Pemilihan grip tayar motor


Gambar tayar motor


 grip tayar | bunga tayar | jenis tayar


Tips pemilihan bunga tayar untuk motor untuk lebihan grip.Pelbagai jenis bunga tayar memberikan grip pada permukaan jalan yang berbeza.Contohnya jalan licin selepas hujan rekaan bunga tayar yang bagaimanakan memberi grip atau cengkaman yang lebih,jikalau jalan berpasir,jalan kering macamana pula pemilihan tayar yang terbaik.

Salam pembaca,hari ini isu mengenai grip yang diperolehi pada sebiji tayar yang kita pakai pada motosikal.Kita tahu cuaca sentiasa tidak menentu kat negara kita ni.Musim hujan pun lama juga,2,3 bulan juga.jalan kat Malaysia kira antara yang terbaik juga didunia.Tapi kat kampung-kampung  masih ada yang kurang.Berlopak,berpasir dan sebagainya.Jadi jenis tayar yang bagaimana anda pilih untuk dipakai pada motosikal anda.


Jenis-jenis tayar


  • Tayar jalanraya biasa
  • Tayar dual purpose
  • Tayar separuh slick
  • Tayar slick



Tayar bunga TT jenis tayar yang dikenali mempunyai rekaan berketul-ketul seperti tayar offroad yang dipakai pada motor scrambler tapi bezanya bunga tayar ini nipis.Masih berketul ketul tapi nipis.Contoh tayar TT yang popular ialah Dunlop TT 100.kelebihan Tayar TT ianya sesuai pada apa-apa permukaan pada tahap sederhana.Jalan kering,jalanraya berpasir atau jalah basah.Tayar ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc Harga tayar jenis ini pun tak mahal sekitar RM 40-60 sebiji.




Gambar tayar terbaik Dunlop TT 100
Bunga tayar TT 100




Tayar dual purpose ialah tayar 2 alam boleh digunakan pada jalanraya biasa dan juga jalan tanah.tayar jenis bulat dan mempunyai rekaan lorekan tayar yang efektif pada permukaan yang disebut.Biasa digunakan pada motor dual purpose seperti KTM ,ducati multistrada,BMW Gs dan sebagainya.

Tayar separuh slick bermakna tayar motosikal yang hanya mempunyai sedikit sahaja lorekan pada tayar.Tayar ini banyak digunakan pada motosikal berkuasa tinggi jenis sport seperti CBR 600,Yamaha r6,Suzuki Gsx 1000 dan sebagainya.Malahan tayar ini turut tersedia untuk saiz kecil dan sesuai untuk motosikal motosikal cub kecil.Tayar ini mempunyai grip yang lebih baik didalam selekoh berbanding tayar jalanraya biasa.ini adalah tayar dalam ketegori sport.contoh tayar separuh slick yang terkenal ialah seperti  seperti Dunlop sportmax,Pirelli supercorsa,Brigestone battlax dan sebagainya.

Tayar slick ialah tayar kelas paling atas dan khas untuk satu permukaan sahaja iaitu kering.Ini ialah tayar untuk tujuan perlumbaan sahaja.Prestasi yang cemerlang didalam selekoh dan breaking diatas permukaan kering.Tayar ini tidak mempunyai apa-apa lorekan bunga hanya botak.Ia juga dikenali sebagai tayar trek.Tayar ini dapat kita lihat pada jentera-jentera perlumbaan seperti di motogp,wsbk,asia road racing dan sebagainya.


pemilihan tayar untuk motor cub


Cara pilih tayar untuk mendapat grip yang lebih baik ditentukan oleh beberapa perkara.yang paling utama ialah tujuan kegunaan pemilik.Contoh nak guna pada motor cub pergi balik kerja eloklah pakai tayar jalanraya biasa kerana lebih jimat tentunya.Pilih yang dari jenama terkenal kalau pentingkan ketahanan dan keselamatan.Contoh jenama tayar terkenal seperti Dunlop, Bridgestone,Pirelli,Michelin,Fkr pun boleh tahan.

Pilih bunga tayar yang sesuai untuk jalan yang kita gunakan.Contoh jalan dekat rumah kita banyak pasir,pakai tayar bunga macam  Dunlop  TT 100.Hujan pun terbaik jenis ni.Michelin pun bagus dan tak mahal sangat macam battlax.

Kalau nak layan corner sikit tapi nak jimat pakai tayar macam TT 500 atau TT 900.Bahaya sikit bila hujan tapi panas grip tang korner :)
Tapi bagi rider maut mereka pakai tayar sotong je ..hihi,jangan ikut bahaya!.

Nak tukar tayar motor pilih ikut kesesuaian motor juga.Tak boleh kecil sangat dan tak payah terlampau besar,berat :)..

Bagaimana pula pemilihan tayar yang anda buat untuk motosikal anda?.Adakah pilihan yang dibuat tepat untuk mendapat grip tayar yang maksimum.Pilihlah tayar yang terbaik untuk motor sedara sedari untuk memberi tunggangan yang menyeronokan dan juga keselamatan bersama.

Cakap pomen motor; " pakai tayar jangan sampai botak takut tak sempat botak..pecah! :(

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tayar Maxxis 3D memang terbaik pada permukaan basah atau kering. Sangat sesuai untuk touring jauh-jauh. Untuk memberhentikan motosikal dalam keadaan kecemasan (jarak yang sesuai) juga selamat kerana tidak banyak membuang. Ini pengalaman saya menggunakannya sejak 2012 hingga 2017 (sekarang). Harga tayar Maxxis 3D sekitar RM90-120 (siap pasang di kedai)

Mad Malaysia berkata...

Terbaik bos kerana share experience beeharga tu..harap lebih banyak yang sudi share pasal tayar yang pernah mereka pakai..silakan

Jukhairi Jamil berkata...

salam..saya menggunakan tayar maxxis 3d.. baru sebulan...masalahnya..apabila langgar garisan kuning dijalanraya..tayar seperti lari..slide.. adakah tayar terlalu keras... atau maxxis yg tiruan? siapa pernah mengalami nye?