Minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam kering antara masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor.Selalunya masalah ini kita kesan masa tukar minyak hitam.Sintom awal minyak hitam berkurangan setelah diperiksa_cek minyak hitam.


Kesan minyak hitam kering akan memberi kerosakan yang serius pada enjin motor.Kompenon-kompenon enjin << seperti piston,crankshaft,camshaft,clucth semua akan rosak dan enjin perlu dibuat overhaul.

Punca minyak hitam kering disebabkan beberapa perkara berkaitan antaranya ialah

-kebocoran oil seal

-kebocoran gasket

-kebocoran seal injap pembakaran dalam

–  Seperti valve minyak dan valve dan  Valve ekzos untuk motosikal
4 stroke sahaja.

-Haus pada silender/blok atau biasa  Orang sebut blok longgar

-Gegelang Omboh(piston ring) rosak

Gambar contoh minyak hitam leaking
Contoh enjin leaking yang kritikal

Minyak enjin berkurangan

Oil seal atau getah penebat sering di lihat pada shaft gear atau shaft starting dan beberapa tempat lagi boleh ditukar ganti dari luar.

Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.

kawasan yang bocor ialah pada head block,clutch dan jarang sekali pada bahagian tengah enjin yang perlu kerja Overhaul enjin untuk menukar ganti gasket itu.kesan-kesan gasket bocor boleh dilihat sering ada tompokan minyak di tempat parking.

Valve ialah barangan dalaman enjin terletak pada bahagian head cylinder.Pada tiang valve terdapat Valve Seal untuk melindungi pelincir masuk ke kebuk pembakaran.Sedikit demi sedikit minyak akan berkurangan jika ia berlaku.

Sama seperti valve ,minyak lolos melalui celahan ring piston juga penyebab minyak kering secara cepat jika kehausan teruk pada Ring atau dinding cylinder block kerana minyak pelincir mulai masuk ke kebuk.Tukar ganti perlu melalui proses Top Overhaul.

Kesan minyak hitam kering pada enjin

Ok,ni update sikit ni,saya mahu tunjukan kesan minyak hitam kering pada enjin motosikal 4 stroke.Enjin motor ini terpaksa dibuka(overhaul) setelah mengalami “jem rod”.

Jem rod maknanya Connecting Rod pada Crankshaft tidak dapat berfungsi lagi,jadi kaku dan bila ini terjadi penyetat kaki jadi keras tak boleh start.kejadian ini mirip seperti “jem block”,..penyetat keras.

Gambar rod jem
Connecting Rod

Kejadian ini jika dilihat lebih mendalam ialah disebabkan tiada aliran minyak hitam di dalam ruangan bearing rod dan bush rod.Ini akan menyebabkan bearing bergesel dengan kasar pada bush.Lama-kelamaan menyebabkan sarang bola bearing pecah.

Baca lagi: penyebab lain minyak kering

Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak  berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.

Cakap pomen; ‘cek minyak hitam sebelum jalan’

142 Replies to “Minyak hitam motor kering”

  1. Walaikumsalam tuan,

    Ya tuan bilamana minyak 4t kering pastinya bunyi enjin adalah lebih kuat dari biasa tuan…

    Kalau tuan bernasib baik bunyi akan hilang bila tuan isi minyak 4t baru,kalau dia kekal bunyi maknanya dh berlaku kerosakan dalaman berpunca dari minyak hitam kering…

    Kalau nk sebut satu bende akan rosak banyak tuan antaranya blok calar/jem,Chamshaft haus,bearing crankshaft,rod…dll

    Biasanya kalau nk selesai masalah 4t kering kita akan buat top overhaul sahaja tuan untuk gantikan poston baru serta valve seal (dalam head)…itu saja

    Tapi kalau kerosakan dah melarat boleh memaksa kepada turun enjin…untuk pemulihan enjin yang menyeluruh

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *