jual motor baru.Tugas saya ialah memasang aksesori kelengkapan motor baru seperti pasang bakul,pasang cermin sisi,no pendaftaran sehinggalah kerja hidupkan enjin motor baru.Kadangkala tugas saya menghantar pelbagai jenis motor baru ke kedai lain atau ke sesuatu destinasi lain yang dipinta.Hmm,memang seronok dapat melenjan  motor baru sepanjang highway. Motor baru la katakan..tapi itulah pengalaman


Gambar motor baru

Cara pilih motor baru


Bagaimana pemilihan sesebuah motor baru yang bakal dibeli..?
Untuk pertanyaan ini separuh saya tidak dapat menjawab kerana ia terpulang kepada anda sebagai pembeli.Ini seperti hal-hal bersangkutan dengan minat dan harga,itu terserah kepada anda.Apa-apa pun membeli secara cash lebih memberi keuntungan jangka panjang.

Tips yang boleh saya berikan ialah mengenai perkara didalam lingkungan tugas saya sahaja seperti dari segi kebaikan dan keburukan enjin pada sesuatu jenis motosikal baru serta sistem yang tawarkan kepada penunggang

Motor baru dilengkapi sistem keselamat terkini diutamakan.Ciri-ciri keselamatan baru seperti sistem brek cakra(disc),lampu neon yang terang depan belakang,begitu juga signal dan cermin sisi yang jelas untuk pandang belakang.Perhati juga panel meternya,mempunyai pelbagai petunjuk adalah satu kebaikan seperti petunjuk minyak,signal,high beam dan yang terkini ialah petunjuk suhu enjin.

Keselesaan penunggang sering diutama bagi pengeluar yang perihatin.Cuba anda duduk diatas motor baru yang anda pilih dalam posisi menunggang.Adakah tempat duduknya empuk selesa,bagaimana pula kedudukan badan anda sambil memegang handle.Adakah ia selesa? .Semestinya posisi menunggang adalah penting untuk perjalanan jauh.

Pilih enjin motor baru


Enjin ialah nadi motosikal.kuasa,penggunaan bahan api,kelancaran perjalanan semua tertakluk di sini.

Pilihlah motor baru yang memberi keseronokan menunggang disamping keselamatan kita ke distinasi yang dituju.Penjimatan kos bahan api juga penting supaya lancar perjalanan kita.Takut nanti tak putus-putus asyik berhenti tambah minyak saja,terbantut perjalanan kita.

Enjin motor baru terkini dilengkapi dengan sistem injeksi mengganti sistem karburator.Penggunaan bahan api lebih optimum dan lebih lancar dengan sistem injeksi.

Kuasa enjin juga penting dalam memilih motor baru.Beli motor yang ber-cc besar bukan bermakna mencari kelajuan.Motor laju lebih rendah risiko kerosakan,kerana apa?
Contoh motor berkuasa 100 cc,kelajuan maksimum pada kondisi standard adalah diantara 100-110 per jam.Rata-rata saya tengok kelajuan motor orang bawa ketempat kerja ialah antara 80-100kmh.Ini bermakna 80 sehingga 100% tenaga motosikal dikerah setiap hari.Enjin tak ada rehat semestinya risiko kerosakan lagi tinggi tambahan pula pada jenis enjin yang kurang ketahanan.

Lalu hari anda boleh buat penilaian melalui tips yang saya berikan dalam memilih motor baru untuk dibeli.Seperti yang saya katakan diawal perbicaraan kita,minat dan harga adalah hak anda.Anda yang membayar jadi boleh abai saja tips yang saya berikan jika mahu.

Tapi satu persoalan yang kurang orang bertanya ketika membeli motor baru ;' Bolehkah motor ini di klaim kerosakan dalam tempoh warranty,adakah ia free sepenuhnya?'..kepada pembaca yang pernah melakukannya dialu-alukan untuk komen kongsi bersama pembaca yang lain yang bakal keluarkan motor baru agar manfaat..terima kasih.

-sekian-

Tiada ulasan: