Pengenalan sepanar motor


Sepana-sepana yang digunakan dalam kerja baiki motor yang perlu anda kenal

Perkara utama dalam kerja baiki motor ialah sepana(spanner).Maka adalah lebih baik kita kenal sepanar utama dahulu untuk mula baiki motor sendiri atau buka bengkel sekalipun. Sepana untuk bidang automotif khususnya disini untuk mekanik motor adalah sederhana saiznya tak perlu yang terlampau besar atau terlalu kecil.Lihat skru pada motosikal anda saiz berapa yang paling besar dan yang paling kecil.


Jenis-jenis Spanar utama wajib dimiliki oleh mekanik 

Disini boleh lihat beberapa jenis Spanar manual / alatan tangan yang sentiasa digunakan oleh mekanik seperti untuk membuka tayar, minyak hitam, enjin, etc. Selain peralatan tangan dibawah Alatan mesin juga diperlukan

  • Sepana ring

Gamabar spanar untuk motor

Common ring 

Untuk repair bahagian luaran sepanar yang sesuai ialah sepana ringan seperti common  ring.Common dan ring bermakna 2 gaya yang boleh dipakai lantas akan mempercepatkan kerja baiki luaran motosikal.
Kelebihan jenis spanar common ring ia senang dan mudah digunakan di tempat-tempat atau celah yang sempit pada mana bahagian seperti roda tayar,magat,ekzos dan lain-lain lagi.
Penting diketahui untuk pemula mekanik;
Aturan cara guna sepana ini semestinya penting untuk elakkan masalah skru rosak atau loose.
Contohnya nut pada sub tayar,biasanya nut pada bahagian ini diikat ketat jadi untuk membukanya mesti didahului menggunakan ring dan kemudiannya setelah nut longgar kita gunakan common.

Pelbagai jenis pilihan jenama sepana common ring boleh dipilih dipasaran dan bagi saya setelah banyak jenis mencuba, yang terbaik sekarang ini bagi saya hanya dari jenama SB wrench. Cukup baik fit dan tahan lama, harga sekitar dibawah ini untuk set sepana dan jika anda berminat boleh terus beli sekarang

Sepana socket

Sepana yang bagus untuk daya ikatan atau bukaan yang kuat ialah jenis socket.Selain ia biasa dipakai dengan mesin angin (air compressor) ia juga tersedia dengan lengan socket atau ratchet untuk manual guna tangan. 
Sepana socket sesuai diguna-pakai pada skru bersaiz besar di atas saiz 12′ contoh pada bahagian enjin motosikal atau roda juga.

Gambar sepana socket
Socket sepana
Saiz socket boleh di tukar mengikut keperluan kegunaan. Sepana ini cukup popular dan boleh dikatakan sepana terbaik untuk kerja mekanik motosikal kerana jarang sekali membuat skru  berkepala Hex atau nut jadi  rosak.
Kelemahannya tak boleh digunakan di celah sempit.Tapi ada pilihan lain iaitu dengan menggunakan ratchet sebagai lengannya.

Sepana socket boleh dibeli satu persatu atau set lengkap dan memandangkan tidak semua socket sesuai untuk mekanik motor jadi beli set lengkap seperti dibawah ini dulu dan satu,dua saiz lagi boleh dibeli kemudian dan pastikan yang berjenama berkualiti seperti brand King Toyo ini kerana yang murah kebanyakan tidak fit saiz skru dan boleh merosakkan skru semasa menggunakan

alatan mesin

Gambar air compressor
Air compressor 

Kepada yang berkemampuan baikimotor.com syorkan ada beli sebuah air compressor untuk menggunakan pelbagai alatan mesin yang menarik dan dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja anda.
Air compressor atau mesin pam angin untuk kerja bengkel dibeli mengikut kesesuaian kerja contoh jika kerap menggunakan angin seperti dalam kerja semburan cat anda perlu beli compressor berkapasiti besar dan tangki yang besar supaya angin yang cukup diperolehi semasa proses kerja

Tapi jika hanya untuk kerja buka pasang enjin motor dirumah memadai yang kecil sahaja

Sebuah air compressor kecil pada masa artikel ditulis boleh dimiliki dengan murah serendah $500 ringgit sahaja.Setelah itu pelbagai pilihan alatan mesin untuk mekanik tersedia untuk di beli diguna pakai untuk memudahkan kerja anda contohnya;

Air impact wrench/air gun

Sebelum saya miliki air gun ni kerja saya memang rumit dan lambat dan lagi terpaksa membuka nut khasnya pada bahagian enjin dengan menggunakan impact manual.Memang rumit pakai impact manual untuk membuka sebiji nut tengah clutch motosikal rxz contohnya.
Air gun memang cukup kuat untuk membuka dan memasang skru/nut jadi perlu berhati-hati menggunakannya.Laras kekuatan dengan sebetulnya.

Gambar Air Gun
Air impact wrench 

Bagi saya bermula menggunakan air impact ini dengan yang murah sahaja harga sekitar rm250 dan setelah dalam masa 5 tahun hanya sekali servis, itupun servis sendiri dan sampai sekarang masih bertahan. Tips untuk sepana tahan lama ialah jangan main campak sahaja, letak elok-elok dan simpan setelah digunakan

Air blow gun/pistol tembak angin

Pistol tembak angin/ air blow gun banyak dipakai ketika membuat servis membersih kotoran.
Kerja membuat overhaul enjin atau servis karburator jadi lebih bagus dengan menggunakan pistol angin. Harga tak mahal sangat sekitar rm20-30

Gambar sepana air blow gun
Air blow gun 

Pam angin manual

Jangan lupa benda paling mustahak iaitu pam angin tayar.Hampir semua bengkel motor tidak lagi menggunakan pam angin manual seperti pam kaki atau pam tangan,membuat isian angin tayar motosikal tidak lagi memenatkan jika memiliki sebiji air compressor.Beli sebiji kepala pam angin,pasti tak ada masalah untuk pam angin tayar Superbike sekalipun.

Set spanar mekanik motor

Kepada mekanik pemula baikimotor.com saya cadangkan sediakan set sepana jenis manual untuk mula belajar mekanik motor atau bagi yang berkemampuan boleh terus membeli air compressor. Tak perlu besar,yang kecil sudah memadai.
Antara saiz sepana yang perlu ada dalam tong sepana anda ialah;
  • Common ring serta sepana socket;  8′,9′,10′,12′,14′,17′,19′,21′,22′,24′,27′,32′
  • Lengan socket
  • Manual impact driver
  • Playa;Grip,ragum,muncung tirus,klip
  • Pengetuk;Besi,getah
  • Sepana ‘T’;8′,10′

Di atas adalah antara jenis spanar pelbagai fungsi untuk permulaan yang perlu anda standby untuk memulakan kerja mekanik motor dan beberapa sepana khas tambahan yang akan kita kenali nanti.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x