Pengenalan sepanar motor



Sepana-sepana yang digunakan dalam kerja baiki motor yang perlu anda kenal


Perkara utama dalam kerja baiki motor ialah sepana.Maka adalah lebih baik kita kenal sepanar utama dahulu untuk mula belajar baiki motor.Sepana untuk baiki motor adalah sederhana saiznya tak perlu yang terlampau besar atau terlalu kecil.Lihat skru pada motosikal anda saiz berapa yang paling besar dan yang paling kecil.


Jenis-jenis Sepana utama wajib dimiliki oleh mekanik 

Disini boleh lihat beberapa jenis Sepana manual / alatan tangan yang sentiasa digunakan oleh mekanik.Selain ini
Alatan mesin juga diperlukan

  • Sepana ring




Gamabar spanar untuk motor


Common ring 


Untuk repair bahagian luaran sepanar yang sesuai ialah sepana ringan seperti common  ring.Common dan ring bermakna 2 gaya yang boleh dipakai lantas akan mempercepatkan kerja baiki luaran motosikal.

Kelebihan sepana jenis common ring ia senang dan mudah digunakan di tempat-tempat atau celah yang sempit pada mana bahagian seperti roda tayar,magat,ekzos dan lain-lain lagi.
Penting diketahui untuk pemula mekanik;

Aturan cara guna sepana ini semestinya penting untuk elakkan masalah skru rosak atau loose.
Contohnya nut pada sub tayar,biasanya nut pada bahagian ini diikat ketat jadi untuk membukanya mesti didahului menggunakan ring dan kemudiannya setelah nut longgar kita gunakan common.

Sepana socket


Sepana bagus untuk daya ikatan atau bukaan yang kuat ialah jenis socket.Selain ia biasa dipakai dengan mesin angin (air compressor) ia juga tersedia dengan lengan socket untuk manual guna tangan.

Sepana socket sesuai diguna-pakai pada skru bersaiz besar di atas saiz 12' contoh pada bahagian enjin motosikal atau roda juga.

Gambar sepana socket
Socket sepana


Saiz socket boleh di tukar mengikut keperluan kegunaan.Sepana ini cukup popular dan boleh dikatakan sepana terbaik untuk kerja mekanik motosikal kerana jarang sekali membuat skru  berkepala Hex atau nut jadi  rosak.
Kelemahannya tak boleh digunakan di celah sempit.Tapi ada pilihan lain iaitu dengan menggunakan ratchet sebagai lengannya.


alatan mesin


Gambar air compressor
Air compressor 

Kepada yang berkemampuan baikimotor.com syorkan ada beli sebuah air compressor untuk menggunakan pelbagai alatan mesin yang menarik dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja anda.

Sebuah air compressor kecil pada masa artikel ditulis boleh dimiliki dengan murah serendah $500 ringgit sahaja.Setelah itu pelbagai pilihan alatan mesin untuk mekanik tersedia untuk di beli diguna pakai untuk memudahkan kerja anda contohnya;


Air impact wrench/air gun


Sebelum saya miliki air gun ni kerja saya memang rumit dan lambat dan lagi terpaksa membuka nut khasnya pada bahagian enjin dengan menggunakan impact manual.Memang rumit pakai impact manual untuk membuka sebiji nut tengah clutch motosikal rxz contohnya.

Air gun memang cukup kuat untuk membuka dan memasang skru/nut jadi perlu berhati-hati menggunakannya.Laras kekuatan dengan sebetulnya.

Gambar Air Gun
Air impact wrench 


Air blow gun/pistol tembak angin


Pistol tembak angin/ air blow gun banyak dipakai ketika membuat servis membersih kotoran.

Kerja membuat overhaul enjin atau servis karburator jadi lebih bagus dengan menggunakan pistol angin.

Gambar sepana air blow gun
Air blow gun 


Pam angin


Jangan lupa benda paling mustahak iaitu pam angin tayar.Hampir semua bengkel motor tidak lagi menggunakan pam angin manual seperti pam kaki atau pam tangan,membuat isian angin tayar motosikal tidak lagi memenatkan jika memiliki sebiji air compressor.Beli sebiji kepala pam angin,pasti tak ada masalah untuk pam angin tayar Superbike sekalipun.

Kepada mekanik pemula baikimotor.com saya cadangkan sediakan set sepana jenis manual untuk mula belajar mekanik motor atau bagi yang berkemampuan boleh terus membeli air compressor. Tak perlu besar,yang kecil sudah memadai.
Antara saiz sepana yang perlu ada dalam tong sepana anda ialah;

  • Common ring serta sepana socket;  8',9',10',12',14',17',19',21',22',24',27',32'
  • Lengan socket
  • Manual impact driver
  • Playa;Grip,ragum,muncung tirus,klip
  • Pengetuk;Besi,getah
  • Sepana 'T';8',10'



Di atas adalah antara sepana permulaan yang perlu anda standby  dan beberapa sepana khas tambahan yang akan kita kenali nanti.



Artikel hari ini ialah mengenai sepana yang perlu dikenal dan difahami fungsi untuk digunakan dalam kerja baiki motor.Dan ini ialah tajuk pengenalan.

Tiada ulasan: